Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Super rich.

Perspektif yang berbeza pada orang kaya, yang saya belajar.
Sebenarnya kekayaan tu bukan matlamat hidup.
Kekayaan itu ibarat macam alat, untuk kita gunakan untuk teruskan perjuangan kehidupan dunia sampai akhir dan untuk capai matlamat di hari akhirat.
.
Sebab itu, ada orang super kaya, dia pilih sofa yang paling murah untuk rumah dia. Tak ada katil di rumah dia, hanya tidur beralaskan tilam di lantai.
Tiada kenderaan mewah menjalar, hanya gunakan public transport di kebanyakan waktu..

Sebab dia tahu apa keutamaan hidup dia.
Duit dan kemewahan bukan matlamat hidup dia, walaupun dia ada akses padanya.

Dalam masa sama, kalau seseorang tu kaya, dan dia menikmati kekayaan dengan barangan mewah, itu pun tiada masalah.

Imam Malik kategori super kaya, dan pernah ditegur tentang gaya hidup mewah yang beliau nikmati. Lalu Imam Malik bacakan ayat Quran yang bermaksud "memang disediakan perhiasan dunia untuk kita nikmati, asalkan jangan membazir"

Begitulah..

Lebih banyak belajar dan bergaul, lebih banyak sudut pandang akan terbuka.

p/s : Foto waktu menapak turun MRT untuk hadir event di Menara Public Gold. Turun kat stesen TRX dan berjalan barang 2 minit terus sampai Menara.
Harga Emas Public Gold GAP
RM412 = 1gram
RM206 = 0.5gram
RM100 = 0.2427gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 17-12-2024
Harga emas masih rendah lagi!

Ambil peluang lock emas EPP 10 πŸ₯°

Ini adalah emas yang berwajah baru dari Publicgold.
βœ…10 gram Taifook
βœ… 50 gram Bungmas
βœ… 5 Dinar (21.25 gram)

Disertakan juga jadual bayaran untuk EPP10.

Berminat? Boleh wasap untuk saya bantu lock.

Saya bantu Lock emas EPP10:

www.wasap.my/60196736675/nakmulasimpanemas

Cara Lock emas EPP10:

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/tutorial-epp

( Notes : Lepas lock tidak boleh cancel ❌, nak cancel kena Bayar penalty 10%)

*Ambil peluang ketika harga emas turun*πŸ‘
#TabungEmas

TUNAIKAN HAJI DENGAN EMAS!

Jika ada impian menunaikan haji, buatlah simpanan emas.

Peningkatan nilai emas lebih tinggi, laju dan cepat berbanding kenaikan nilai kos haji.

Simpanan emas melindungi nilai duit kita.

Belajar menyimpan emas bermula disini kawan kawan. Anda dah bermula, tinggal nak konsisten je. 😁
Cantik packing 5 dinar Publicgold yang terkini πŸ‘πŸ‘πŸ‘

5 dinar ni kita boleh beli serendah RM100 dalam GAP.

Cukup 21.25 gram dalam GAP, dah boleh terus keluarkan 5 dinar emas seperti dalam gambar ini.

Apa fungsi 5 dinar ini? Saya kongsikan ye

βœ… Boleh dijadikan dana kecemasan
βœ… Boleh dijadikan dana pendidikan anak2
βœ… Boleh dijadikan deposit beli rumah.
βœ… Sebagai modal untuk buat umrah.
βœ… Hantaran / mas kahwin

Jom simpan emas πŸ’ͺ🏻
Ada yang tanya saya, 40,5788 tu apa?

Itulah gram emas dalam Akaun GAP.
Huruf β€˜g’ dekat hujung tu merujuk kepada gram.

Ada 40 gram dalam #AkaunEmasGAP ni bermakna kita ada simpanan sekitar RM16K lebih.

Kalau ada RM16K dalam akaun bank, mesti
tidak tenang emosi. Mesti panjang akal mau beli apa..

Kelebihan akaun GAP ni boleh tambahkan simpanan bila-bila masa, di mana saja. Selagi ada bajet..

Untuk simpanan pendidikan anak ni, selain simpanan di SSPN, emas adalah pilihan utama untuk tujuan dana pendidikan anak nanti.

Ini hasil terkumpul setelah beberapa kali tambahkan simpanan, minimum RM200 setiap kali menyimpan.

Yang penting, setiap kali dapat gaji, duit bonus dan duit hasil bisnes..tambahkan simpanan emas dulu, baru keluarkan untuk komitmen dan belanja.

Inilah yang saya belajar dari Guru saya, Tuan Syukor Hashim, untuk simpanan kita cepat bertambah, kena ikut 2F ni dalam menyimpan.

F pertama, Force.
Simpanan kena dipaksa, sampai jadi rutin

F Kedua, Forget, simpanan kena dilupa.

Nak tahu lebih tentang akaun emas GAP, klik link ni ya

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/akaun-gap

Munirah Marzuki
PG00540198
Dealer Aktif Public Gold
KHAS PENJAWAT AWAM:
GAJI NAIK KE TU? 🀭

Hari ini sudah ramai berbicara dan berbicara tentang kenaikan yang bakal diterima nanti

Duit belum nampak, tetapi sudah ada yang tak sabar nak berbelanja, nak beli itu ini dan tak kurang juga yang berkira-kira nak buat hutang baru.

*BERHENTI SEKEJAP*‼️

Ini perkara PENTING yang perlu anda pertimbangkan sebelum berkira-kira untuk berbelanja sakan atau membuat hutang baru

πŸ“Œ *Apakah simpanan terutamanya dana kecemasan telah mencukupi?*

Sebaiknya kita berusaha untuk tambah simpanan terlebih dahulu. Jika sebelum ini simpan RM100, sekarang boleh tambah lagi

πŸ“Œ *Apakah perlindungan kita sudah ada atau mencukupi?*

Jangan disangka panas hingga ke petang. Boleh jadi hujan di tengah hari. Jika sebelum ini kita belum ada perlindungan takaful atau hibah, mungkin sekarang masa untuk kita mempertimbangkannya

πŸ“Œ *Adakah barang yang kita ingin beli itu benar-benar keperluan?*

Semak sama ada ianya keperluan atau kehendak. Jika kita ada TV saiz sederhana yang masih elok, kenapa perlu beli TV yang lebih besar hanya sekadar untuk menonton bersama keluarga. Di sini kita perlukan kemahiran untuk membezakan antara kehendak dan keperluan

Daripada kita berbelanja dalam perkara kehendak dan membuat hutang baru, sebaiknya kita FOKUS untuk menyelesaikan hutang-hutang sedia ada yang tertunggak. Barulah hidup kita akan lebih TENANG

Semoga bermanfaat 😊
MACAM MANA NAK TAHU HARGA EMAS AKAN NAIK ATAU TURUN?

Tak siapa tahu bila harga emas akan naik dan akan turun dengan pasti.

Banyak orang boleh buat jangkaan, tapi belum tentu jangkaan tu tepat.

Jadi lebih baik tak perlu buang masa buat jangkaan harga emas naik turun.

Yang pastinya, harga emas confirm naik dalam jangka panjang - disebabkan faktor inflasi dan kemerosotan nilai duit kertas.

Harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Kalau nak beli emas, pastikan beli dengan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm akan ada turun naik. Tapi untuk jangka panjang, harga emas confirm akan naik.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia jauh lebih baik berbanding simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji.

Kalau nak kaya dengan emas, paling penting kena pastikan jumlah gram emas bertambah setiap bulan. Menabunglah secara konsisten.

Bila ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya.

Kenaikan harga cuma persoalan masa sahaja.

Kalau harga barang keperluan pun confirm akan naik jangka panjang, inikan pula emas (aset fizikal).

#TipKayaDenganEmas
Kos Haji 1446H/2025M meningkat?

Tabung Haji telah mengumumkan kos mengerjakan haji bagi tahun 1446H/2025M mengikut kategori seperti berikut:
B40 : RM15,000
M40 : RM23,500
T20 : RM33,300
Tahniah Kepada Semua Bakal Jemaah Haji 2025.

Berikutan pengumuman ini, terdapat pelbagai ulasan mengenai kenaikan kos haji bagi kategori B40 & M40 berbanding tahun 2024. Betul, dalam nilai RM kos haji meningkat banyak.

Jom kita buatkan sedikit kiraan di sini.
Kos haji bagi tahun 2024 dan peratusan kenaikan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:
B40 : RM12,356 -> RM15,000 : 21.4%
M40 : RM19,152 -> RM23,500 : 28.7%
T20 : RM33,300 -> RM33,000 : 0%
Meningkat 21.4% untuk B40 dan 28.7% untuk M40 berbanding tahun 2024.

Namun, tahukah anda bahawa kos Haji 2025 TIADA PENINGKATAN dengan simpanan EMAS.

Bagi tahun 2024, dengan harga emas sekitar RM330/gram, kos haji adalah:
B40 : RM12,356 : 38 gram (9 dinar)
M40 : RM19,152 : 58 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 101 gram (24 dinar)

Bagi musim haji tahun 2025 pula, dengan harga emas sekitar RM415/gram, kos haji adalah:
B40 : RM15,000 : 37 gram (9 dinar)
M40 : RM23,500 : 57 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 81 gram (20 dinar)

** dibulatkan kepada gram & dinar

Daripada analisis ringkas ini, kita dapat lihat bahawa dengan simpanan emas, kos mengerjakan haji bagi 2024 dan 2025 untuk kategori B40 dan M40 adalah sama iaitu masing-masingnya 9 dinar dan 14 dinar.

Bagi kategori T20 pula, kos mengerjakan haji bagi 2025 adalah 4 dinar lebih rendah berbanding kos untuk 2024.

Dengan simpanan EMAS, kos Haji 2025 tidak naik untuk kategori B40 dan M40, malahan lebih rendah untuk untuk kategori T20.

Bagi anda yang menunggu giliran haji untuk beberapa tahun akan datang, mulakan simpanan dana haji dalam bentuk emas. Ini kerana emas dapat memegang nilai dengan lebih baik berbanding matawang.
Tip hari gaji ❀️

Tabungan.

Hari gaji, tambah tabungan kita

Kena paksa..
Benda yang betul memang payah nak mula, kena paksa.

At least 10% gaji, keluarkan dan simpan emas, nak tunggu duit lebih pasti tak akan ada.

Saya pernah rasa income kecil, tiada duit lebih.

Saya pernah rasa income besar pun tiada duit lebih.

Kalau kita tunggu duit lebih, kita tak akan ada duit lebih. Bila pendapatan meningkat, keinginan meningkat.

Dulu gaji kecil, rasa kereta kecil bahaya. Bila gaji besar, nak beli kereta besar sebab malu nak guna kereta kecil. Akhirnya, tiada Tabungan juga.

Sampai bila-bila tunggu duit lebih tak akan ada duit lebih.

Menabung paksa! Paksa! Paksa!
Simpan emas di hari gaji 😍