Masjid Yusof Ishak
1.67K subscribers
1.42K photos
62 videos
24 files
515 links
Download Telegram
Assalamualaikum

Alhamdulilah. Sambutan untuk solat Isyak/Terawih rancak ditempah. Kurang satu jam solat pertama malam esok sudah penuh.

Namun, kami ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan.

Langkah berjaga-jaga serta peraturan norma baharu masih dilanjutkan.

Kami mohon kepada anda semua untuk:

1. Pastikan pendaftaran anda sudah menerima pengesahan. Periksa emel anda (inbox/spam) untuk pengesahan itu. Anda boleh juga ke bit.ly/SolatConfirm untuk mendapatkan kepastian.

2. Zon Muslimah dihadkan kepada satu zon iaitu Zon 3. Sekiranya anda mendaftar di zon lain, maaf. Kami tidak dapat membuka ruang lebihan. Mohon batalkan pengesahan anda.

3. Zon keluarga atau ibu-anak tidak diadakan. Semua jemaah, termasuk kanak-kanak perlu pendaftaran.

Kami tidak dapat membenarkan masuk sekiranya anda tidak mempunyai pengesahan pendaftaran.

Harap maklum dan kami mohon kerjasama dan pertimbangan anda.

Terima kasih.

#masjidyusofishak #masjidsg #ramadansg #ramadan2021