#Inflasi?

Suatu perkara yang tidak boleh dijangka dan tidak boleh dikawal. Mana mampu kudrat kita menahan. Kita hanya boleh tempuhinya sahaja.

Jika tahun 90an sebungkus nasi lemak berharga 50sen.
Hari ini sebungkus nasi lemak berharga RM1.20
Adakah kita berhenti makan nasi lemak?
Pasti jawapannya #Tidak

Jika tahun 90an Karipap berharga 20sen.
Hari ini Karipap berharga 60sen.
Adakah kita berhenti makan Karipap?
Pasti jawapannya #Tidak

Jika tahun 90an sebungkus Maggi berharga 50sen(Beli berasingan satu pek).
Hari ini sebungkus Maggi berharga RM1.50
Adakah kita berhenti makan Maggi?
Pasti jawapannya #Tidak
.

Cukuplah 3 contoh. Usah dikenang perkara lalu.

Jiwa merana,
Hati gundah,
Hidup tersepit,
Fikiran meracau.