Masjid Yusof Ishak
1.65K subscribers
1.41K photos
62 videos
24 files
509 links
Download Telegram
Alhamdulilah dan tahniah kami ucapkan kepada anda yang baru menimang cahaya mata atau bakal menerima kelahiran si permata hati.

Kami ingin menjemput anda untuk majlis tahnik & tahliq beramai-ramai di Masjid Yusof Ishak pada 25 November 2018, pada 9 pagi.

Terhad kepada 20 bayi sahaja, pendaftaran hanya boleh dibuat di kaunter resepsi kami (dibuka dari 9 pagi -5ptg, Isnin - Sabtu dan hingga jam 12tgh pada hari Ahad). Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

#masjidyusofishak
#babiesarewonderful
#rezeki
Cerita tentang #𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 - Pemberian sejadah, beras dan makanan

Bismillahirrahmanirrahim

𝑪𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒆𝒍𝒎𝒂𝒓𝒊𝒏

Datang ke masjid tangan kosong, pulang dari masjid MasyAllah penuh pula!

𝐈𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢. 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐜𝐮𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐛𝐚-𝐭𝐢𝐛𝐚.

Pemberian sejadah - diberikan kepada mereka yang terlupa / memang tidak ada sejadah. Hari ini tak ada sejadah, selepas ini sudah ada!

Banyak organisasi yang berinisiatif - di antaranya PosTKI, Reha Singapore, Jom Sembang, kumpulan sukarelawan dan juga individu-individu yang prihatin.

Pemberian beras - Kami menerima penghantaran beras daripada si penderma secara tiba-tiba. Setelah mendapat pengesahan daripada beliau, kami membahagikan kepada jemaah.

Pemberian pelbagai juadah makanan - Dahulu dapat juga makan di masjid sebelum/selepas solat. Tetapi kerana pandemik, hanya "take and go". Dapat juga dijadikan alas perut/makan tengahari.

Kami warga tenaga masjid berasa 'overwhelmed' apabila rezeki muncul tiba-tiba. Minggu lalu, jemaah untuk ketiga-tiga sesi solat Jumaat (300 orang) dapat sekurang-kurangnya sebungkus makanan seorang.

Semoga Allah swt mengurniakan pahala untuk anda semua, diberi kemuliaan di akhirat nanti. Ameen.

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah.

Terima kasih ya Allah, ya Razzaaq.

#kitacuba
#positive
#katayangbaikbaik
#doa
#rezeki
#masjidyusofishak
#sgunited
#kitajagakita
#caripahala