Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
390 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
HARGA EMAS LANGGAR DINDING!

Berkali-kali kita dengar emas mencatatkan harga tertinggi yang baru.

Bukti apa lagi yang kita tunggu? Adakah nak tunggu sehingga emas mencapai RM500/gram baru nak percaya akan potensi emas sebagai aset yang bernilai?

Nak tunggu jugak? Boleh. Tapi beli dulu, baru tunggu dan lihat harganya meningkat!
1 Kilogram 1 Keluarga

1 kilogram emas (Februari 2025) bernilai sekitar RM446,000++.

Adakah mungkin 1 kilogram cecah RM500,000 dalam tahun 2025 ini?

Tidak mustahil dengan trend pergerakan harga emas sekarang!

Guru emas menyarankan untuk target simpan emas 1 kilogram 1 keluarga.

Kenapa 1 kilogram?
1 kilogram cukup sebagai pertahanan kewangan yang kukuh untuk keluarga di masa akan datang.

Nak kumpul duit sehingga RM446,000 bukannya mudah untuk kebanyakan orang.

Namun ianya tidak mustahil untuk dicapai. Kita boleh capai dengan cara:

๐Ÿ”ธ ulang 250 gram 4 kali,
๐Ÿ”ธ atau ulang 100 gram 10 kali,
๐Ÿ”ธ atau ulang 50 gram 20 kali,
๐Ÿ”ธ atau ulang 20 gram 50 kali,
๐Ÿ”ธ atau ulang 10 gram 100 kali.
๐Ÿ”ธ atau ulang 1 gram seribu kali.
๐Ÿ”ธ atau menabung serendah RM100 sehingga capai 1 kilogram

Matlamat ini lebih mudah dan lebih ringan untuk dicapai bila dilakukan oleh setiap ahli keluarga secara kolektif, ikut bajet masing-masing.

Ayuh kita set misi untuk capai 1 kilogram 1 keluarga.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA - #JomKenalEmas #BukanJomKenaLemas

Emas merupakan logam berharga yang telah lama dihargai oleh manusia, baik sebagai mata wang, perhiasan, mahupun simpanan nilai.

Emas dikenali sebagai simbol kekayaan dan kestabilan ekonomi.

Dari segi pelaburan, emas sering dilihat sebagai perlindungan terhadap inflasi dan ketidakpastian ekonomi kerana nilainya yang cenderung stabil dalam jangka panjang.

Emas merupakan barang yang mudah ditukar dan tidak terpengaruh dengan perubahan mata wang.

Namun, harga emas boleh mengalami turun naik bergantung kepada faktor-faktor global, seperti keadaan ekonomi dunia dan permintaan terhadap emas.

Secara keseluruhan, emas adalah aset yang berharga. Tetapi seperti semua bentuk pelaburan, ia juga perlu dilihat dengan teliti mengikut situasi pasaran semasa.

Maka dalam kita menjadikan emas sebagai sandaran simpanan jangan lupa penuhi dada dengan ilmu yang berkaitan supaya pengurusan emas menjadi lebih bijak.
TETAPKAN MATLAMAT SIMPANAN

Sahabat, pakar kewangan menasihatkan sebelum kita mula beli emas, kena tahu apa matlamat kita :

1. Simpanan.
2. Pelaburan.
3. Perhiasan.
4. Modal pusingan perniagaan.
5. Dana kecemasan.
6. Pendidikan anak-anak.
7. Maskahwin/hantaran.
8. Back-up belanja hangus.
9. Nak elak dari belanja yang bukan-bukan.
10. Kumpul aset hati tua cara paling senang.
11. Dan lain-lain.

Bila dah decide mana satu matlamatnya, kita kena tahu ciri-ciri emas terbaik untuk mencapai matlamat kita :

1. Harga per gram terendah.
2. Spread beli dan jual ternipis.
3. Jaminan belian balik bila kita kena jual emas kita.
4. Kepelbagaian item emas ikut kesesuaian bajet kita.
5. Cara jual beli yang mesra pembeli.
6. Senang dipajak di arrahnu.
7. Dan lain-lain.

Semua ciri-ciri ini mesti ada bersama secara pakej.

Bila emas dah ada di tangan, balik semula kepada matlamat asal. Bertindaklah mengikut matlamat sehingga tercapai matlamat tersebut.

Jangan lupa dari masa ke semasa, tambah ilmu tentang emas.

1. Baca buku.
2. Baca blog.
3. Baca ebook.
4.Hadir seminar.
5. Bertanya kepada yang ahlinya.

Nak dapat semua ini, pilihlah Public Gold sebagai platform simpanan emas kita, kemudian duduk dalam circle penyimpan & pelaburan emas yang memberikan Ilmu emas yang betul. Kita perlu celik emas agar kita faham matlamat simpanan emas kita dan bagaimana simpanan emas boleh membantu aliran tunai kita.

Sahabat,
Cara simpan emas yang betul ialah - simpan dan tunggu.
Bukan tunggu baru simpan.
Jika betul laluan kita, InsyaAllah kita akan berjaya dengan emas.
Harga naik kita beli.
Harga turun kita borong.

Begitulah.

#PG1M
Gais.

โ€œKekayaan bukan tentang berapa besar gaji, tetapi tentang berapa banyak tabungan dan harta yang dibina serta seberapa cepat hutang dapat dilangsaikanโ€ sebenarnya adalah prinsip asas dalam pengurusan kewangan peribadi.

Ia disokong oleh ramai pakar kewangan terkemuka di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh:

1. Penulis buku โ€œThe Millionaire Next Doorโ€ oleh Thomas J. Stanley dan William D. Danko

Prinsip Utama:

Dalam buku ini, Stanley dan Danko menemui bahawa kebanyakan jutawan di Amerika bukanlah mereka yang berpendapatan tinggi tetapi mereka yang bijak menguruskan perbelanjaan, menyimpan secara konsisten, melabur dengan bijak, dan mengelakkan hutang yang tidak perlu.

Petikan penting:

โ€œKebanyakan jutawan bukanlah mereka yang mendapat gaji tertinggi, tetapi mereka yang bijak mengekalkan gaya hidup sederhana dan membina kekayaan melalui tabungan dan pelaburan.โ€

Kesimpulan:

Gaji yang tinggi tidak menjamin kekayaan jika gaya hidup mewah dan hutang yang melampau membebankan kewangan seseorang.

2. โ€œRich Dad Poor Dadโ€ oleh Robert Kiyosaki

Robert Kiyosaki menekankan bahawa kekayaan sebenar tidak diukur melalui pendapatan aktif (gaji bulanan) tetapi melalui pendapatan pasif, aset yang menjana pendapatan, dan pengurusan liabiliti dengan bijak.

Petikan penting:

โ€œBukan berapa banyak yang anda peroleh, tetapi berapa banyak yang anda simpan dan bagaimana wang itu bekerja untuk anda yang menentukan kekayaan.โ€

Kesimpulan:

Pendapatan tinggi boleh membantu, tetapi jika tidak diurus dengan baik, ia hanya akan menghasilkan kitaran hutang yang berulang.

3. โ€œYour Money or Your Lifeโ€ oleh Vicki Robin dan Joe Dominguez

Buku ini menekankan konsep kebebasan kewangan, yang tidak bergantung kepada jumlah pendapatan tetapi kepada bagaimana seseorang menguruskan pendapatan, menyimpan, dan mengurangkan hutang dengan berkesan.

Petikan penting:

โ€œWang adalah alat, bukan matlamat. Fokus kepada apa yang anda simpan dan bagaimana ia digunakan lebih penting daripada berapa banyak yang anda perolehi.โ€

Kesimpulan:

Fokus kepada tabungan dan pengurusan hutang lebih penting daripada sekadar meningkatkan pendapatan.

Gaji besar = akan kaya? Betul ke?

โ€œJika gaji besar adalah penentu kekayaan, mengapa ada ramai individu berpendapatan tinggi yang masih hidup dalam hutang dan tidak mempunyai simpanan kecemasan?โ€

#NotaEmasSyukorHashim
24/12/2024
Gais.

Goldman Sachs menjangkakan harga emas bakal mencecah 3000$ / Oz.

Untuk pengetahuan anda, Goldman Sachs adalah pemain utama dalam perdagangan emas global.

Ia terlibat dalam pasaran emas fizikal dan kewangan.

Sekarang harga emas dah mencecah 2926$ per Oz. Kalau harga Public Gold, dah RM454 segram.

Semoga anda, penyimpan emas fizikal akan tersenyum lebar.

Yang tak boleh nak senyum adalah penyimpan emas bunian berganda-ganda.

Ingat gais.

Simpanan emas nie mudah aja. Beli dan dapat emas fizikal!

#NotaEmasSyukorHashim
Saya dah start kurang pegang duit tunai yang banyak dalam tangan.

Semua convert ke emas mana duit yang tak diperlukan. ada duit lebih memang saya terus bekukan dalam aset yang meningkat nilainya. tahun lepas saja emas dah naik 19%

Dapat bonus ke untung berniaga ke terus saya beli emas. supaya saya rasa tak berduit. perasaan berduit tu bahaya. duit banyak ni sekejap jer habis

1. Nak elak kena scam.
2. Nak elak boros berbelanja
3. Tahun depan Raya dan Naik persekolahan serentak๐Ÿ˜“๐Ÿ˜…pening
4. Nak elak duit habis shopping online. tak keluar duit pun boleh habis sebab banyak sangat iklan dekat media sosial.

Kata guru saya. kalau salah tadbir jangan salahkan takdir. kena belajar ilmu pengurusan kewangan.

Kena kurangkan perbelanjaan tambah pendapatan. kata Azri Walter, fokus tambah pendapatan. Nasihat saya. Belajar jana MSI dan Passive income

Nasihat selalu saya ulang. beratus kali ulang
"kurangkan hutang tambah simpanan dalam keadaan ekonomi sekarang"

Jom kaya dengan emas. Niatkan nak simpan EMAS sehingga mampu keluarkan zakat

Perkongsian Tuan Adam Fahmi
Promosi Pakej Dealer Public Gold ๐Ÿ’ซ

Boleh wasap saya jika tuan puan serius ingin membina bisnes di Public Gold.

Syarat utama:

1. Beli pakej dealer + wealth card
2. Hadir weekly training anjuran team PG1M
3. Komited menyebarkan ilmu simpanan emas yang betul kpd masyarakat

Apa kelebihan menjadi dealer Public Gold? Baca di sini ya โ˜บ๏ธ

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/dealer-public-gold

Wasap saya utk lebih details.
#dealerpublicgold
#pakejdealer
Mengapa penting diversify kepada simpanan emas selain menyimpan dalam Tabung Haji atau ASB?

Ini jawapan dan pendapat saya.

1. Dana pendidikan anak-anak bersifat long-term. Kita bukan nak guna duit anak-anak sekarang, nak simpan sampai anak cecah umur 18 tahun.

2. Tabung Haji boleh memberikan dividen 3% setahun. ASB pula sekitar 5.3% (sebelum tolak zakat). Ini adalah simpanan yang selamat dan dapat beri keuntungan yang memuaskan.

3. Emas boleh memberikan purata kenaikan harga 10-11% setahun. Tahun lepas harga emas melonjak 20%, sangat luar biasa. Bila krisis berlaku, demand meningkat, harga emas meningkat.

4. Simpan Tabung Haji/ASB bagus, simpan emas pun bagus. Untuk short term dan dana kecemasan, simpanlah dalam Tabung Haji/ASB. Untuk simpanan jangka masa panjang, simpanlah emas.

Apa yang penting, kita DIVERSIFY.

Alhamdulillah anak kedua saya Firas dah ada sekitar 93gm emas. Road to #100gram insya allah ๐Ÿคฒ

Kredit: Hilyati

#danapendidikan
Nak simpan emas sampai bila?

Bagi yang sudah simpan emas atau baru bercadang nak mula simpanan emas, tentu tertanya-tanya soalan begini kan.

Jadi, saya nak berikan tips:

1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3 hingga 6 bulan perbelanjaan.

2. Kita simpan sehingga cukup nilai untuk pergi umrah

3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak

4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan. Bersara dengan kewangan yang selesa.

5. Kita simpan emas konsisten sehingga boleh tukar ia menjadi aset lain seperti rumah

6. Kita simpan emas untuk selesaikan hutang kereta.

Bila kita ada matlamat yang jelas, baru kita akan terus bermotivasi untuk simpan dan simpan emas secara konsisten.

Berminat nak mula simpan emas, klik link ni

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
๐—•๐—˜๐—ญ๐—” ๐Ÿญ ๐——๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐Ÿฑ ๐—š๐—ฅ๐—”๐— 

Antara gold bar 5 gram dan juga 1 dinar, yang mana lebih baik?

Jika dilihat dari nilai iaitu dari sudut ketulenan emas, keduanya adalah sama berketulenan 999.

Bezanya hanya dari gram emas itu sahaja. Gold bar ini beratnya 5gram dan 1 dinar ini berat 4.25gram. Beza berat 0.75gram.

Jadi, dari sudut harga, 5gram ini jika dibeli, ianya lebih mahal sedikit dari 1 dinar ini.

Jadi untuk menjawab soalan yang mana lebih baik, keduanya baik untuk disimpan.

Anda boleh pilih, sama ada anda sukakan design dinar yang bulat ataupun goldbar yang berbentuk petak.

5gram ini berharga sekitar RM2,375 dan 1 dinar berharga sekitar RM1,925. Jadi pilihan di tangan anda.

Pembelian emas Public Gold adalah secara online sahaja.