Siapa dah miliki 5 dinar Public Gold yang berwajah baru!

Lebih cantik, lebih kemas dan senang nak simpan dalam gold card folder.

Untuk pengetahuan anda, Public Gold sekarang menuju ke arah pembungkusan emas bertaraf antarabangsa.

Sebab itu emas dalam seal dan ada security barcode.

Namun, jika anda berhasrat untuk buka sarung dan pegang emas fizikal, takde masalah.

Anda celup dalam air panas, nanti plastik cover boleh dibuka.

Cuma lepas buka sarung tu anda kena letak dalam plastik bersaiz credit card.

Ps: Public Gold memberi jaminan belian balik emas pada harga yang sama, PG buy walaupun dibuka sarung, ada calar, goris atau bengkok.

Asalkan berat masih sama.

#NotaEmasSyukorHashim
29/11/24

https://publicgold.me/nidagold/tutorial-epp

https://publicgold.me/nidagold/cara-beli-emas

https://publicgold.me/nidagold/akaun-gap
Testimoni dari Mentor Public Gold

Gais.
Saya nak share kisah simpan emas sebagai dana menunaikan haji.

Teori vs praktikal 👍

Salah satu sebab anda nak simpan emas fizikal, adalah sebab nak menunaikan haji.

Biasanya kalau kita register untuk menunaikan haji, biasanya nak tunggu giliran tu akan ambil masa lebih dari 10 tahun.

Memang lama.

Jadi, beli ajer emas dan simpan, bila dapat panggilan haji, jual emas tu dan guna untuk bayar duit menunaikan haji.

Salah seorang customer Public Gold saya sejak 2008 adalah En. Abdullah.

Hari Ahad minggu lepas beliau menghubungi saya.

Dia tanya samada saya beli balik emas Public Gold?

Of coz lah saya beli balik. Balas saya.

Jadi kami set untuk berjumpa kat kedai makan area Bangi untuk berurusan.

Beliau mengeluarkan gold bar Public Gold 20g x 2 keping dan seutas rantai tangan.

Terkejut saya bila mendapati gold bar 20g ini adalah versi terawal emas Public Gold.

Sebab nombor siri dia adalah P001991 dan P007460 dan cert merah jambu dan design Public Gold klasik bar.

Lepas tu, emas dia dalam seal plastik (tengok gambar)

Gais.

Inilah design emas pertama Public Gold Tahun 2008. Waktu nie emas yang Public Gold jual paling kecil pun 20g.

Design nie memang dah lama takde. Sebab Public Gold sekarang jual design Bunga Raya.

En. Abdullah cakap, saya beli gold nie memang khas untuk menunaikan haji.

Jadi bila saya dapat panggilan haji tahun depan, saya pun jual emas nie, kata En. Abdullah lagi.

Duit jualan emas nie esok saya kena masukkan dalam akaun tabung haji. Ujar beliau.

Jadi gais, Ini adalah contoh sebenar orang simpan emas sebagai dana haji. Ia bukan sekadar teori, malah dibuktikan secara praktikal.

Pada pendapat saya, simpan emas fizikal boleh membantu kerana kita tak nampak duit cash.

Kalau nak simpan duit tunai, mungkin ada risiko terguna, terpakai dan terbelanja. Sebab manusia nie tak boleh tengok duit dalam akaun.

Nanti ada aja bisikan dan godaan yang datang.

Gais..

Emas fizikal takde risiko terguna dan terbelanja. Kita boleh simpan ia dengan hati yang tenang.

Walaupun harga emas naik sebelum ini, namun beliau tak fikir langsung untuk menjual. Sebab jual pada harga tinggi bukanlah bukan tujuan beliau simpan emas.

Namun, bila beliau terima jemputan menunaikan haji, beliau terus jual emas tersebut tanpa pikir panjang. Sebab dah sampai matlamat.

Inilah kisah yang saya nak share dengan anda semua.

Semoga anda terinspirasi!

Posting asal: https://www.facebook.com/share/1XG3PHvBtN/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais.

Petikan berita The Star online hari ini menyatakan bahawa harga emas tahun depan boleh naik kepada USD3000 / Oz.

Hari ini, 30/12/2024 harga emas sekitar 2600 USD/Oz.

Faktor-faktor yang akan menggerakkan harga emas adalah ketegangan geopolitik, pemotongan kadar faedah US, pembelian dari bank pusat dan ketidaktentuan ekonomi.

Maklumat lanjut disini 👇

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2024/12/30/price-of-goldlikely-to-hit-us3000-next-year

So gais, mari simpan emas dengan senyuman 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Nidagold Channel
Photo
#Testimoni

Gais.
Saya nak share kisah inspirasi penyimpan emas Public Gold yang seorang nie.

Beliau hubungi saya untuk minta tolong set appointment kat cawangan Public Gold untuk ambil 100gram gold bar 😁

Apa yang menarik, dia cakap “Saya baru habis bayar epp10x gold bar 100g En. Syukor”

(Ps: Epp10x adalah Easy Payment Purchase 10 bulan. Anda lock harga emas sekarang dan anda bayar ikut jadual selama 10 bulan)

Dalam hati saya “Wow! Hebatnya dia sebab boleh buat belian emas 100g selama 10 bulan”

Lepas tu saya minta dia hantar screenshot epp10x tu sebagai bukti dah habis bayar.

Jadi dia pun hantarlah gambar ini (tengok gambar).

Saya dapati epp10x ini dibuat pada 6/8/2024.

Namun dia habis bayar awal iaitu 9/2/2025. Jadi 6 bulan ajer dah settle.

Mungkin dia pakai duit dividen ASB? Hehe.. saya pun tak tanya.

Jadi gais. Ada 2 benda menarik saya nak bagitau.

1. Beliau lock harga 100g pada 6/8/2024 pada harga RM37,331.00

2. Beliau hanya perlu konsisten bayar selama 10 bulan sebanyak RM3716.

3. Bila ada rezeki lebih, beliau boleh bayar extra dan habis awal. Bila habis awal, dia boleh ambil emas awal.

4. Hari ini saya check, harga 100g dah cecah RM41,515.

Jadi, kaedah epp10x berpotensi menguntungkan anda (disclaimer: anda juga boleh rugi jika harga emas jatuh).

Selain itu, ia adalah simpanan emas secara paksa diri. Sebab anda memang kena komited bayar setiap bulan.

Namun, saya kagum bila dapati ada orang boleh komited dengan epp10x untuk 100gram.

Sebab sebulan kena bayar RM3700 tu 🥲

Tapi gais, itu rezeki dia. Poket dia dalam.

Untuk rakyat marhein, anda boleh buat epp untuk 5gram ataupun 1 dinar aja.

Jadi, sekiranya anda nak buat simpanan emas secara paksa, maka saya sangat recommend epp10x.

Posting asal: https://www.facebook.com/share/p/15SNFsPgZi/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
9/1/2025
Nidagold Channel
Photo
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Jumaat ini, jam 9.00 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh/masa: Jumaat 24/1/25 jam 9.00 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Januari 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

Posting asal https://www.facebook.com/share/15p1Nt6HXu/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
Nidagold Channel
Photo
Gais.

Tahun lepas emas mencatatkan kenaikan sebanyak 25%.

Jika anda penyimpan emas yang konsisten, saya percaya anda akan senyum sebab emas naik harga.

Apa kata anda terus fokus dan konsisen menyimpan emas sepanjang tahun 2025 pula.

Sila lihat tipsnya kat poster.

Gais.

Emas tak janji pulangan cepat dan berganda-ganda.

Namun emas pasti memberikan keuntungan kepada penyimpannya dalam jangka masa panjang.

Ambil iktibar daripada syarikat emas yang kelaut dan gagal membayar customer mereka dah masuk setahun.

Apa iktibarnya?

Emas tak boleh bagi untung berganda-ganda.

Apatah lagi 10 kali ganda.

Saya jumpa penyimpan emas yang rugi 20k, 700k dan 800k bila terlibat dengan belian emas yg janji pulangan 10x ganda.

Fokus beli emas fizikal atau akaun simpanan emas yang boleh keluarkan emas fizikal seperti akaun GAP Public Gold.

Sebab emasnya wujud.

Saya doakan emas anda bertambah banyak tahun ini.

Saya doakan semoga emas boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan (deposit beli rumah, deposit beli kereta, pergi umrah, haji, anak masuk U dan lain-lain lagi.

#NotaEmasSyukorHashim
Nidagold Channel
Photo
#NotaEmasSyukorHashim

Gais.
Apakah target simpanan emas anda tahun ini?

Jika anda seorang yang berhati kental, boleh konsisten dan disiplin

Maka saya cadangkan anda target simpanan emas menggunakan epp10x.

Apa itu epp10x?

Ia adalah kaedah belian emas dengan cara kunci harga emas sekarang.

Lepas tu tu anda dapat jadual bayaran selama 10 bulan. Ada amount RM dan tarikh kena bayar.

Anda bayar guna internet banking.

Kalau nak senang, anda boleh setkan autodebit untuk automasikan bayaran bulanan epp10x anda ini.

Kelebihan epp10x adalah:

1. Anda kunci harga semasa sekarang dan bayar selama 10 bulan.

2. Jika ada perubahan harga emas, item yang anda beli dengan kaedah epp10x tetap sama harganya.

3. Bayaran ikut jadual dan boleh bayar awal kalau nak. Kalau habis awal, boleh dapat awal emas tu.

4. Sesuai untuk orang yang boleh berdisiplin membayar selama 10 bulan.

5. Ketika harga emas dalam trend menaik, kaedah ini menguntungkan anda sebab bila habis bayar, anda dapati harga emas anda dah naik. Yay!

Kelemahan epp10x

1. Ia sangat tak sesuai untuk orang yang kejap boleh bayar, next month tak boleh bayar.

Sebab risiko order epp10x anda dibatalkan sebab tak bayar ikut jadual. Biasanya tak boleh lewat 7 hari.

2. Risiko kalau trend harga emas menurun, anda dapati harga yang anda lock adalah tinggi berbanding harga selepas selesai epp. But hey! You got gold in your hand😃

Ok, jika anda target nak beli 1 dinar atau 10g, sila lihat gambar jadual bayaran dan gambar emasnya.

Cammana nak buat? Order emas kat website Public Gold atau apps.

Dekat bahagian “Payment Option” anda pilih Easy Payment Purchase”

Kemudian, select EPP month (samada 10 bulan atau 6 bulan) then proceed…

Itu ajer gais!

Saya doakan anda bakal menggenggam emas fizikal hujung tahun ini!

https://publicgold.me/nidagold/tutorial-epp
Nidagold Channel
Photo
#NotaEmasSyukorHashim

Gais.

Pada hari Ahad (waktu US) Trump menyatakan dia akan membuat pengumuman tentang perlaksanaan tarif 25% terhadap produk besi dan aluminium yang diimport masuk ke US.

Pengumuman ini dilihat sebagai pencetus kepada perang perdagangan antara US dan rakan dagangan mereka.

Jadi, pada hari Isnin, pasaran harga emas memberikan reaksi positif daripada pagi sehingga malam (US trading session).

Namun, hari ini sekitar jam 5.30 petang (waktu New York) (6.30 pagi waktu Malaysia), Trump telah menandatangani arahan executive secara rasmi.

Jadi, tariff 25% keatas import besi dan aluminium kini telah rasmi.

Kita boleh lihat bagaimana harga emas memberikan reaksinya bermula pagi hari ini (Selasa).
#NotaEmasSyukorHashim
26/3/2025

Gais.

Customer saya beli 50g ini tahun 2022.
Harganya RM13,700

Hari ini 26/3/2025, dia urgent nak pakai duit.

Dia jual harga RM21,428.00

Berapa untung bersih? RM7728.

Alhamdulillah….. member boleh beraya sakan 🤭

Itulah cara untung dengan emas gais.

Bila harga naik, jual aja untuk dapat tunai.

Straightforward.

#PG1M
Nidagold Channel
Photo
Perkongsian mentor
#NotaEmasSyukorHashim

Saya ada 5 orang anak.

Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka.

Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.

Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.

Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shoping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.

Gais, cuba bayangkan.

Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.

Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit.

Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas.

Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.

“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”

Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.

Logiknya seperti berikut:

Rumah = mahal.

Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.

Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak.

Semua harta mak abah, itu kami punya.

Korang kena cari harta sendiri.

Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung.

Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.

https://www.wasap.my/601111876484/AkaunGAPjunior
Nidagold Channel
Photo
BERITA HARIAN ONLINE.

#NotaEmasSyukorHashim

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

“Selain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

——-End—-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam
Nidagold Channel
Photo
Gais.

Sekarang harga emas berada dalam trend menaik yang sangat kuat.

#NotaEmasSyukorHashim
24/4/2025

Bukan setakat tahun ini, malah tahun depan pun harga emas dijangka berada dalam trend menaik.

Kenapa?

Satu laporan dari JPMorgan telah menarik perhatian saya — mereka menjangkakan bahawa harga emas mungkin akan mencecah lebih dari $4,000 per auns menjelang suku kedua tahun 2026.

Angka ini memberi isyarat bahawa emas menjadi aset paling bernilai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Apa yang mendorong ramalan ini?

Terdapat beberapa faktor yang akan memacu kenaikan harga emas.

1. Risiko kemelesetan global semakin meningkat, terutamanya disebabkan oleh ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bila dunia berada dalam ketidaktentuan, emas seringkali menjadi pelaburan selamat — “safe haven” — yang dicari ramai.

2. Permintaan emas oleh bank-bank pusat dan pelabur meningkat secara konsisten.

Purata permintaan sekitar 710 tan emas setiap suku tahun menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap nilai logam ini dalam jangka panjang.

3. Prestasi pasaran semasa juga sangat menggalakkan — emas telah melonjak 29% tahun ini dan telah mencecah paras $3,500 per auns, sebelum jatuh balik.

Ini menunjukkan minat terhadap emas semakin kukuh dan bukannya sementara.

Penting juga untuk kita tahu…

Goldman Sachs juga telah menyemak semula unjuran mereka — mereka jangka harga emas boleh mencecah $3,700 menjelang akhir 2025.

Malah, dalam situasi yang ekstrem, mereka percaya emas boleh naik hingga $4,500/Oz.

Namun….

Ramalan ini bukan tanpa risiko. Ada risiko harga emas boleh jatuh juga.

Jika bank-bank pusat mula mengurangkan pembelian emas atau jika ekonomi AS kekal kuat (menyebabkan kadar faedah naik), maka harga emas boleh tertekan.

Bagaimana pula dengan silver/perak?

JPMorgan juga menjangkakan harga perak akan pulih menjelang akhir 2025, mencecah sekitar $39 per auns, walaupun buat masa ini industri pengguna perak masih tidak stabil.

Apa maknanya semua ini untuk kita sebagai pelabur atau penyimpan emas?

Ini petanda bahawa menyimpan emas fizikal mungkin menjadi langkah yang bijak, terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang bakal berlaku dalam 1–2 tahun akan datang.

Jika anda sudah menyimpan emas — bagus lah. Anda boleh senyum sekarang.

Ingat, emas bukan hanya pelaburan — ia perlindungan nilai untuk jangka masa panjang.

P/s: Kalau anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan juga dengan rakan-rakan anda.
Nidagold Channel
Photo
Gais,

#NotaEmasSyukorHashim

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis…

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai… tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai “pelindung nilai” terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.
#NotaEmasSyukorHashim

TAJUK: Public Gold Menjalin Kerjasama Strategik dengan Emirates Gold untuk Mengubah Landskap Perdagangan dan Inovasi Emas Serantau

Public Gold Marketing Sdn. Bhd., syarikat pelaburan emas terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan dua kerjasama strategik dengan Emirates Gold DMCC yang berpangkalan di Dubai. Usaha sama ini bertujuan untuk memperkukuh perdagangan emas serantau dan memacu inovasi dalam industri logam berharga. 

Kerjasama ini dijangka akan:

Meningkatkan integrasi rantaian bekalan emas antara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Memperkenalkan produk dan perkhidmatan emas baharu yang inovatif untuk pelabur runcit dan institusi.

Memanfaatkan kepakaran Emirates Gold dalam penapisan dan pembuatan emas untuk meningkatkan standard industri.

Pengarah Urusan Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng, menyatakan bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dalam perdagangan emas serantau dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab emas utama di Asia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Gold, Ahmed Bin Sulayem, menekankan bahawa kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada pertumbuhan industri emas global.

Kerjasama ini juga sejajar dengan inisiatif kerajaan Malaysia untuk mempromosikan inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Islam dan pelaburan emas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel penuh di BusinessToday:

https://www.businesstoday.com.my/2025/05/06/public-gold-forges-partnership-with-emirates-gold-to-transform-regional-gold-trade-and-innovation/
Nidagold Channel
Photo
Analisis harga emas 19/5/2025.

Gais.

Harga emas dibuka dengan lonjakan melonjak naik pagi ini.

Walaupun ada penganalisis yang mengatakan harga emas akan jatuh minggu ini namun agak tersasar ramalan tersebut.

Kenapa harga emas naik? Ini analisis daripada saya.

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, telah menurunkan penarafan kredit rating Amerika Syarikat daripada Aaa kepada Aa1.

Langkah ini didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan beban hutang melebihi AS$36 trilion, serta tekanan pembayaran faedah yang semakin meningkat.

Penurunan penarafan ini telah mencetuskan reaksi dalam pasaran kewangan global, khususnya terhadap harga emas.

Jam 8.26 pagi waktu Malaysia, harga emas naik 📈 62.08 USD/ Oz menjadi 3247.94 USD/Oz.

Kenapa?

Bila credit rating US jatuh, ia menyebabkan nilai USD jatuh dan harga emas naik.

Apabila kepercayaan terhadap sekuriti kerajaan seperti Bon Perbendaharaan AS mula goyah, para pelabur cenderung beralih kepada emas sebagai simpanan nilai yang lebih stabil.

Kenaikan hasil bon (bond yields) yang kini mencecah 4.5% turut menandakan peningkatan risiko serta kos pinjaman yang lebih tinggi bagi kerajaan AS, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.

Untuk pengetahuan anda, buat masa nie saya dapati harga emas sukar dijangka.

Ia boleh turun naik dengan banyak dan cepat bergantung kepada news yang keluar.

Kadang-kadang ada news yang tidak dijangka seperti ini keluar dan ia boleh menggerakkan harga emas.

Kita ingat emas boleh turun, tetapi tiba-tiba dia naik.

Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.

Ingat 2 strategi simpan emas.

1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term

Sila share jika bermanfaat.

19/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#Emas
#publicgold
Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh : 25 Mei 2025 (Ahad)
Masa. : 9.00 pm
Lokasi: https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Mei 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa Ahad nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Nidagold Channel
Photo
Analisis harga emas 4/6/2025

Gais.

Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.

Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.

Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja — ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.

Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.

Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.

Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.

Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?

➡️ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.

➡️ Nilai dolar AS akan melemah.

➡️ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.

Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.

Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil — dan emas adalah antara pilihan utama.

Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal — seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan — inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.

Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.

Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.

Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang “beli murah jual mahal” — ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
Nidagold Channel
Photo
Gais,

Ada story saya nak share, semoga memberi inspirasi kepada anda.

Seorang customer susurgalur saya, En K telah membuat keputusan untuk menyimpan emas Public Gold secara konsisten.

Apa yang beliau buat?

Beliau terus set GAP autodebit sebanyak RM1000 sebulan selama 5 tahun terus! 💪😆

Beliau start autodebit 29/4/2025 sehingga 29/3/2030 (tengok gambar)

Dengan kata lain, setiap bulan akaun bank beliau akan ditolak dan gram emas akan masuk ke dalam akaun GAP beliau.

Jadi setiap bulan selama 5 tahun, gram emas beliau akan bertambah secara automatik, tak kira samada harga naik atau turun.

Orang yang set autodebit macam nie, dia adalah penyimpan emas tegar.

Dia tak peduli harga emas, dia hanya nak tukar duit jadi gram emas.

Ikut pengalaman saya, orang yang konsisten dan fikir jangka panjang, dia akan beruntung dengan emas, InShaAllah.

Selain itu, Public Gold juga buat cabutan bertuah menang gold bar 10g dan banyak lagi hadiah, untuk anda yang buat autodebit.

Jadi, selain gram emas bertambah, anda berpeluang dapat cabutan bertuah!

Posting asal https://www.facebook.com/share/16NdkfRv5N/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
Nidagold Channel
Video
Unboxing 1 Dinar (4.25gm)

#NotaEmasSyukorHashim

Gais.
Apakah target simpanan emas anda tahun ini?

Jika anda seorang yang berhati kental, boleh konsisten dan disiplin

Maka saya cadangkan anda target simpanan emas menggunakan epp10x.

*Apa itu epp10x?*

Ia adalah kaedah belian emas dengan cara kunci harga emas sekarang.

Lepas tu tu anda dapat jadual bayaran selama 10 bulan. Ada amount RM dan tarikh kena bayar.

Anda bayar guna internet banking.

Kalau nak senang, anda boleh setkan autodebit untuk automasikan bayaran bulanan epp10x anda ini.

Kelebihan epp10x adalah:

1. Anda kunci harga semasa sekarang dan bayar selama 10 bulan.

2. Jika ada perubahan harga emas, item yang anda beli dengan kaedah epp10x tetap sama harganya.

3. Bayaran ikut jadual dan boleh bayar awal kalau nak. Kalau habis awal, boleh dapat awal emas tu.

4. Sesuai untuk orang yang boleh berdisiplin membayar selama 10 bulan.

5. Ketika harga emas dalam trend menaik, kaedah ini menguntungkan anda sebab bila habis bayar, anda dapati harga emas anda dah naik. Yay!

Kelemahan epp10x

1. Ia sangat tak sesuai untuk orang yang kejap boleh bayar, next month tak boleh bayar.

Sebab risiko order epp10x anda dibatalkan sebab tak bayar ikut jadual. Biasanya tak boleh lewat 7 hari.

2. Risiko kalau trend harga emas menurun, anda dapati harga yang anda lock adalah tinggi berbanding harga selepas selesai epp. But hey! You got gold in your hand😃

Ok, jika anda target nak beli 1 dinar atau 10g, boleh dapatkan melalui Website atau Apps PG (rujuk link cara lock EPP10X)

Cammana nak buat? Order emas kat website Public Gold atau apps.

Dekat bahagian “Payment Option” anda pilih Easy Payment Purchase”

Kemudian, select EPP month (samada 10 bulan atau 6 bulan) then proceed…

Itu ajer gais!

Saya doakan anda bakal menggenggam emas fizikal hujung tahun ini!

https://publicgold.me/nidagold/tutorial-epp
Nidagold Channel
Photo
Perkongsian cerita sempena hari raya AidilAdha.

Ada kisah terkenal yang melibatkan Rasulullah SAW memberikan 1 dinar kepada seorang sahabat bernama ‘Urwah al-Bariqiy (عروة البارقي رضي الله عنه).

Ia termaktub dalam beberapa kitab hadis sahih, antaranya Sahih al-Bukhari (Hadis no. 3643):

‎عَنْ عُرْوَةَ الْبَارِقِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ أَعْطَاهُ دِينَارًا لِيَشْتَرِيَ لَهُ شَاةً، فَاشْتَرَى لَهُ شَاتَيْنِ، فَبَاعَ إِحْدَاهُمَا بِدِينَارٍ، وَجَاءَهُ بِدِينَارٍ وَشَاةٍ، فَدَعَا لَهُ فِي بَيْعِهِ، فَكَانَ لَوْ اشْتَرَى التُّرَابَ لَرَبِحَ فِيهِ

Terjemahan:

Daripada ‘Urwah al-Bariqiy RA, beliau berkata:

“Rasulullah SAW telah memberikanku 1 dinar untuk membeli seekor kambing.

Maka aku pergi dan membeli dua ekor kambing, kemudian menjual salah satu daripadanya dengan harga 1 dinar.

Lalu aku kembali kepada Rasulullah dengan seekor kambing dan 1 dinar.

Rasulullah SAW pun mendoakan keberkatan dalam urus niagaku, dan selepas itu jika aku menjual tanah pun, aku akan mendapat untung daripadanya.”

📚 Huraian & Pengajaran Hadis

1. Kekuatan Dinar emas sebagai Mata Wang

1 dinar mempunyai kuasa beli yang besar, cukup untuk membeli dua ekor kambing dalam konteks tawar-menawar bijak.

Ramai orang ingat, 1 dinar hanya boleh beli 1 kambing sahaja.

Dalam hal ini, Urwah buat untung 100%.

2. Keberkatan dalam Perniagaan

Nabi SAW mendoakan keberkatan kepada ‘Urwah kerana kebijaksanaan dan kejujurannya dalam berurus niaga.

Doa Rasulullah memberi kesan luar biasa: “Jika dia beli tanah pun, dia akan untung.”

Kesimpulan.

Terdapat kisah sahih tentang Rasulullah SAW memberi 1 dinar kepada Urwah al-Bariqiy untuk membeli seekor kambing.

Dengan kepintaran dan keberkatan doa Nabi, beliau berjaya mendapat untung tanpa menipu — satu teladan dalam dunia perniagaan Islam.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M