Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Akaun GAP Public Gold Sesuai Untuk Orang Sibuk

Kalau anda jenis yang sibuk kerja, tak sempat pergi kedai emas, tak tahu nak pilih design, atau malas fikir banyak akaun emas GAP ni memang sangat sesuai untuk anda.

Beli online sahaja tak perlu ke kedai emas
Boleh buat bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Tak perlu pilih design sebab kita beli ikut gram, bukan barang kemas
Tiada caj simpanan emas disimpan percuma dalam akaun GAP
Nak keluarkan emas pun mudah boleh request pos terus ke rumah
Tiada syarat wajib beli setiap bulan
Tiada had masa dan gram

Boleh set autodebit

Tak kisah anda kerja pejabat, kerja shift, jaga anak 24 jam di rumah dengan GAP, anda masih boleh simpan emas secara konsisten tanpa ganggu rutin harian.

Yang penting, login apps Public Gold, klik “Buy GAP”, masukkan jumlah RM100… siap!

2 minit dah selesai urusan menabung emas.

Sibuk bukan lagi masalah.
Multiple Streams of Income

Suatu hari nanti kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita tidak boleh kerja atas faktor umur dab kesihatan.

Masalahnya kebanyakan orang biasa hanya bergantung pada satu punca pendapatan iaitu gaji bulanan.
Kalau gaji tu hilang, terus panik. Tak tahu nak survive macam mana.

Tapi orang kaya tak begitu. Mereka bina beberapa aliran tunai, bukan satu. Antaranya ialah:

Ada gaji tetap
Ada sewa rumah
Ada untung bisnes
Ada hasil pelaburan
Ada komisen dari bisnes networking
Dan ada juga simpanan yang berkembang nilainya (contohnya emas)

Mereka tahu, kalau satu sumber terjejas sekurang-kurangnya ada lagi 3 atau 4 yang boleh tampung hidup.

Itulah yang dipanggil “multiple streams of income”.

Saya mula nampak pentingnya bila tengok orang yang tiba-tiba hilang kerja, atau sakit lama sepertimana berlaku zaman covid. Kalau hanya bergantung pada satu pendapatan, hidup boleh jadi lumpuh.

Kaya bukan tentang kerja kuat semata-mata. Kaya adalah tentang duit yang masuk walaupun kita sedang tidur.

Jangan tunggu selesa baru nak cari sumber kedua.Cari sekarang. Mula kecil tak apa. Lama-lama ia akan jadi sungai yang besar.

Orang bijak tak letak telur dalam satu bakul.
Orang kaya tak letak harapan pada satu sumber pendapatan.

*Public Gold menyediakan platform untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pendapatan pasif dan boleh diwarisi.

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/dealer-public-gold
Respon: Mati Nanti Satu Sen Pun Tak Sempat Merasa

Maaf cakap tapi pemikiran macam ni sangat berisiko. Tak perlu pelik kak.

Orang yang gigih menabung ni dia bukan takut mati. Mereka cuma tak nak hidup dalam kesusahan sebelum mati. Bayangkan dilahirkan keluarga susah tapi dah bekerja takkan nak hadap susah lagi.

Dan dia menabung guna duit dia dan untuk masa depan dia.

Kalau semua duit gaji dibelanja demi ‘nikmat hidup’, bagaimana nak hadapi waktu gawat, bila sakit datang tiba-tiba, bila hilang kerja, bila anak nak masuk universiti?

Nak tambah hutang lagi?

Kita bukan menabung sebab tamak. Kita menabung sebab bertanggungjawab. Sebab hidup ini bukan tentang “aku nak enjoy”, tapi tentang “aku nak jaga amanah yang Allah bagi”.

Nikmat hidup bukan sekadar beli barang mahal dan makan sedap. Nikmat hidup sebenar adalah ketenangan jiwa

bila duit cukup,
bila tak terikat dengan hutang,
bila anak-anak tak perlu risau masa depan.

Dan lagi satu, orang yang menabung hari ini, dia akan lebih banyak dapat memberi esok hari.
Sebab tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang meminta.

Kita semua akan mati. Tapi sebelum mati, kita nak hidup dengan bermaruah.

#AAR
Beli Emas Masa Harga Tinggi, Rugi ke? 🤔

Tuan-tuan, puan-puan,
Ramai orang yang saya jumpa…
Bila mereka mula simpan emas, semangat berkobar-kobar.
Tapi lepas tu, bila harga emas turun sikit…
Mulalah rasa menyesal.

Contohnya, masa harga RM533 segram dulu.
Ramai yang beli waktu tu.
Lepas tu harga turun, terus gelisah… “Aduh, aku rugi ke?” 😩

Hakikatnya, ramai masih tak faham.

✔️ Harga emas turun naik itu normal.
✔️ Jangka masa pendek, harga memang boleh jatuh.
✔️ Tapi tren jangka panjang, harga emas menaik.

Kalau tengok rekod, purata kenaikan emas sekitar 8% - 10% setahun, stabil.
Bahkan lebih baik daripada simpan duit dalam bank yang nilainya terhakis dek inflasi.

Nak saya mudahkan lagi analogi?

Bayangkan tuan-puan beli kereta…
Contohnya Proton X70.
Tahun ni beli, harga RM100,000.
Masuk tahun kedua, harga jatuh RM80,000.

Adakah tuan-puan terus rugi?
Jawapannya TIDAK,
Sebab kereta tu masih ada depan mata.
Tuan-puan tak jual pun lagi.
Harga turun atas kertas je.
Begitu jugalah dengan emas.

Selagi mana emas tu ada di tangan,
Selagi tu, tuan-puan belum rugi apa-apa pun.
Harga naik? Alhamdulillah, untung atas kertas.
Harga turun? Bertenang, itu turun atas kertas.

Yang rugi hanya bila kita jual pada waktu tak sesuai,
Atas dasar panik, ikut emosi.

Sebab tu, saya selalu pesan…

Nak simpan emas ni, kena ada direction.
Tahu matlamat.
Bukan sekadar ikut-ikut orang atau ikut trend.
Kalau tidak, emosi kita yang kena main.

Saya selalu ulang dekat penyimpan emas saya konsep:
✔️ Dollar Cost Averaging (DCA) — Pemurataan harga.
Beli konsisten, tak kira harga tinggi atau rendah.
Lama-lama, harga jadi purata.
Risiko turun naik pun jadi stabil.

Bila waktu sesuai jual emas?

Ada 3 keadaan utama je:

1️⃣ Kecemasan
Duit bank habis, akaun simpanan kering.
Nak tak nak, jual emas untuk survive.

2️⃣ Dah capai matlamat
Contohnya simpan emas untuk:
Tutup hutang.
Full settlement loan rumah.
Pendidikan anak.
Bila gram dah cukup, convert ke duit. Selesai.

3️⃣ Nak buat pelaburan lebih berbaloi
Contohnya:
Beli hartanah yang boleh jana sewa.
Beli ladang sawit, getah.
Emas ‘dikorbankan’ untuk dapat aset yang ada potensi pulangan lebih tinggi.

Kesimpulan mudah:

🚗 Kereta = Liabiliti, makin lama makin susut nilai.
💰 Emas = Aset, makin lama makin meningkat nilai.

Cuma, kena faham dan sabar.
Simpan emas bukan untuk sehari dua.
Simpan emas untuk perlindungan jangka panjang,
Untuk capai matlamat kewangan dengan lebih bijak.

Bukan untuk ‘main harga’, tapi untuk jaga nilai.
Semoga tulisan ni bermanfaat untuk semua yang nak faham konsep simpan emas dengan tenang dan yakin.
Fuh, Naik Tanpa Diketahui!

Semasa bermula simpan emas tahun 2015, gold bar 250gram ni hanya R M 36,250.

Hari ni sudah cecah R M 123,864.

Hanya simpan sahaja.
Tak perlu buat apa-apa maintenance.
Lagi lama, lagi meningkat nilainya.

Kenapa? Ini kerana kuasa beli duit kita semakin kecil nilainya.

Tahun demi tahun.
Kita dah tak dapat barangan atau service yang sama dengan nilai duit yang sama.

Terpaksa top up lagi duit untuk dapatkan barangan tersebut!

Sebab tu duit bukan penyimpan nilai yang baik, agak rugi jika kita simpan untuk jangka waktu yang panjang. Alihkan simpanan kita kepada aset!

Mana yang berbaloi untuk simpananan jangka panjang?

Emas
Duit

Mulakan menabung emas dari sekarang, hanya simpan sahaja dah kita untung!
*TIPS : TOPUP GAP LAST MINUTE !*

QR untuk GAP. Boleh tambah gram last minit 🤝 🏃🏃‍♀️🏃‍♂️.
Khas buat yg tak ada online banking juga.

Scan guna mobile apps bank atau eWallet (Setel, Grab, Boost, TnGO.. etc).

*boleh starkan ye*

Jangan lupa lepas top-up save resit dan upload ya!
Ada emas pasti ada duit, ada duit belum tentu ada emas. Itulah kata kata mentor saya yang selalu saya pegang sampai lah ke harini.

Kisah Arrahanu atau pajak gadai yang ramai orang tak tahu. Ada yang salah faham juga dengan jual emas.
Arrahnu bahasa simple adalah dengan mencagarkan emas yang kita ada untuk dapatkan pinjaman duit.

Jadi bagi sesiapa yang mampu tebus emas (bayar balik hutang duit oleh syarikat yang kita pinjam tu) dalam masa 6 bulan, maka pajak emas lebih baik. Namun begitu, kalau tak mampu nak tebus balik, jual sahaja pun memadai. Ia lebih baik jika dah capai matlamat dalam kewangan.

Arrahnu hanya menawarkan pinjaman 75% dari harga jual emas semasa, dan mereka juga ada caj upah simpan 1% sebulan dari harga jual emas semasa.

Contoh harga jual untuk 50 gram saya april 2025, RM 21,600

Bila sesebuah syarikat nak berikan kita pinjaman (cagaran pajak gadai hanyalah 70% dari RM21,600 tadi); maka saya hanya dapat pinjaman RM 16,200.

Kemudian sebulan caj simpanan sekitar 1% sebulan = RM21,600 x 1% = RM216

Jadi pajak gadai berlaku dengan, saya berikan 50 gram kepada syarikat arrahnu untuk mereka simpan, dan saya dapat tunai RM16,200.

Kalau saya nak 50 gram semula, maka saya kena datang balik syarikat arrahnu bawa RM16,200 berserta upah simpan 2 bulan (RM216 x 2 bulan = RM433),
Total = RM16,633

Begitulah kenapa emas sangat berguna kepada tuannya, tak perlu kita susahkan orang lain atau merintih nak pinjam pada sesiapa. Sebabtu semasa kita ada duit setiap kali dapat gaji, paksalah menyimpan. Bila kita perlukan duit maka boleh jual dan pajak sahaja emas kita.

Tapi pastikan simpanan tu lebih dari 2 tahun barulah kita merasa untung. 50 gram ni adalah hasil duit hantaran perkahwinan saya tahun 2021, nilainya hanya RM12,500. Harini 50 gram saya telah naik 2 kali ganda dah cecah hampir RM25,000.

Sekarang tuan puan dah jelas ke, kenapa ramai business owner jadikan emas sebagai modal pusingan, kenapa orang pencen simpan emas sebagai aset untuk diwariskan, kenapa kebanyakan orang simpan emas untuk capai matlamat (pergi haji, beli rumah, bayar hutang) dan sebagainya.

Pesan Mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie, bukan emas yang buat kita kaya. Tetapi ilmu. Nak beli emas boleh je beli dekat mana mana. Tapi nak kaya dengan emas, Public Gold lah jawapannya. Sebab kami berikan ilmu kepada penyimpan emas kami.

Alhamdulillah Jun 2025, Public Gold dah ada 1.9 juta penyimpan emas. Tuan puan yang belum ada akaun emas Public Gold. Tengok komen.

Dr Fatin Munirah
Kota Warisan
𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗙𝗜𝗭𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡?

Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bankrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain dari itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic!

Jom mulakan simpanan emas fizikal hari ini dan mula beli emas serendah RM100 melalui simpanan emas fizikal patuh syariah (GAP).

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya bantu sebaiknya.
3 Rahsia Orang Kaya Urus Duit

Ramai orang nak jadi kaya, tapi tak ramai yang ikut cara orang kaya urus duit. Kalau kita bandingkan, sebenarnya ada perbezaan besar antara cara orang kaya dan orang biasa mengendalikan wang.

3 cara utama orang kaya urus duit:

1. Simpan Dulu, Baru Belanja
Orang biasa:
Gaji masuk, bayar bil dulu, beli itu ini, hujung-hujung baru fikir nak simpan (kalau ada lebihan).

Orang kaya:
Mereka simpan automatik minimum 10-30% sebaik saja duit masuk. Belanja guna baki.

“Simpan bukan sebab ada lebih, tapi simpan dulu supaya ada lebih.”

2. Matlamat Kewangan Jelas
Orang biasa:
Campur semua duit dalam satu akaun. Duit gaji, belanja, simpanan, semua serentak.
Orang kaya pecahkan duit mereka dengan penuh disiplin :
Akaun simpanan jangka panjang
Akaun kecemasan
Akaun pelaburan
Akaun belanja harian
Setiap sen ada ‘tugas’ masing-masing.

3. Duit Dikerah Bekerja, Bukan Disimpan Saja
Orang biasa
Takut buat apa-apa dengan duit risau rugi, jadi mereka simpan saja dalam bank.

Orang kaya
Mereka faham duit yang tak bergerak akan ‘mati’. Jadi mereka cari cara duit tu boleh bekerja beli emas, beli saham, masuk bisnes kecil, atau beli aset sewa.

“Kalau kita dah penat kerja cari duit, biarlah duit pun penat bekerja untuk kita pula.”

Duit bukan sekadar kuantiti dan kita belanjakan sebebasnya. Duit perlu dikawal, diarahkan, dan dilatih bekerja. Itulah ilmu yang orang kaya tahu tapi ramai orang biasa tak ambil tahu.

“Kaya itu bukan nasib. Kaya itu cara urus.”
TURUN? LAGI HAPPY!

Bagi yang simpan emas untuk dijadikan sebagai pelindung kekayaan iaitu wealth protection.

Mereka tak rasa risau bila harga emas turun, bahkan mereka rasa happy!

Sebab apa?
Mereka berpeluang tambah lagi simpanan emas pada harga murah.

Emas tetap emas.
Dan emas itu tak berkurangan walaupun 1 gram.

Emas tu masih ada NILAI MELEKAT (instrinsic value) pada berat dan ketulenan emas tu sendiri. Dan sejarah membuktikan, tak pernah ada orang jatuh lingkup sebab simpan emas, bahkan ramai yang kekal kaya sebab simpan emas.

Kalau tak simpan emas.
Duit kita terbiar dalam bentuk duit kertas.

Maka kita akan berhadapan dengan RISIKO YANG LEBIH BESAR, antaranya duit Ringgit Malaysia jatuh!

Ringgit Malaysia pernah jatuh hingga 50% setahun! Ianya tak pernah berlaku kepada emas dalam sejarah 30 tahun harga emas.

Kalau ringgit jatuh, apa yang masih tinggal kepada kita?

Yang tinggal hanyalah kertas yang tak ada nilai sebenar padanya.

Nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauhmana kekukuhan ekonomi dan politik negara. Ia sentiasa berubah-ubah.

Jadi adakah selamat kalau simpan duit kertas?
Sangat berisiko berbanding penurunan harga emas.

Simpanan jangka pendek simpan dalam bentuk tunai tapi dalam jangka masa panjang 2 tahun dan ke atas, tukarkan dalam bentuk emas.
Eh, kenapa tiba-tiba harga emas jatuh ya?

Baru je hari tu harga emas naik mencanak sebab orang panik takut perang Iran-Israel meletus.

Sekarang bila diumumkan gencatan senjata, harga emas terus turun.

🤔 Kenapa boleh jadi macam tu? Bukankah emas patut sentiasa naik?

Sebenarnya, harga emas banyak dipengaruhi oleh isu global – perang, politik, ekonomi dunia semua beri kesan. Bila ada berita perang, ramai berebut beli emas sebab nak selamatkan nilai duit mereka. Tapi bila ada berita damai, orang mula lega, permintaan emas pun menurun, harga pun turun.

Jadi… bagus ke tak bila harga emas turun ni?

Kalau tanya penyimpan emas tegar… mereka akan jawab:
“Ini lah masa untuk borong!”

Sebab apa?

✔️ Kalau anda dah ada emas – jangan panik. Naik turun tu normal. Emas macam ombak laut, tapi dalam jangka panjang, tetap naik juga.

✔️ Kalau anda belum ada emas – inilah peluang terbaik untuk mula simpan. Harga tengah rendah, boleh dapat lebih gram untuk nilai yang sama.

Ingat, emas bukan untuk cepat kaya. Tapi untuk selamatkan nilai duit kita yang makin lama makin susut.
Ada orang jadikan alasan harga emas mahal untuk tidak mulakan simpanan emas.

Ada juga orang jadikan alasan harga naik untuk berhenti menyimpan emas.

Malah, ada juga orang jadikan alasan harga turun untuk tidak menambah simpanan emas.

Sebab itu ramai yang buat silap. Tunggu harga emas setiap masa, sebaliknya harga emas makin naik mencanak-canak.

Harga emas tiada siapa boleh kawal. Tanyalah pakar kewangan atau pelabur tegar tentang harga emas 2 tahun akan datang sekalipun, mereka tetap tiada jawapan.

Orang yang selalu monitor harga emas ini akan selalu terikat dengan emosi. Harga emas naik resah. Harga turun pun gelisah.

Cara terbaik ialah fokus sahaja kepada pertambahan gram emas mengikut target dan matlamat anda. Terus menabung secara konsisten mengikut bajet setiap bulan sehinggalah cukup 2-3 tahun ke atas.

Selepas dua tahun , yang menentukan anda berjaya mencapai objektif kewangan bukanlah harga emas tetapi berapa banyak gram emas yang berjaya dikumpulkan.

Lagi banyak gram emas yang dikumpulkan, lagi untung. Sudah tentu harga emas ketika itu lebih tinggi dari hari ini.
Pernah tak anda alami situasi macam ni:

💸 “Eh, mana pergi duit gaji aku?”
💸 “Baru tengah bulan, dah tinggal RM50…”
💸 “Aku tak beli apa sangat pun, tapi duit macam ‘lesap’…”

Sebenarnya, ramai orang tak suka boros tapi sebab emosinya pada wang kertas…
Emosi ini boleh didisiplinkan dengan kaedah simpan awal-awal.

Di sinilah emas memainkan peranan penting.

Dengan Akaun GAP
1. Kita boleh asingkan siap-siap RM100 ke dalam emas.
2. Duit tu terus jadi gram emas, bukan lagi RM yang mudah habis.
3. Nak keluarkan semula pun ambil masa jadi tak mudah terguna.

Inilah cara paling mudah 'ajar diri' menyimpan secara paksa rela. Bila duit dah jadi emas,
otak kita lebih berat nak jual semula tanpa sebab.

Jadi, emas tu “mengunci” simpanan kita secara psikologi. Nak mula disiplin kewangan?
Start simpan emas. Biar sedikit, tapi konsisten.
HARGA EMAS DI BANK LEBIH MURAH?

Saya dapati ramai orang buat perbandingan harga emas di Public Gold dengan harga emas di bank.

Mari saya cerita;

Beli emas hanya sekadar dapat nombor memang boleh dapat harga rendah. Sebab penjual tidak perlu keluarkan kos untuk pembuatan emas tersebut.

Contoh harga emas yang dipaparkan oleh kebanyakkan bank yang sediakan akaun emas, mereka boleh jual harga murah sebab pembeli tidak keluarkan emas fizikal.

Tapi ramai terlepas pandang ada kos yang tinggi terpaksa dibayar sekiranya pembeli nak keluarkan emas fizikal.

Saya bagi contoh dalam gambar, kos yang terpaksa dibayar sekiranya pembeli emas di bank nak keluarkan emas secara fizikal.

Sebab tu saya sejak dulu lagi menekankan jika beli emas JANGAN lihat sekadar murah, tapi perlu lihat beberapa lagi kriteria lain.

Antaranya;
• Peratusan spread bila jual semula
• Stok emas mesti sentiasa ready
• Cawangan urusan mesti kena banyak
• Jaminan beli balik tanpa banyak cerewet

Harga murah saja tidak semestinya terbaik dan jadi pilihan, sekiranya selepas beli nak tebus emas fizikal dikenakan caj yang TERLALU MAHAL. Apa guna beli harga murah tapi tebus emas mahal?

Gambar yang saya kongsikan tersebut adalah kos penebusan emas beberapa buah bank jika pembeli ingin menebus emas fizikal.

Setiap daripada kita kalau beli emas, mesti perlu simpan emas fizikal tu sendiri. Kata mentor saya emas yang terbaik adalah yang berada dalam simpanan sendiri.

Sekiranya apa-apa terjadi, emas tu selamat dalam simpanan dan mudah untuk kita gunakan atau dibawa lari ke mana-mana.

Selain daripada tu kalau nak jual semula mereka mengenakan syarat yang tak masuk akal sehingga menyebabkan kita susah.

Contohnya emas perlu dalam keadaan yang asal, kalau dah rosak nanti nak jual mungkin susah atau kadar spread lebih tinggi!

Setakat pemerhatian saya selama 13 tahun dalam industri emas, apa yang saya dapati Public Gold adalah tempat terbaik untuk kita beli dan simpan emas. InsyaaAllah..

Public Gold sendiri sudah bertapak di Malaysia selama 17 tahun dan hari ini Public Gold kekalkan reputasinya ditahap terbaik.

Dan yang pasti, orang beli emas dapat emas!

Saya adalah dealer Aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, dibawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie.

Bimbingan saya adalah secara percuma.

Misi saya untuk membantu mengubah hidup 3000 keluarga keluar daripada masalah kewangan, mempunyai simpanan yang kukuh, bebas hutang Dan mencapai financial freedom

Jom kaya dengan emas. Niatkan nak simpan emas sehingga mampu keluarkan zakat

P/s : Daftar Dan buat minimum RM100. Support group disediakan untuk belajar lebih banyak ilmu kewangan Dan emas insyaallah.

Kredit Puan Rabitah
Kereta mahal. Rumah besar. Gelang emas berlapis. Screenshot baki KWSP, ASB

Tayang sikit, ramai like. Ramai share. Ramai percaya dia berjaya.
Tapi kenapa kita mudah terpedaya?

Sebab dalam kepala otak kita, kaya = berjaya. Barang mahal = status. Lagi besar rumah, lagi mahal kereta, lagi tebal gelang, lagi tinggi status.

Benda ni dah ditanam sejak kecil, sampai kita sendiri obses nak tunjuk “aku dah berjaya” bila dapat duit sikit.

Banyak kes orang beli kereta mahal bukan sebab kaya, tapi sebab nak "nampak" kaya. Nak pancing followers. Nak buat orang percaya. Yang kaya sebenar pun belum tentu dia tayang.

Kaya itu bagus. Usaha itu wajib. Mencari rezeki itu mulia.
Kaya bukan untuk tunjuk, kaya untuk bagi manfaat.

Kita kena mula ajar anak-anak: Jadi kaya itu bukan untuk tunjuk dekat orang.

Sebenarnya apa yang lebih penting adalah:
Masa lebih banyak dengan keluarga
Kesihatan yang baik
Pendidikan anak-anak terjaga
Hati yang rasa cukup dan bersyukur