TIPS KAYA DI HARI GAJI
Bila dapat gaji kita bukan hanya nak happy sehari, tapi kita nak happy sekurang-kurangnya sebulan
Penat lelah kita kerja sebulan, sekurang-kurang kita happy juga sebulan. Bukan cuma sekadar pada hari gaji.
Untuk pastikan kegembiraan itu bertahan lama.
Bila terima duit gaji hari ini, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.
Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.
Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita.
Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% gaji boleh digunakan untuk menabung emas melalui Akaun Emas GAP, 1gram 1bulan.
Disiplinkan diri yang itu dulu.
Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita sudah ada 12 gram, bahkan lebih!
Simpanan itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS.
.
Hafiz Kamis

Simpan emas ni untuk apa?
Nak tahu untung emas? Saya boleh kirakan untung simpan emas.
Inilah kerja saya sebelum ni. Tapi saya kirakan berapa keuntungan untuk majikan saya setiap kali ada rundingan harga.
Bagi saya kalau kita tak ada dana kecemasan 3 bulan gaji, jangan buang masa kira untung lagi.
Fokus sahaja menabung sehingga 3 bulan gaji. Untung letak di no. 13.
Duk fikir untung, last2 tak menabung. Berkira-kira nak beli emas, last2 harga emas naik tinggi, dana kecemasan masih tak ada.
So, beli jer.
Tapi kalau nak tahu jugak untung simpan emas berbanding simpan dalam ASB dan Tabung Haji, saya dah kirakan keuntungan beli 100gram emas mula tahun 2016 sehingga sekarang, Memang untung. Lepas tolak zakat pun masih untung. Malahan berpuluh kali ganda keuntungan sebab tunaikan zakat.
Jadi masih nak kira untung? Jom, beli 100gram dan monitor untung anda.

Guru Walid Tuan Mohd Zulkifli Shafie dah 14 tahun dalam industri emas Malaysia.
Beliau berguru dengan Tuan Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia yang pakar selok belok ilmu emas.
Hari ni Allah bagi peluang Walid tadah ilmu daripada Guru Walid, ini sedikit pesanan beliau kepada kita semua.
"Ada orang bila mula simpan emas, dia jadi stress dengan harga Emas. Hari ni turun esok naik. Hari ni naik esok turun."
Sebenarnya memang normal emas turun naik waktu terdekat. Tapi kalau tuan puan perasan, bila emas naik, dia turun balik pun sikit. Naik banyak turun sikit, naik banyak turun sikit.
Apa maksudnya?
Maksudnya untuk jangka masa panjang, emas memang makin lama makin naik.
Lagi satu, emas confirm naik untuk jangka masa panjang sebab apa?
2 sebab, pertama sebab inflasi dan kedua adalah sebab kejatuhan ringgit. Emas confirm naik masa depan sebab ringgit confirm jatuh di masa depan.
Jadi, kalau dah faham dan ada ilmu emas. Sebenarnya tak perlu pun nak monitor harga hari hari, apa yang lebih penting adalah gram emas bertambah.
Naik ke, turun ke, asalkan duit simpanan jadi emas. Bukan semua jadi emas tapi yang selebihnya daripada dana kecemasan 3 bulan gaji, itu duit sesuai di simpan dalam bentuk emas.
Orang yang ada ilmu emas, harga naik dia happy sebab simpanannya bertambah nilai, bila emas turun dia lagi seronok sebab ada peluang beli aset mahal pada harga diskaun. Borong banyak banyak.
Dapat sesuatu?
Azinuddin Abdullah

Nak kaya macam mana?
1. Banyak kan cashflow positif
2. Harta bersih yang membawa cashflow positif
Aliran tunai positif sangat sukar dicapai jika banyak hutang.
Cuba periksa aliran tunai kita, jika negatif, ubah dan cepat berubah.
Jika tidak makin lama makin miskin.
Bulan ni kita negatif RM500, 1 tahun negatif RM6000, 10 tahun negatif RM60k. Paling sedap dengar lagu SP later dan guna kad kredit.
Nampak mewah tapi hidup dalam hutang. Beli kopi pun nak berhutang, masalah masyarakat kita.
Apa harta bersih?
Harta tak buat kita makin miskin, paling mudah kereta.
Kereta-bayar bulan-bulan, bayar servis, pam minyak, belum lagi kena saman, tayar pancit lagi. Biarlah beli kereta yang tak membebankan.
Sebab kereta tak melambangkan kekayaan pun, kita nampak banyak hutang. Poket bocor bila bayar cukai jalan.
Ubatnya adalah tabungan emas. Hidup tenang dan harta bertambah.
Fikir-fikirkanlah

#TabungDuit
SUSUN KEWANGAN KITA
Masalah urus duit adalah sesuatu yang ramai orang hadapi.
Berikut langkah-langkah mudah dan santai untuk kita susun semula kewangan dengan cara yang sesuai untuk orang kita :
1. Berdoa & Muhasabah Diri
Mulakan dengan doa agar dipermudahkan urusan.
Muhasabah: Kenapa masalah berlaku? Adakah sebab boros, hutang, atau kurang kawalan perbelanjaan?
2. Catat Semua Pendapatan & Perbelanjaan
Tulis atau guna aplikasi untuk rekod setiap sen masuk dan keluar.
Tip: Gunakan konsep "Masuk satu, keluar dua kena tahu!".
3. Utamakan Keperluan Asas (Wajib Dahulu)
Fokus pada makanan, tempat tinggal, dan bil wajib.
Kurangkan kehendak seperti makan di luar, beli barang tak perlu, atau hiasan rumah yang tak mendesak.
4. Buat Bajet (Bagi Duit Kerja Untuk Kita)
Guna konsep "50/30/20":
50% untuk keperluan asas.
30% untuk kehendak.
20% untuk simpanan atau bayar hutang.
Kalau sempit, kecilkan bahagian kehendak dan tambah ke simpanan.
5. Hapuskan Hutang Secara Bertahap
Senaraikan semua hutang.
Bayar dari yang paling kecil (cara snowball) atau yang paling tinggi bunga (avalanche).
6. Simpan Duit Walaupun Sedikit
Mulakan walau RM1 sehari.
Gunakan kaedah auto-debit untuk konsisten.
Buat simpanan emas 1 gram sebulan.
7. Cari Pendapatan Tambahan
Gunakan bakat atau kemahiran seperti masak, menjahit, atau menjual produk secara kecil-kecilan.
Ramai mula dengan berniaga dari rumah atau secara online.
8. Didik Keluarga Tentang Pengurusan Wang
Ajak pasangan dan anak-anak bersama jaga bajet.
Kongsi matlamat kewangan agar semua orang faham keutamaan.
9. Belajar Tentang Kewangan
Ikuti kelas kewangan atau baca buku tentang urus duit.
Belajar tentang pelaburan atau teknik menyimpan dengan betul.
10. Bersedekah Walaupun Sikit
"Sedekah tidak mengurangkan harta." Sedikit yang kita beri, Allah ganti dengan keberkatan.
Bonus: Disiplin & Sabar
Kejayaan urus kewangan tak berlaku sekelip mata. Usaha sedikit-sedikit, dan insya-Allah, lama-lama jadi baik.
kawan kawan,
Doa:
"Ya Allah, berkatilah rezeki kami, cukupkanlah apa yang ada, dan jauhkan kami daripada beban hutang yang memberatkan."
Alhamdulillah, jika ada niat yang baik dan usaha, Allah pasti bantu. 😊
Azizul Azli Ahmad
Suka Kawan Bijak Urus Duit

Kereta bukan harta walaupun kita beli secara tunai!
Lagi-lagi kereta itu hanya digunakan sebagai pengangkutan harian kita dan tak mendatangkan hasil kepada kewangan kita. Siapa miliki kereta ikut kemampuan dengan hutang bank, mereka kehilangan keupayaan menabung sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
Beli kereta harini secara tak langsung kita bakal kehilangan nilai kekayaan 20% setahun malah mampu mencecah lebih 40% setahun akibat daripada susut nilai kereta itu sendiri.
Jadi beli kereta ikut keperluan bukan kemampuan. Bank kata gaji kita mampu beli kereta BMW, kita beli Honda atau Toyota. Bank kata gaji kita mampu beli Honda Civic, kita beli Proton S70 takpun Produa Bezza.
Ingat kereta keperluan, beli kereta apa itu kehendak. Sebelum beli kereta kenal pasti kos-kos yang bakal anda tanggung bukan sahaja tahu bayaran bulanan pada bank yang anda mampu.
Buat apa beli kereta idaman, kalau kita kehilangan kemampuan untuk menabung 20-30% gaji sebulan.
Rule of thumb, beli kereta harganya tak melebihi jumlah 1 tahun gaji kita jika tak mahu menyesal.
Baca sini kenapa perlu ada miliki harta 1 juta sebelum membazir beli kereta Idaman 1 juta
https://www.mohdzulkifli.com/2024/10/sebelum-beli-kereta-mewah-milikilah-harta-rm1-juta-dulu.html
#TabungKereta

MohdZulkifli.Com
Sebelum Beli Kereta Mewah, Milikilah Harta RM1 Juta Dulu - MohdZulkifli.Com
Nak beli kereta mewah boleh, tapi kena tahu kos beli dan kos belanya sekali. Sharing menarik dan jujur dari posting FB Tuan Shaari Anuar tentang kos sebenar beli dan bela kereta mewah; BMW AMG. Kos beli sahaja cecah RM600,000. Sekali dengan kos bela (termasuk…
Penjelasan Kepatuhan Shariah
Bagi sahabat pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh sahabat saya yang juga pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;
“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :
1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).
Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
JUALAN BALIK (BUY BACK)
Proses utama dalam produk ini ialah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”
Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, insyaAllah.
Kredit penulis
Zulkifli
24 Januari 2017
26 Rabiul Akhir 1438H

"Kalau hidup kau susah (miskin), (cuba cek) samada kau bodoh atau kau malas!"
Tersentak dengan kata-kata Tuan Faizul Ridzuan (guru pelaburan hartanah) semasa #SeminarRoadToFinancialFreedom hari tu.
Bila saya renung balik kata-kata beliau, sebenarnya samalah apa yang saya cakap sebelum ni. Cuma bahasa beliau agak direct.
Ianya tentang ILMU dan USAHA. Kena rajin belajar dan rajin berusaha.
Kalau miskin, kena cari ilmu. Ilmu tu banyak...
Ilmu yang dimaksudkan tu ialah ilmu duit; ilmu buat duit, ilmu jaga duit, dan ilmu kembangkan duit.
Ilmu kena ada. Barulah duit yang banyak akan datang. Dan duit yang ada tu pun akan berkembang.
Tapi kalau tak ada ilmu, kita akan habis banyak masa dan tenaga.
Orang berilmu boleh buat duit dengan mudah. Bahkan kata-kata orang berilmu pun orang sanggup bayar harga yang mahal.
Tapi kalau tak ada ilmu, kita terpaksa jual kudrat dengan harga yang murah. Kudrat kita terbatas. Maka income (duit) kita pun akan terbatas...
Income kita dibataskan oleh kudrat dan masa (24 jam sehari) yang kita ada.
Yang kedua kena RAJIN berusaha.
Kalau hidup susah tapi hanya mengharap duit gaji (satu income) sahaja, maksudnya kita belum cukup bekerja keras.
Bahasa kasarnya ialah malas...
Kebanyakan orang kaya, mereka dah terbiasa buat banyak kerja dalam satu masa. Mereka ada 2, 3 income dalam satu masa.
Mereka kerja kuat sampai mereka tak ada masa.
Sampai banyak kerja-kerja yang mereka sanggup bayar orang lain untuk settlekan sebab masa mereka sangat berharga.
Kalau kita masih ada masa untuk shopping berjam-jam setiap kali hujung minggu, ada banyak masa untuk scroll medsos orang lain, ada banyak masa layan gosip dan berdebat di medsos, maksudnya kita ada banyak masa untuk bina kekayaan.
Tinggalkan semua yang tak berfaedah tu. Gunakan masa berharga tu untuk cari duit.
Cari ilmu duit. Dan bekerja kuatlah bina kekayaan...
Bekerja kuatlah sampai Tuhan 'kesian' kepada kita. Ibaratnya begitulah...
Memang semuanya takdir Tuhan. Tapi ingatlah, rahmat Tuhan tu dekat kepada orang yang rajin berusaha...
#TipKewanganPeribadi

MUDAHNYA BUAT DUIT
Suatu hari saya bersembang dengan rakan sekerja saya. Kata beliau….
“Kolupo ni tempat ramai ore. Macey-macey boleh buat duit. Nok ko rajin so karo jah. Macam kawe 4 kijo kawe buat dalam sebulan. Bagi kawe ore wak kata kijo payah lani ore malas jah”
Kata-kata ni melekat dalam kepala saya. Bila saya renungkan ada betulnya jugak.
Bayangkan setiap masalah yang penduduk kota ada itu adalah peluang untuk kita selesaikan dan buat duit✔️.
Contohnya, warga kota majoriti duduk di rumah yang tinggi seperti Flat, apartment atau kondominium.
Mereka ni kadang tak sempat nak masak dan lebih suka order sahaja kalau nak makan.
Jadi saya fikir ini peluang untuk saya selesaikan masalah mereka. Maka, saya ambil keputusan untuk buat grab food.
Walaupun pada ketika ni saya sudah pun bergelar penjawat awam dan sudah memiliki bisnes sendiri.
Boleh dikatakan kalau saya tak buat grab pun alhamdulilah income saya lebih dari cukup untuk keperluan saya dan keluarga.
Tapi disebabkan saya tak nak rasa selesa. Saya pilih untuk penuhkan masa saya dengan aktiviti yang boleh jana pendapatan.
Sebab Kata guru saya En Mohd Zulkifli Shafie, “Comfort bukan soal pendapatan tapi ia soal mindset”.
Alhamdulillah boleh dikatakan saya buat grab hujung minggu sahaja. Tapi saya boleh pakai duit tersebut untuk makan selama seminggu.
Tanpa usik gaji kerja hakiki dan bisnes saya. Alhamdulillah. Jadi mesej yang saya nak kongsikan hari ni adalah….
“Semua penyakit ada ubatnya, kecuali penyakit MALAS sahaja tiada ubat”
Mohamed Ridwan
Cyberjaya

Gais.
Ini prestasi emas.
Untuk setahun, emas naik 24.52%
Jadi, kalau nak invest emas. Fikir long term.
Jadual boleh tengok kat goldprice.org
#NotaEmasSyukorHashim