Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Emas dijangka naik $10,000 per troy ounce dalam 10 tahun sekiranya inflasi sekarang berterusan- KITKO

sekarang harga emas sekitar 2,500 per troy ounce. Bermakna pakar jangkakan harga emas boleh naik lebih 4 kali ganda. bayangkan 1kg sekarang RM400,000. kalau naik 4 kali ganda. lagi 10 tahun 1kg emas dijangka cecah RM1.6 juta.

Kalau kita tengok inflasi memang sukar dikawal. akan terus naik dan berlaku setiap tahun. ini belum lagi jika berlaku peperangan besar, konflik, pandemik. pasti harga emas boleh naik lebih banyak. saya amat yakin harga emas terus naik kerana kita sedang gunakan duit kertas iaitu fiat money.

kalau simpan duit kertas tak naik. susut lagi adalah. berdasarkan Jabatan kerangkaan malaysia, ringgit dah susut 22.9% dalam tempoh 10 tahun. lagi 10 tahun tak tahu lah. sebab itu kita simpan duit makin lama makin tak cukup. nilai duit kertas dimamah inflasi. kuasa beli semakin berkurang

Emas sebaliknya naik 29% pada tahun ini. walaupun harga tengah turun berbanding harga tertinggi. harga emas kekal tinggi cecah RM400 segram. Tahun lepas baru RM316 segram. sebab itu penyimpan emas makin lama makin kaya.

Tetapi harga emas naik banyak pun tak guna jika kita hanya ada 1 gram. tahun 2020 ada orang stop membeli sebab harga emas naik banyak cecah RM304 segram. harini mereka menyesal sebab tak beli dengan konsisten sejak tahun 2020.

Mereka yang lebih kaya adalah mereka yang ada tabungan emas yang banyak. mereka yang konsisten menabung walaupun sikit sikit. target ada minimum 1 kg dalam 10 tahun. tak mustahil dengan ilmu dan guru yang betul.

menjadi kaya ni penting. supaya kita boleh keluar lebih zakat dan buat lebih banyak kebaikan. saya kenal ramai orang kaya yang simpan emas. ada yang beli sampai 8kg emas. mereka berzakat lebih banyak. sedekah lebih banyak. duit yang ada mereka bina lagi masjid dan boleh bantu keluarga yang susah.

Saya kenal ada antara mereka yang gajikan pembantu untuk bantu mudahkan urusan mak ayah. carikan driver untuk mereka. ada yang beri rawatan dan pendidikan terbaik untuk keluarga. kalau ada keluarga yang susah kita boleh bantu

bila duit atau ada simpanan yang banyak. kita tak takut nak buat lebih banyak kebaikan. zaman sekarang ni semuanya perlukan duit. makanan yang bagus dan berkualiti selalunya mahal. jadi kita kena pastikan ada ilmu pengurusan kewangan. belajar jana passive income dan MSI dari sekarang

ikhlas,
Adam Fahmi Ghazali
[Emas Atau Tanah?]


Ramai diantara kita berdebat dan bertikam lidah untuk menang dalam menentukan keperluan Aset.

Ada orang simpan emas berkilo-kilo.

Ada yang pilih beli tanah berekar-ekar.

Apa pun pilihan kita, ianya bukanlah suatu kesalahan kerana itu adalah pilihan kita.

Pandang dari sudut yang Positif. Kedua-duanya di kategori sebagai ASET PERLU. Ianya bukanlah jaminan untuk kaya tetapi jaminan kepada kesenangan hidup pada masa akan datang.
.

Elakkan untuk menjadikan aset sebagai liabiti. Contohnya bila tanah dibeli berekar-ekar tetapi dibiarkan kosong tanpa diusahakan.

Beli dengan kemampuan bukan dengan nafsu atau Ikut-Ikutkan.

Nak tunggu beli tanah berekar-ekar, mungkin memerlukan kos yang besar.

Tapi,
Tapi,
Tapi !


Saya ada satu #Tips & #Rahsia iaitu Emas Boleh dimiliki serendah 1gram atau RM100 dengan nilai seberat 0.4gram. 😍

Kalau nak ada simpanan 10gram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Kalau nak ada simpanan 100 gram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Kalau nak ada simpanan 1kilogram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Ingat, seketul tanpa bata, tiadalah bangunan berdiri megah.

Dapat sesuatu?

Mula sekarang!

#PG1M
SET MATLAMAT SIMPANAN

Ada yang simpan emas segram, lepas tu tidak buat simpanan lagi.

Selalunya jadi seperti ini sebab mereka tidak ada matlamat yang jelas "mengapa mereka simpan emas".

Matlamat perlu jelas dan logik "kenapa simpan emas?".

Kalau harapkan simpan emas ni boleh jadi kaya dengan cepat, bukan emas lah tempatnya.

Simpan emas tidak janjikan kita boleh jadi kaya, tapi yang pasti kita tidak jatuh miskin.

Simpan emas biar kita ada matlamat yang jelas, bukan hanya sekadar ikut-ikutan semata, akhirnya kita juga yang lemas tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya emas ni hanya salah satu daripada alat kewangan yang lain, dan ia ada fungsinya yang tersendiri mengikut matlamat kita masing-masing.

Apakah fungsi yang boleh kita jadikan emas sebagai alat yang bermanfaat bagi kita?

1. Sebagai simpanan hari tua

Usia kita semakin lanjut (tua), bukannya semakin muda. Untuk menjamin masa tua kita kelak, kita perlu ada duit simpanan. Tapi aku yakin manusia dengan duit selalunya kalah dengan emosi belanja. Jadi tak sempat nak menyimpan sampai tua, habis duit tu kita belanjakan.

Untuk pastikan kita boleh berjaya menyimpan, cuba kita tukar cara simpanan kita daripada simpan tunai kita cuba simpan emas. Insyaa Allah aku yakin pasti berjaya.

2. Sebagai Modal beli Rumah Pertama

Nak beli rumah modalnya agak besar. Kalau nak bayar "downpayment" pun paling kurang 10%. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai simpanan untuk modal beli rumah.

Bila jumlah simpanan emas kita dah banyak dan cukup untuk buat modal beli rumah, masa tu kita boleh samada jual atau pajakkan sementara untuk dijadikan sebagai modal.

Kalau simpan tunai belum tentu cukup untuk kita buat modal beli rumah, dan sampai bila-bila pun kita tak ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menyewa selamanya kan..

3. Sebagai Modal Kahwin

Kalau yang masih bujang, jadikan emas ni sebagai simpanan belanja untuk majlis kahwin atau selepas kahwin nanti.

Aku juga pernah rasai pengalaman bujang simpan duit tapi, duit tak pernah lekat. Asyik belanja yang bukan-bukan saja. Last-last merana simpanan tak ada.

4. Sebagai Modal buat Umrah

Jadikan emas sebagai modal pergi umrah. Cukupkan simpanan emas yang menyamai nilai untuk pergi umrah, boleh jual masa tu untuk bayar kos pergi umrah.

Letakkan matlamat kita simpan emas untuk tunaikan umrah dulu, nak pergi haji tak tahu ada rezeki ke tidak.

Macam sekarang ni, mungkin dua atau tiga tahun lagi baru kita boleh pergi buat umrah, jadi simpanlah emas dari sekarang.

5. Sebagai Dana Pendidikan Anak

Emas sangat bagus dijadikan sebagai dana pendidikan anak kita yang masih kecil. Sebab dana pendidikan tu bukan simpanan jangkapendek tapi ia jangkapanjang.

Kalau simpan duit tunai untuk jangkapanjang kurang bagus sebab nilai simpanan kita tu sebenarnya semakin kecil kuasa belinya untuk jangkapanjang.

Tapi emas dapat selamatkan nilai simpanan kita. Emas ni kalis inflasi, nilainya kekal sampai bila-bila.

Ini antara matlamat yang sempat aku tulis disini. Setiap orang matlamatnya berbeza.

Jadi letaklah matlamat simpanan emas mengikut keperluan kita sendiri, insyaa Allah aku yakin pasti kita boleh berjaya.
Gais.

4 tahun yang lalu (tahun 2020) saya telah menulis tips power ini. Siapa yang ikut nescaya akan berterima kasih kepada saya.

Jadi kat sini saya share semula untuk bacaan anda.

β€”β€” start sharing β€”β€”-

Gais.

Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐀𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧" atau dalam English dipanggil "π’‡π’π’“π’˜π’‚π’“π’… π’π’π’π’Œπ’Šπ’π’ˆ 𝒂𝒑𝒑𝒓𝒐𝒂𝒄𝒉"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐀 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐒 𝐀𝐞𝐧𝐚𝐒𝐀𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐀𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda πŸ™‚

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#throwback
#TabungKewangan

MENCAPAI TAHAP POSITIF YANG STABIL

1. Setelah ada pendapatan sendiri dia tahap pertama. (Tulisan semalam). Kita harus meningkatkan ke tahap yang lebih berat iaitu mencapai tahap POSITIF cashflow.

2. Pernahkah kita melihat orang yang terlalu sebok bekerja, memiliki pendapatan tetap, tetapi tidak pernah boleh menabung?.

3. Hidupnya lebih besar pasak dari tiang. Selalu merasakan pendapatanya tidak cukup.

4. Hidupnya ditutupi oleh hutang sehingga akhirnya gaji yang dapat hanya untuk menutupi hutang.

5. Orang seperti ini terjebak pada tahap kedua. Gaji sekadar 'tumpang lalu' sahaja.

6. Lebih parah hidupnya dalam putaran hutang. Kesana kesini untuk meminjam wang dan menutup hutang.

7. Fokus utama pada tahap ini adalah untuk menghasilaknan positive cashflow. Bahasa mudah, lebih besar gaji dari perbelanjaannya.

8. Jika gaji kita RM5000 sebulan, ushakan belanja hanya RM4000 sahaja sebulan.

"Sembang boleh la bang"

9. Jika kita berjaya, menjaga cashflow selama setahun perbelanjaan bawah pendapatan. Barulah kita dianggap mencapai TAHAP POSITIVE CASHFLOW.

Kita telah berjaya capΓ i tahap kedua sebenarnya.

Kawan,

84% rakyat kita tiada simpanan konsisten setiap bulan.

Azizul Azli Ahmad
Menyimpanlah
πŸ›‘PELUANG USIA MUDA

Banyak mana nak menabung?
Jawapan paling general adalah sebanyak yang boleh. Semakin banyak simpanan, potentially semakin panjang tempoh masa untuk survive.

Bagi anak muda yang baru mula bekerja, tangguhkan pembelian kereta. Target nak bina dulu reserved fund at least 3 ke 12 bulan gaji.

Sebolehnya elak personal loan. Kad kredit tak menjadi keperluan jika tak mampu disiplin. Elak juga over fun hingga simpanan sendu. #apeni?

Secara amnya usahakan menabung 10% hingga 30% daripada pendapatan. Kalau mampu lebih? Bagus! Tingkatkan lagi simpanan.

Urus kewangan adalah Matematik mudah. Semakin tinggi disiplin? Semakin cepat simpanan bertambah. Semakin tinggi peluang untuk memanjangkan survival mode.

Menabung adalah langkah pertama. Ikhtiar awal. At least ada usaha. Kalau tak belajar dan tak berusaha? Salahkan takdir pun tak ada manfaat buat kita.

Jangan selesa.
Mula dengan betul.

Ramai dah abang kakak sebelum kalian dah terlepas PELUANG USIA MUDA. Jangan yang muda dan masih berpeluang tapi gagal gunakan sepenuhnya.

-Marlia Ramli
Fokus dan Konsisten

2024 bakal meninggalkan kita tidak lama lagi.
Bagaimanakah simpanan kita untuk tahun ini?

Jika kita konsisten 1 gram 1 bulan, kita pasti telah ada 11 gram.
Jika kita konsisten 1 dinar 1 bulan, kita pasti telah dapat kumpul 11 dinar.
Jika kita konsisten RM100 setiap bulan, kita telah dapat kumpul hampir 3 gram.

Jika kita fokus untuk dapatkan 50 gram dalam tahun 2024, kita pasti telah hampir mencapainya.
Jika kita fokus untuk dapatkan 100 gram dalam tahun 2024, kemungkinan besar kita telah capai lebih daripada itu.

Mentor emas saya sentiasa berpesan, untuk berjaya sebagai penyimpan emas kita perlu FOKUS dan KONSISTEN.

βœ… FOKUS kepada penambahan gram
βœ… KONSISTEN simpan setiap bulan

Jom kita set matlamat, FOKUS dan KONSISTEN untuk tahun 2025 πŸ”₯
KISAH INSPIRASI πŸ”₯πŸ”₯

Tahniah anak muda dah faham tentang emas dan kewangan. Usia baru 20 tahun tapi ada target dan matlamat yang jelas tentang simpanan emas!πŸ‘πŸΏ

Bila gaji naik, beliau tambah saving daripada rm100 kepada rm300. Kebanyakan orang, gaji naik, mereka tambah komitmen bulanan.

Sama-sama kita doakan anak muda ini kaya dengan emas juga dimurahkan rezeki. AamiinπŸ˜‡

Ini bukti betapa bukan emas yang buatkan kita kaya. Tetapi ilmu tentang emas yang akan buat kita kaya.

Teruskan belajar ya sahabat2 emas semua!😊

Nak mulakan simpanan emas? Jom saya bantu.

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
Gais.

Berita emas 21/11/2024

Hari ini emas naik lagi, sekitar 18.14 usd/Oz.

Pendorong kenaikan harga ini adalah daripada ketegangan perang Russia vs Ukraine.

Hari ini Russia dilaporkan telah melancarkan peluru berpandu antara benua ketegangan atas Ukraine.

Ini sekali gus memberikan bayangan bahawa konflik ini semakin meningkat.

Peluru berpandu antara benua boleh terbang pada jarak beribu kilometer dan ia boleh membawa muatan peledak nuklear.

Jika konflik Russia dan Ukraine berterusan maka kita akan melihat harga emas akan naik lagi.

Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat oleh pelabur-pelabur.

Nilainya tidak bergantung kepada mana-mana kerajaan.

Pada waktu ini, emas menjadi pilihan.

Sebagai penyimpan emas jangka panjang, kita beli dengan senyuman πŸ˜ƒ.

#NotaEmasSyukorHashim
❌Tak perlu monitor harga

❌Tak perlu pandai tengok graf

❌Tak perlu belajar technical analysis

❌Tak perlu risau pasal naik turun harga

βœ…Hanya perlu konsisten menabung dan fokus kepada pertambahan gram

βœ…Mudah dan selamat

βœ…Tak ada risiko emas hilang

βœ…Boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa

Tidur pun lena InsyaAllah

Gram emas yang terkumpul di Akaun GAP salah seorang penyimpan emas. 213 gram emas. nilainya harini cecah RM90,000

Semoga saya, Tuan Puan juga istiqamah

Kelebihan akaun emas GAP. boleh baca di link:
https://publicgold.me/MunirahMarzuki/akaun-gap
Berita emas 25/11/2024.

Gais.

Pagi tadi harga emas tiba-tiba jatuh mendadak, sekitar 1.95% (-43 usd/Oz)

Apa sebabnya?

Pagi tadi telah keluar satu berita iaitu perbincangan untuk gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah di Lubnan.

Menurut berita, perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan militan Lebanon, Hezbollah, β€œsangat hampir,”

Lebih daripada 3,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel sejak peningkatan permusuhan pada pertengahan September, berdasarkan angka daripada kementerian kesihatan Lebanon.

Perkara ini menekankan betapa mendesaknya keperluan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata.

β€œKami sedang bergerak ke arah ini, tetapi masih terdapat beberapa isu yang perlu ditangani,” kata jurucakap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kepada CNN.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Hezbollah telah mempertimbangkan cadangan daripada Amerika Syarikat dan Israel untuk menghentikan pertempuran selama 60 hari.

Ia diharapkan dapat menjadi asas kepada gencatan senjata yang berkekalan.

Gais.

Konflik di Timur Tengah (Israel, Palestin, Hamas, Hezbollah, Iran, Lubnan) menyebabkan harga emas naik.

Namun apabila ada berita gencatan senjata maka permintaan terhadap emas sebagai aset selamat akan turun.

Jadi inilah punca harga emas jatuh banyak pagi tadi.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
25/11/2024
Orang yang menyimpan emas dengan adanya ilmu yang betul mereka akan faham apa yang mereka buat dan ilmu tersebut akan menjadikan mereka lebih kaya.

Ada juga orang yang menyimpan emas tanpa ilmu dan mereka juga boleh jadi kaya, tapi kekayaan mereka belum tentu boleh berulang dan akan kekal lama.

Orang yang ada ilmu mereka tahu cara yang betul untuk kembangkan kekayaan mereka bukan sekadar nasib. Tapi mereka tahu bagaimana mereka memperolehinya.

Sebab itulah ilmu adalah kekayaan yang sebenar. Orang yang kaya dengan ilmu mereka tidak akan miskin. Tapi orang yang kaya tanpa ilmu mereka boleh jadi miskin bila-bila masa.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold