Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Harga Emas Public Gold GAP
RM406 = 1gram
RM203 = 0.5gram
RM100 = 0.2463gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 08-12-2024
3 bijik rumah sebelum umur 30 tahun!!
ini tips mahal yg sy berikan kpd anak2 muda yg focus utk bina kekayaan!

1- lepas kau grade, kau jgn la sedih starting gaji rm1800. tu normal la kalau kau pun amik course biashe2 je.
kalau nk luar biasa, kau amik course medic lah, sbb abis grade je houseman gaji rm5k+.

2- tp doctor pun kadang hauk juga kewangan. gaji rm5k terus beli keta honda abis bulanan rm1000. lepastu beli rumah rm400k. akhir bulan makan maggi. tu kau perasan doctor ni x tukar2 keta sbb? financial dah tight sgt2. tu yg kene kerja sampai ke tua sbb nk byr hutang keliling pinggang.

3- bende pertama kau kene buat waktu first dpt gaji rm1800 tu? belanja parent lah. bwk p mkn ke.
kau jgn sibuk nk beli kereta ke motor ke, jgn3.

4- yang penting kau kene buat extra side income. kau buat lah affiliate ke. dropship ke. kau jd agent takaful ke, jual amway ke. tp so far yg sy buat paling senang adalah emas lah. mmg mudah buat duit ๐Ÿ”ฅ

5- duit gaji kau dpt td, kau buat simpanan rm1000 sebulan. sikit kau buat asbf rm50k (bulanan rm250), baki kau beli emas. n mmg gram emas kau bertambah lah, dah kau pulak rajin cari ilmu n sebarkan.

6- kau istiqomah byr asbf td, mmg bank tgk cun gile la dsr kau. so rumah pertama kau beli rumah busuk/ rumah lelong harga bawah rm200k. kau jgn ckp xde, sy sepuk kau nanti. listing lelong murah3 berlambak, kau jgn malas.

7-kau pun menang la rumah pertama mase kau umur 25 tahun. menang lelong rumah rm100k, kau byr loan rumah rm500, kau sewakan rm900. fuh. dpt positive cashflow rm400.

8- rumah kedua n ketiga pun sama. kau mmg akan jd addicted bila rumah yg kau beli berjaya disewakan n positive cashflow.kau jgn tnye sy, dah tu nk duduk mane. umor 25,tahun kau buat duit byk2. kau duduk la dulu rumah parent, mane boleh jimat kau jimat kaw2!

9- ni sy ajar cara kira dsr.
Rumah harga RM100k: Bulanan byr ke bank : rm500 + (RM900Penyewa byr)
Gaji H(Bersih) : RM1800
komitment asbf : rm250
Cara kira DSR (Komitmen / Gaji Bersih): RM250/ RM1,800= 13%

Nota : Lagi tinggi DSR maksud lagi koyak, yg terbaik bawah 30%.

gmbr ni bukti umo 25tahun tukar emas ke batu bata๐Ÿ”ฅ yg penting ade ilmu semua jadi!๐Ÿฅฐ๐Ÿ’ช

ingt!
ade ilmu tp tiada duit, duit akan dtg kpd kita!
tp kalau ade duit, ilmu tiada, duit akan jauh dr kita!!

bukan property2 sy yg byk ni buatkan sy kaya!xโ€™
bukan emas2 yg byk ni buatkan kita kaya. x!
tp ilmuu!๐Ÿ”ฅ
biizinillah!!

DrWani,
overflow ilmu property n emas
Tahun 2000
1 kilo emas berharga RM 35,000

Tahun 2020
1 kilo emas berharga RM 270,000

Tahun 2024
1 kilo emas berharga RM 408,000

Gram yang sama nilai duit kita yang berbeza untuk dapatkannya. Ini bermaksud emas boleh meningkatkan simpanan untuk jangka panjang.

Emas penyimpan nilai terbaik terutama di tengah ketidakpastian ekonomi.

Klik sini untuk mulakan simpanan emas;

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
Semalam, seorang penyimpan emas muda di bawah bimbingan saya, minta saya tunjuk jalan dan kirakan untuk beliau, bagaimana cara nak kumpul RM180K dalam masa 10 tahun. Beliau target nak beli rumah pertama. Jom saya kongsikan di sini, mana tahu bermanfaat untuk kalian juga ๐Ÿ’ช

Langkah pertama, tukar strategi daripada kumpul DUIT kepada kumpul EMAS. Dan letakkan matlamat tersebut dalam bentuk EMAS FIZIKAL. RM180K bersamaan dengan :

2 x gold bar 100g = RM80K
1 x gold bar 250g = RM100K

100g + 100g + 250g = 450g.

Pecahkan 450g tersebut kepada komitmen bulanan (10 tahun = 120 bulan).

450g รท 120 bulan = 3.75g sebulan.

Nilai hari ini, 3.75g x RM407 = RM1526 sebulan.

Jika amaun RM1526 tu terlalu berat untuk beliau, boleh rendahkan simpanan dan panjangkan tempoh masa dari 10 tahun kepada 15 atau 20 tahun. Atau boleh 'revise' amaun tersebut setiap tahun, bergantung kepada peningkatan pendapatan. Biasanya, setiap tahun, gaji kita akan bertambah atau mungkin kita ada extra income. Maka sepatutnya, jumlah simpanan bulanan juga akan bertambah.

Jangan risau melihat kenaikan harga emas. Jumlah gram emas yg dapat dibeli dengan amaun RM1526 tu mungkin makin berkurang disebabkan harga emas yang terus naik setiap tahun.

Tetapi, kenaikan harga emas juga akan turut meningkatkan nilai emas simpanan kita. Maknanya, walaupun gram terkumpul belum capai 450g seperti yang kita target, tetapi nilai RM180K tu akan tetap kita capai selagi mana kita on track dengan matlamat yang telah kita set dari awal.

Beliau kata, bila kira macam ni, barulah nampak halatuju dalam menyimpan. Selamani beliau cuba kaedah simpanan biasa (bank) tetapi duit tu asyik terguna untuk benda lain (simpan korek, simpan korek).

Saya katakan kepada beliau, untuk cepat capai matlamat simpanan yg besar macam nak beli rumah atau nak pergi haji, kena tukar strategi supaya simpanan tersebut dapat 'sustain' lama dan tak mudah dikorek. Ada org memilih untuk simpan di TH dan ASB. Boleh juga, cuma masaalahnya...

Simpanan di TH dan ASB adalah dalam bentuk wang tunai yang agak mudah dikorek dan akan dapat dividen tunai tahunan yang juga boleh dikorek (dibelanjakan).

Berbeza dengan simpanan emas, sudahlah ia sedikit susah nak di cairkan, ia juga tidak mendatangkan hasil dalam bentuk dividen tahunan. Jadi...

Simpanan emas bukan saja kekal 'prinsipal' nya, malah keuntungan dari kenaikan tahunan harga emas itu sendiri pun turut kekal 'terketul' bersama emas tersebut. Compounding effect yang kita dapat dari simpanan emas tersangat padu dan jitu ๐Ÿ”ฅ.

Lagi besar holding power, lagi tinggi potensi keuntungan yg kita boleh dapat dengan emas!

Kesimpulannya, org yang letakkan matlamat kewangan melalui simpanan emas, perlu buat 2 perkara ini :

1. Tukar mindset dari investor kepada saver. Investor akan berkira-kira untung dan tak sabar-sabar nak jual emas untuk dapat untung. Saver akan konsisten menambah tabungan dan cuba sehabis mungkin untuk kekalkan aset dalam tangan mereka โœŠ.

2. Fokus kepada pertambahan gram emas tanpa perlu koyak lihat harga emas yang terus naik. Apabila gram bertambah, maknanya kekayaan juga bertambah kerana harga emas di masa depan CONFIRM AKAN TERUS NAIK.

Saya kagum kalau ada yang baca sampai habis. Biasanya post ajak dan ajar orang menyimpan, akan krikk krikk. Post ajak sh0pping je yang dapat sambutan ๐Ÿ˜‚.

Sekianlah post ilmiah untuk kali ini. Semoga bermanfaat ya ๐Ÿ˜Œ.
KISAH INSPIRASI ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Tahniah Tuan A!

Beberapa hari lepas baru sahaja register dan aktifkan akaun emas public gold. Harini beliau tambah lagi simpanan emas melalui kaedah auto debit!

Ini bukti Tuan A faham untuk berjaya capai matlamat simpanan emas, penyimpan emas perlu konsisten dan disiplin setiap bulan.

Simpan, Paksa dan Lupa adalah faktor penting dalam menabung emas. Harga turun atau naik hanyalah persoalan masa.

Semoga Tuan A dan kita semua istiqomah. InshaaAllah. ๐Ÿคฉ๐Ÿ˜‡

#1kilo1keluarga
Ada orang bertangguh simpan emas,
Ada orang tertangguh simpan emas,
Ada orang menangguh simpan emas.

Siapa pun kita,
Apa pun cabaran kita,
Simpanan itu perlu. Bahasa mudah. Wajib!

Dari segi simpanan, paling bagus kita letakkan sebagai komitmen.

Yes,
Sama seperti komitmen Kereta.
Sama seperti komitmen Rumah.
Sama seperti komitmen hutang-hutang.

Bila letak sebagai komitmen, simpanan jadi Paksa!

Jika boleh paksa diri bayar hutang, semestinya boleh paksa diri menyimpan.

Bezanya cara berfikir.

Bayar hutang, duit habis.
Menyimpan emas, duit tak habis sebab duit tu dah bertukar jadi wang sebenar iaitu emas.

#PG1M
Nak Emas Bertambah, Tapi Asyik Tak Konsisten?

Awak pernah rasa macam ni? Semangat mula simpan emas, tapi lepas beberapa bulan terus lupa atau tersangkut sebab bajet dah habis ke tempat lain. Jangan risau, ini masalah biasa, tapi boleh diatasi kalau awak ada strategi.

๐Ÿ”ธ Mulakan Kecil-Kecil: Tak perlu tunggu banyak duit, simpan ikut bajet yang ada. RM100 di Public Gold pun dah cukup untuk beli emas secara konsisten.

๐Ÿ”ธ Disiplinkan Diri: Set bajet bulanan khas untuk beli emas, sama macam bayar bil. Kalau tak disiplin, macam mana nak tengok koleksi emas awak bertambah, kan?

๐Ÿ”ธ Ingat Matlamat: Fokus pada tujuan awak simpan emas. Nak ada simpanan hari tua, elak inflasi, atau bina kekayaan. Bila ada tujuan, lebih senang konsisten.

๐Ÿ”ธ Gunakan Auto-Debit: Di Public Gold awak boleh set auto-debit tau. Ini cara paling senang supaya awak tak lupa.

Sedikit demi sedikit, koleksi emas awak pasti akan bertambah. Yang penting, mulakan dan konsisten!
ASB vs EMAS: Keuntungan dan Realiti Semasa

Kenyataan bahawa keuntungan emas hampir 4 kali ganda lebih tinggi daripada dividen ASB pada tahun 2023 benar jika merujuk kepada perbandingan data:
1. Kenaikan Emas dalam 1 Tahun (2023):
โ€ข Kenaikan harga emas 20.4%
2. Dividen ASB (2023):
โ€ข Dividen ASB 5.25%

Jika dibandingkan, 20.4 รท 5.25 โ‰ˆ 3.88, menunjukkan emas memang hampir 4 kali ganda lebih menguntungkan.

Perbandingan Jangka Panjang (5 Tahun)

ASB:
โ€ข Purata dividen (2018โ€“2023): 4.9% setahun
โ€ข Jumlah dividen selama 5 tahun: 25.35%

Emas:
โ€ข Purata kenaikan harga emas (2018โ€“2023): 16.4% setahun
โ€ข Jumlah kenaikan harga emas: 82.3%

Perbezaan Besar:
โ€ข Emas memberikan hampir 3 kali ganda pulangan berbanding ASB dalam tempoh 5 tahun.

ASB Loan: Berisiko?

Bagi mereka yang menggunakan ASB financing (loan):
โ€ข Kadar faedah pinjaman (3%-5%) memakan hampir keseluruhan dividen ASB.
โ€ข Dividen yang diterima ibarat hanya membayar โ€œbungaโ€ kepada bank, tanpa pulangan bersih yang signifikan.

Strategi Bijak: Gabungan Simpanan
1. ASB (Kecairan Tinggi):
โ€ข Simpan sekadar 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan.
โ€ข Ia adalah zon selamat untuk kegunaan segera dan pendapatan pasif kecil.
2. EMAS (Aset Jangka Panjang):
โ€ข Alihkan lebihan simpanan kepada emas fizikal, yang kalis inflasi dan memberikan pulangan tinggi.
โ€ข Dalam jangka masa panjang, emas melindungi kekayaan daripada susut nilai wang.

Kesimpulan:

Emas bukan sekadar pilihan yang lebih baik dari segi pulangan tetapi juga alat yang melindungi nilai kekayaan anda daripada inflasi dan kejatuhan mata wang. ASB pula sesuai sebagai alat kecairan.


Jangan tertipu dengan angka dividen tanpa memahami inflasi dan kuasa beli wang. Simpan emas sebagai aset sebenar untuk masa depan yang stabil. Nak mula dengan emas? Saya bantu anda
๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšจ Price Alert ๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšจ

Harga emas fizikal tengah MENDAKI sebanyak RM3 ke paras RM416 sekarang.

Lekas top up GAP sebelum 12am nanti okay! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
Menyimpan ni ibarat tanam pokok.

Bukan masa yang singkat, kena sabar dan konsisten.

Simpanan tu kena grow dari masa ke masa.

Tiba masa nanti kita akan tuai hasilnya. InsyaAllah

Nampak je kecil tapi nilai emas dalam genggaman ni hampir RM 60,000.

Ramai yang gagal menabung duit tapi bila tukar cara menabung kepada simpanan emas, rata-rata dapat capai matlamat simpanan dengan mudah.

Bila duit dah tukar jadi emas, emosi tidak lagi terganggu dengan angka.

Tak Mula tak tahu ๐Ÿ˜
Tanpa 1 gram pertama tidak ada 100 gram yang pertama.

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
๐Ÿ”ฅ KISAH INSPIRASI

Tahniah buat Tuan L terus beli 1 gram edisi Makkah. Beliau merupakan goldbar card collector.

Tak perlu tunggu harga turun, ada duit terus bekukan menjadi emas fizikal 999.9.

SIMPAN, PAKSA dan LUPA adalah kunci kejayaan dalam menabung emas.

Doakan beliau bertambah rezeki supaya dapat capai matlamat dengan emas.๐Ÿ‘๐Ÿ˜

#1kilo1keluarga
Harga Emas Public Gold GAP
RM415 = 1gram
RM208 = 0.5gram
RM100 = 0.2410gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 13-12-2024
Di Malaysia, mazhab Dave Ramsey tidak berapa popular berbanding mazhab Robert Kiyosaki.

Saya sendiri mula mengenali mazhab kewangan Dave Ramsey hanya pada tahun 2020, sedangkan nama Robert Kiyosaki sudah pun dikenali sejak tahun 2003.

Walhal, buku pertama Dave Ramsey sebenarnya ditulis dan diterbitkan lebih awal berbanding buku pertama Robert Kiyosaki.

Kedua-dua tokoh ini mempunyai falsafah kewangan yang sangat berbeza, tetapi dengan matlamat yang sama: kebebasan kewangan.

Dave Ramsey menekankan hidup bebas hutang sebagai asas membina kekayaan, manakala Robert Kiyosaki pula lebih agresif dengan menggunakan hutang baik sebagai alat untuk menjana pendapatan.

Berikut adalah perbezaan utama antara kedua-dua tokoh kewangan ini:

1. Pendekatan Asas

Dave Ramsey: Fokus pada pendekatan konservatif dan selamat. Beliau menekankan untuk mengelakkan hutang sepenuhnya dan membina kestabilan kewangan secara berperingkat melalui "7 Baby Steps".

Robert Kiyosaki: Fokus pada pendidikan kewangan dan konsep "biarkan wang bekerja untuk anda" dengan cara membina aset yang menjana pendapatan melalui pemahaman terhadap "Cashflow Quadrant"

2. Pandangan terhadap Hutang

Dave Ramsey: Semua hutang dianggap buruk, termasuk hutang rumah dan pendidikan. Hutang perlu dilangsaikan dengan segera melalui kaedah Debt Snowball, iaitu membayar hutang terkecil dahulu untuk mencipta momentum positif.

Robert Kiyosaki: Hutang dibahagikan kepada dua:

Hutang baik: Digunakan untuk membeli aset yang menjana pendapatan, seperti hartanah.

Hutang buruk: Hutang yang digunakan untuk membeli liabiliti, seperti kereta atau kad kredit.

3. Pendapatan

Dave Ramsey: Pendapatan perlu datang daripada pekerjaan tetap dan sumber yang selamat seperti pelaburan konservatif. Beliau menggalakkan individu bekerja keras, hidup berjimat, dan menabung untuk masa depan.

Robert Kiyosaki: Pendapatan perlu bersifat pasif, di mana individu bergantung pada pendapatan daripada aset seperti perniagaan, hartanah, dan saham untuk mencapai kebebasan kewangan.

4. Pelaburan

Dave Ramsey: Fokus pada pelaburan selamat seperti dana indeks, dana persaraan, dan hartanah bebas hutang. Pendekatan ini meminimumkan risiko tetapi memerlukan masa yang lama.

Robert Kiyosaki: Lebih terbuka terhadap pelaburan berisiko tinggi seperti hartanah leverage, perniagaan, dan saham. Falsafahnya ialah pulangan tinggi memerlukan risiko yang tinggi.

5. Falsafah Gaya Hidup

Dave Ramsey: Menganjurkan gaya hidup yang berjimat cermat, berdisiplin, dan mengelakkan kemewahan sehingga bebas hutang.

Robert Kiyosaki: Mempromosikan gaya hidup di mana individu menjana aset dahulu untuk menikmati kebebasan kewangan, dan wang bekerja untuk mereka.

Pendekatan Mana Lebih Baik?

Kedua-dua mazhab ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Waluapun saya kenal buku-buku Robert lebih 20 tahun, tapi saya tidak memprkatikan dalam kewangan terutama pelaburan hartanah.

Memang saya bukan jenis pelabur tegar hartanah sebagaimana ramai guru-guru kewangan di Malaysia.

Saya banyak terpengaruh dari sudut mindset dan konsep pendapatan pasif tapi sejenis yang tidak berani mengambil risiko besar dalam kewangan.

Apabila diamati, pendekatan kewangan saya lebih dekat dengan cara Dave contohnya memang sangat konservatif dalam pelaburan dan takut dengan hutang.

Followers yang kama ikuti saya serta pembaca buku-buku saya pasti boleh sahkan perkara ini, betapa saya tidak galakkan hidup berhutang.

Berhutang tak salah, tapi ramai orang buat hutang yang salah.

Boleh dapatkan buku-buku saya terutama buku Bijak Merancang Wang (BMW) dan buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E) yang banyak fokus kepada pembinaan mindset kewangan

Buku FIRE tu, tajuk je English tapi konten dalam BM.

Sekarang ada promosi kombo akhir tahun
https://bukufire.com/kombo99/
https://bukufire.com/kombo99/
https://bukufire.com/kombo99/

Kalau nak belajar ilmu Dave Ramsey, boleh belajar dari aka Abe Nazz. Beliau dah jadikan Dave Ramsey kepada Daud Ramzi. Saya tak dapat tag di posting, nanti saya tag di komen.