Nidagold Channel
Photo
#testimoni
Kredit Puan Mariam Abdullah

Alhamdulillah, langsai sudah pinjaman peribadi 10 tahun.

Lamakan buat pinjaman peribadi sampai 10 tahun. Dulu saya tak ada ilmu, jadi rasa ok jer bayar hutang bulan-bulan. Lepas tu buat pula potongan gaji bulanan di pay slips, lagilah tak terasa duit dipotong secara auto.

Bila OPR naik tahun lepas, baru perasan potongan pinjaman pun turut bertambah. Tahun pertama bayar RM614 sebulan jer, bila dah tahun ke 8 jadi RM698 sebulan. Ini tak boleh jadi ni, kena buat sesuatu.

Bulan Januari 2024 baru ni saya nekad selesaikan pinjaman berbaki RM14 906 dengan sebuah koperasi. Awal 22 bulan dari tempohnya.

Semenjak kenal ilmu simpanan emas di www.mohdzulkifli.com pada tahun 2018, saya nekad tak nak buat hutang baru. Saya fokus pada simpanan untuk persaraan.

Terima kasih kepada Tuan Mohd Zulkifli Shafie kerana menghasilkan blog dan buku yang banyak memberi impak kepada kewangan saya. #BukuWangEmas dan #BukuMisiBebasHutang sangat powerful kerana ditulis atas pengalaman mentor sendiri. Saya sangat syorkan tuan puan baca dua buah buku ini jika tak nak buat kesilapan kewangan dari awal.

Dulu masa buat pinjaman peribadi, saya hanya fikir untuk kehendak sendiri sahaja. Padahal, kalau saya tak buat hutang pun, kewangan saya masih baik. Bila kita dah buat kesilapan kewangan, kita perlukan masa untuk perbetulkan kembali. Buat pinjaman peribadi ni sama seperti kita guna duit masa depan kita. Ruginya.

Jadi, untuk adik-adik yang nak buat pinjaman peribadi, pastikan pinjaman tersebut boleh menjadi positive cash flow. Jana pendapatan dari pinjaman tersebut. Itu lebih baik. Banyak membaca dan buat sedikit study mengenai pinjaman yang bakal dibuat.

Lepas ini, saya boleh tambah lagi tabungan emas setiap bulan asbab langsai pinjaman awal. Dana persaraan saya akan cepat capai target. Alhamdulillah.

nidagold.com
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Emas boleh dijadikan SIMPANAN, dan emas juga boleh dijadikan PELABURAN.

Kalau simpanan kecemasan 6 bulan gaji pun belum ada, jangan sibuk nak melabur.

Fokus jadikan emas sebagai simpanan sahaja dulu.

Tn. Zulkifli Shafie

#BukuWangEmas
Benteng terakhir...

Kredit Tn. Zulkifli Shafie

*Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.*

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.

*Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...*

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong!

Emas berbeza.

Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...

Disebabkan kekuatan inilah, setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan itu.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR...

#BukuWangEmas #ManfaatSimpanEmas