Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Untuk pengetahuan semua, beli gram besar, harga pergram lebih murah.
Jika ada budget besar, boleh buat belian secara EPP
Harga pergram untuk 10 gram ialah RM381

Harga pergram untuk 100 gram ialah RM376
Boleh jimat banyak kalau beli gram besar. Guna kaedah EPP
*Cara Buat Belian Emas Fizikal Secara EPP6/EPP10 Melalui Apps*

*Pastikan Profile telah dikemaskini & masukkan alamat untuk pos.

*Item pos hanya maksimum berat 21.25g sahaja.

1. Klik *Login* dan masukkan *Username (PG Code) & Password*
2. Klik *Physical Outright Purchase*
3. Klik *Gold*
4. Pilih item dan kuantiti yang dikehendaki dan *Add to Cart*
5. Klik *Okay*
6. Klik simbol *Trolley 🛒*
7. Klik *Checkout*
8. Payment Option: *Easy Payment Purchase & klik OK*
9. Select *6 Months/ 10 Months & klik OK*
10. Collection Method: *GIT (Courier to My Address)* atau *Combine GIT* & klik OK- *untuk berat order 21.25g dan ke bawah*

Nota: *Combine GIT*- boleh gabungkan beberapa order berbeza yang telah selesai dibayar dalam satu parcel dengan syarat jumlah berat tidak melebihi 21.25g.

Nota: Pilih *Pickup at Branch* jika berat order *lebih dari 21.25g*

11. Purchase Order for: *Myself* / *Others*
12. Masukkan *E-voucher (jika ada)*
13. Remarks: biarkan kosong
14. Klik *I Agree and Understand...*
15. Klik *Place Order*
16. Teruskan membuat bayaran pertama.
17. Selesai.

NOTA:
EPP hanya layak untuk order berjumlah RM1000 dan ke atas.
Jika ada diantara ibu bapa menyimpan atau menyediakan dana pendidikan anak-anak dalam Tabung Haji, SSPNI atau Bank tidak mengapa.

Teruskan sahaja.
Kekalkan sahaja.

Tapi jika ada diantara ibu bapa yang mencari-cari kaedah menyediakan Dana Pendidikan anak-anak, boleh cuba menyimpan emas.

Emas sesuai untuk simpanan jangkamasa panjang. Tambahan pula emas melindungi duit daripada dimamah inflasi.
.

Target dan fokus #1gram1bulan untuk dana pendidikan anak.

#Jom kira-kira :
1bulan = 1gram
1tahun = 12gram
18tahun = 216gram

Jika ibu bapa konsisten menyimpan emas untuk anak-anak seawal kelahiran bayi, apabila umur anak cecah 18 tahun nanti, jumlah terkumpul simpanan emas mencecah 216gram.
.

Harga emas hari ini sekitar RM384 segram. Bermaksud nilai atau berat 216gram bersamaan RM82,944.

Itu harga segram untuk hari ini.
Cuba kita fikir semula, bagaimana harga emas 18 tahun lagi?

Adakah masih RM384 segram?

Saya ulang,
Adakah masih RM384 segram?

18 tahun tu jauh lagi perjalanan.
18 tahun tu lama lagi perjalanan.

Boleh jadi 18 tahun lagi harga emas telah cecah RM500 segram.
Entah-entah capai RM1,000 segram.

Dalam sejarah,nilai dan harga emas tempoh jangkamasa panjang tidak pernah mengecewakan.

Dah mula simpan emas?
RUGI bertangguh.
Jom mula! 😁


#PG1M
PESARA DAN EMAS

Tahniah kepada penyimpan emas yang menukarkan wang persaraan kepada emas fizikal.

"Apa nak buat dengan duit dalam KWSP selepas bersara?"

Paling penting kita perlu berhati-hati dengan wang ini! Objektif utama ialah untuk memastikan yang wang ini boleh bertahan selama sekurang²nya 20 tahun.

Jadi anda boleh consider buat begini:
1️⃣ hijrahkan 50% daripada wang tersebut ke dalam emas fizikal. Memandangkan emas telah memberikan pulangan hampir 10% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan dan besar kemungkinan akan memberikan pulangan yang sama hebat di tahun² yang akan datang, ini merupakan langkah yang baik dan bijak.

2️⃣ Anda juga boleh consider untuk hijrahkan 20% wang itu kepada ASB untuk digunakan sebagai Dana Rizab dan tinggalkan 20% lagi dalam KWSP.

3⃣ Baki 10% itu anda boleh gunakan untuk enjoy sikitlah! Mungkin buat umrah, mungkin makan angin sana sini, mungkin beli sesuatu untuk diri sendiri💐

Semoga perkongsian ini akan membantu pesara atau bakal pesara untuk membuat pilihan kewangan yang lebih bijak😉
*Teknik Dollar Cost Averaging (DCA)*

Contohnya beli emas 1g harga RM400/g

Harga emas hari ini RM380/g

Kalau kita beli hari ini 10g, jumlah kita ada 11g (RM400 + RM3,800 = RM4,200)

RM4,200 / 11g = ±RM382 per gram.

Kalau kita beli hari ini 20g, jumlah kita ada 21g (RM400 + RM7,600 = RM8,000)

RM8,200 / 21g = ±RM381 per gram.

Makin banyak gram yang kita beli masa rendah makin murah harga per gram yang kita akan dapat
2 PRINSIP : SIMPANAN KALIS BOROS

Dua prinsip penting bila nak simpan duit supaya kekal lama iaitu "paksa dan lupa".

Simpanan ni memang kena paksa. Kalau ikutkan hati, belanja lebih seronok berbanding simpan. Sebab itu pakar kewangan sarankan, paksa diri simpan 10% daripada pendapatan, selebihnya baru belanja. Kalau tak dipaksa, memang kita tak akan menyimpan.

Simpanan tu tak boleh diingat-ingat. Simpan dan lupakan. Kalau simpan dalam Tabung Haji, sorokkan buku tu dan jangan sesekali link dengan mana-mana kad ATM supaya kita 'lupakan' simpanan tu. Kalau diingat-ingat selalu, duit simpanan tu akan cepat bocor. Simpan, simpan, keluarkan. Simpan, simpan, keluarkan. Sampai ke sudah simpanan tak pernah cukup.

Salah satu cara berkesan melupakan simpanan ialah dengan tukar duit kepada emas. Emas tak ada nombor-nombor ringgit, yang ada hanyalah gram. Ia gagal menjentik nafsu berbelanja sebagaimana duit.

Bagi sahabat yang nak simpan emas, jangan bercita-cita terlalu besar. Paksa diri simpan 1 GRAM 1 BULAN sudah memadai. Yang penting ialah KONSISTEN. Beli, simpan dan lupakan. Sedar-sedar, at least kita ada 12 gram setahun. Anggaplah ia portion simpanan kalis boros. Yang selebihnya, boleh simpan dalam akaun seperti Tabung Haji kalau mahu.
Berita baik untuk peminat EPP! .

Sekarang ni dah boleh buat auto debit EPP tau 🥰

Untuk existing EPP buyer, boleh terus ke apps PG untuk *setting bayaran Auto Debit*:

Login apps PG > Klik Me > Tekan My Order
1. Klik payment Auto Debit.
2. RM1 charges
3. Potongan tiap bulan secara auto

Anda hanya boleh setting EPP selepas bayaran BULAN pertama telah dibuat
Oh, ada yang bertanya kenapa Public Gold ambil emas jenama lain? Tak rugi ke?

Jawapannya Mudah sahaja tuan puan, sebab Public Gold adalah kilang emas, syarikat emas nombor 1 di Malaysia

Emas-emas jenama lain ni boleh sahaja Public Gold gold jual semula, atau boleh proses semula (refinery and minting) dan dijual semula sebagai gold bar dan dinar Public Gold

Belajar ilmu baru hari ni? Jangan lupa share supaya lebih ramai yang dapat manfaat.
Ada sebuah syarikat emas waktu saya mula buat bisnes dulu, beli 1 Dinar, emas mereka pegang, dan dapat dividen setiap bulan.

Siap masuk TV Al Hijrah lagi. Nama syarikat pun Islamik. Hari ni? Emas tak dapat, dividen lenyap.

Banyak dah syarikat yang saya tahu, yang menawarkan skim pelik-pelik. Tak bertahan lama. Pembeli (pelebur) berputih mata.

Emas takda dividen! Namun..Macam mana simpan emas boleh untung?

Tahun 2023, kenaikan harga emas lebih 20% setahun. Agak tinggi berbanding insturment pelaburan yang lain. Kalau nak cairkan, ada spread sekitar 9%. Kalau dikira bersih, dapat sekitar 10%.

Jauh lebih tinggi dari ASB dan Tabung Haji.

Jadi semua duit yang kita ada perlu beli emas?

Tak perlu!

Duit yang tak plan nak pakai dalam tempoh kurang 2 tahun sahaja, tukar kepada bentuk emas. Untuk kegunaakan dalam masa terdekat. Simpan dalam bentuk cash!

Jadi, ASB dan Tabung Haji perlu.
Emas pun perlu.