Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Awal bulan harituh bedul ada sembang pergerakan harga emas mcm mana. Alhamdulillah,sampai skrg masih lg kekal dgn pergerakan tuh. Harap2 xdala perkara perkara magic yg berlaku nnt.

Kot nak sembang pasal pergerakan harga emas ni hari hari nnt org bosan. Sekali sekala okey la kot kan.

Esok atau lusa kita akan dpt tgk lg result pergerakkan harga selepas data inflasi keluar. Boleh jadi situasi mcm ni⬇️

1️⃣ Inflasi rendah, pelabur yakin the fed akan turunkan kadar faedah hujung bulan ni, mereka melepaskan USD dan cari investment lain. Results nya USD jatuh dan emas naik

2️⃣ Inflasi rendah, pelabur yakin dgn ekonomi US, USD naik dan harga emas boleh jatuh

3️⃣ Inflasi naik, kene tgk banyak mana naik sbb kalau terlalu banyak naik mgkin the fed xkan turunkan kadar faedah. Tp ni very unlikely until terjadi.

4️⃣ Inflasi maintain, jika inflasi berada ditahap yg sama, kita kene betul2 tunggu keputusan the fed hujung bulan nanti.

Mengikut forecast market, inflasi dijangkakan sekitar 2.6%, jadi, situasi 1️⃣ & 2️⃣ sgt berpotensi untuk terjadi.

Memandangkan kita beli emas dkt tanah tumpahnya darahku ni, kita kene jugak tengok kekuatan "agong pertama" kita. Jika matawang kita kukuh, harga emas akan lebih stabil dlm ringgit. Jika jatuh, harga emas akan naik

Harga emas lani dlm Malaysia dah 3-4 minggu bermain kot Rm350+- jee. Bedul lebih suka harga emas turun banyak skit. Boleh borong mana yg patut 😆
𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝟵𝟵𝟵(𝟮𝟰𝗞) 𝟭 𝗚𝗿𝗮𝗺 (𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟰)

01-09-24 = RM378/gram
02-09-24 = RM378/gram
03-09-24 = RM381/gram⬆️+3
04-09-24 = RM380/gram🔻-1
05-09-24 = RM379/gram
06-09-24 = RM379/gram
07-09-24 = RM379/gram
08-09-24 = RM378/gram 🔻-1
09-09-24 = RM378/gram
10-09-24 = RM381/gram⬆️+3
11-09-24 = RM381/gram

Boleh beli dan simpan emas serendah RM100 = 0.2625gram hari ini


Tips: focus pada pertambahan gram sebab harga naik jangka masa panjang itu pasti!
Forwarded from PG GOLD MUSEUM OFFICIAL
📣 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐄 📣 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐄 📣 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐄 📣
Jom Semua Mega Sale Dah Start!! SATU Hari Sahaja, DAPATKAN SEGERA ‼️🔥

Harga Biasa RM415
Harga Promosi RM396

Masa 10AM

🛒 Beli sekarang di https://bit.ly/megasale_sale

Ikuti Kami:
📍 Telegram: bit.ly/MSM_Telegram
📍 Tiktok: bit.ly/PGGoldMuseum_TikTok
📍 Instagram: bit.ly/PGGoldMuseum_Insta
#megasale #sale #1Gram1Month
SIMPAN EMAS UNTUK HARI TUA

Memikirkan hari tua, pastinya kita ingin masa depan yang lebih tenang dan bebas dari kebimbangan kewangan.

Salah satu cara terbaik untuk memastikan kestabilan kewangan di hari tua adalah dengan menyimpan emas. Emas adalah aset yang tidak terjejas oleh inflasi dan sentiasa bernilai dari masa ke masa.

Dengan menyimpan emas, anda bukan sahaja melindungi diri dari ketidaktentuan ekonomi, tetapi juga menyediakan simpanan yang boleh diwarisi atau digunakan di saat memerlukan.

Emas bukan sahaja simbol kekayaan, tetapi juga perlindungan yang kukuh untuk hari tua. Dengan memiliki emas, anda akan merasa lebih tenang mengetahui bahawa anda mempunyai aset yang boleh dijadikan sandaran di kemudian hari. Jadi, jom mulakan simpanan emas sekarang‼️

#PG1M
Tips untuk yang baru nak mulakan simpanan emas.

1. Jika tak mampu beli terus 1 gram, boleh beli sedikit demi sedikit serendah RM100 dalam akaun emas Public Gold yang dinamakan GAP - Gold Accumulation Program, akaun emas patuh syariah bersandarkan emas fizikal.

2. Jika belum pernah ada jongkong emas, cukup nilai 1 gram dalam GAP, terus keluarkan emas fizikal untuk rasa aura emas.

3. Akaun GAP hanya persinggahan, tempat mengumpul gram. Selepas dah ada 1 gram, keluarkan item 5 gram atau 1 dinar untuk lebih cepat dapat titik pulang modal.

4. Jadikan cabaran untuk dapatkan item 10 gram, 20 gram, 50 gram, 5 dinar atau 10 dinar. Menabung dalam GAP dan keluarkan fizikal item berkenaan.

5. Cara terbaik beli emas adalah beli tanpa tengok harga sebab kita mesti fokus pada pertambahan gram. Jangan risau harga tinggi kerana akan datang harganya akan lagi tinggi.

Menabung emas bukan disebabkan nakkan keuntungan semata tapi nak elakkan kebocoran dalam menabung. Berapa ramai yang menabung duit RM100 sebulan tapi 12 bulan tidak ada pun RM1,200? Menabung RM500 sebulan tapi 12 bulan tak ada RM6,000? Kalau ada masalah ini, tukar kaedah tabungan ke dalam bentuk emas.

Belum ada akaun emas, boleh hubungi saya untuk saya bantu. Pendaftaran percuma. Bimbingan percuma. Menabung permulaan serendah RM100 sahaja, tak wajib setiap bulan tapi sangat bagus jika berjaya konsisten menabung setiap bulan.

Kredit Tn Mohd Nazim Badruddin

Akaun emas Public Gold boleh keluarkan emas fizikal dan kosongkan akaun pada bila-bila masa. Emas terbaik adalah yang berada di tangan kita sendiri.
Berapakah jumlah emas yang dikenakan zakat?

Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (berdasarkan kalendar hijrah).

Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam (mengikut negeri masing-masing).

Maklumat lanjut tentang cara pengiraan zakat, sila rujuk di https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas
#TabungSimpanan

BERAPA LAMA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENYIMPAN UNTUK ADA RM50,000 PERTAMA?

1) Alicia (Penganalisis Kandungan), Gaji: RM3,500/sebulan

Saya adalah seorang penganalisis kandungan berusia 25 tahun di Petaling Jaya dan gaji saya adalah sekitar RM3,500 sebulan (RM45,000 setahun).

Disebabkan saya bekerja di PJ, gaji saya boleh dikatakan cukup-cukup makan. RM3,500 terlalu rendah untuk saya menyara kehidupan di PJ.

Sebahagian besar perbelanjaan kewangan saya adalah untuk pinjaman kereta dan pinjaman belajar, serta penyelenggaraan kereta.

Bagaimanapun, saya boleh bertahan namun tidak dapat menympan untuk perkara-perkara besar di masa depan.

Kerana saya masih muda, saya sentiasa belajar perkara baru dan mencari kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memperoleh kemahiran tambahan.

Untuk menyimpan RM50,000, saya mungkin akan mengambil masa lebih dari 5 tahun, itupun dengan mengambil kira saya tidak mendapat sebarang pendapatan tambahan dari kerja sampingan.

Namun, jika saya mendapat beberapa kerja sampingan, saya mungkin dapat mencapai matlamat itu dalam masa yang lebih singkat.

Dari segi kerjaya, saya mungkin akan bekerja dalam industri ini untuk tempoh 3-5 tahun.

2) Daniel (Jurutera Awam). Gaji: RM2,200/sebulan

Saya adalah seorang jurutera awam berusia 26 tahun untuk sebuah syarikat pembangun hartanah yang berpusat di Lembah Klang. Saya memperoleh sekitar RM2,200 sebulan dan RM800 sebagai elaun.

Boleh dikatakan, saya memperoleh RM3,000 sebulan. Sewa, pinjaman kereta, insurans, minyak petrol, dan makanan merupakan perbelanjaan terbesar dari pendapatan saya.

Sudah pasti, gaji saya terlalu kecil untuk hidup dengan selesa di Kuala Lumpur. Menurut anggaran, saya perlukan sekitar RM5,000 hingga RM6,000 untuk hidup dengan selesa di sini.

Berikutan kenaikan kos sara hidup, saya fikir gaji seorang jurutera awam yang baru sahaja habis belajar (fresh graduate) perlukan sekitar RM3,500.

Walaupun kadar pasaran sekarang adalah RM3,000 untuk graduan baru, kebanyakan orang tidak dibayar begitu banyak. Malah, ada beberapa rakan sebaya saya menerima tawaran gaji lebih kurang saya, namun dengan elaun yang jauh lebih rendah.

Dengan pendapatan semasa, saya dapat menyimpan antara RM100 hingga RM150 sebulan. Walaupun tidak banyak, saya masih menyimpan.

Jika saya cukup disiplin untuk menyimpan RM150 sebulan, saya akan memerlukan kira-kira 27 tahun atau lebih untuk menyimpan sehingga RM50,000.

Walaupun begitu, saya juga mempunyai kerja separuh masa sebagai pemandu Grab.

Dengan pendapatan sampingan ini, saya berharap dapat menyimpan RM50,000 dalam masa kurang dari 15 tahun.

3) Vernon (Instruktor Yoga & Pekerja Bebas). Gaji: Berubah-ubah.

Saya adalah pengajar yoga sepenuh masa. Dalam masa lapang, saya juga bekerja sebagai pekerja bebas/separuh masa untuk dua pekerjaan lain.

Kini, sukar untuk hidup di KL atau PJ sekiranya mempunyai hanya satu pekerjaan sahaja.

Secara purata, pekerjaan sebagai pengajar yoga mencukupi untuk membayar perbelanjaan seperti kereta, sewa rumah, dan perbelanjaan lain-lain.

Kerja lain yang saya lakukan adalah seperti hobi; saya melakukannya bukan kerana wang semata-mata tetapi demi minat.

Perbelanjaan bulanan saya tidak banyak. Bagaimanapun, saya bertuah kerana tidak mempunyai tanggungjawab seperti menjaga ibu bapa atau menyumbang kepada mereka secara kewangan.

Gaji saya adalah dalam mata wang asing dan lebih dari mencukupi apabila ditukar kepada RM.

Saya mungkin hanya memerlukan 1 tahun untuk menyimpan RM50,000.

Setelah saya telah menyimpan lebih banyak, saya bercadang untuk berhijrah ke Kanada atau Australia.

4) Margaret (sudah berpencen). Pencen: RM 2,500

Ketika saya mula bekerja pada tahun 1982, gaji asas saya hanya RM250.

Benar, hidup pada masa itu lebih mudah: saya bujang, tinggal bersama ibu bapa, dan tidak mempunyai tanggungjawab.

Pada zaman itu, kami boleh menggunakan bas untuk bergerak. Malah, kami juga tidak mempunyai kafe seperti Starbucks yang mewah, kafe hipster, atau bistro yang memakan banyak wang.
Kami akan berkumpul dengan rakan-rakan di gerai mamak, pusat penjaja, atau di rumah masing-masing.

Kemudian, saya dan suami memutuskan untuk berkahwin dengan bajet yang kecil pada tahun 1990.

Kami tinggal dalam sebuah flat kos rendah, murah dan berpatutan.

Beberapa tahun kemudian, kami memutuskan untuk berpindah ke sebuah rumah 3 bilik apabila anak-anak datang.

Kerana komitmen kerja kami, kami mempunyai dua kereta. Itupun sudah dianggap mewah pada masa itu.

Kemudian, keluarga berkembang dan kami berakhir dengan tiga orang anak.

Bagaimapaun, saya rasa kami gagal dalam merancang kewangan dan tidak mempersiapkan diri untuk hari-hari susah.

Kami tidak mempunyai banyak simpanan. Dengan begitu banyak komitmen, kehidupan agak sukar dan menekan.

Ini menjadi lebih sukar semasa kemerosotan ekonomi – perniagaan suami saya terjejas dan saya tidak bekerja selama beberapa bulan.

Kami benar-benar perlu belajar bagaimana menguruskan kewangan.

Syukurlah, ekonomi pulih dan keadaan menjadi lebih baik. Kami berjaya menyelesaikan pinjaman perumahan kami dengan simpanan KWSP.

Anak-anak pula berjaya menamatkan pengajian mereka dan kini bekerja jauh dari rumah.

Sumber: InRealLife