Masjid Yusof Ishak
1.65K subscribers
1.41K photos
62 videos
24 files
510 links
Download Telegram
Bismillahirrahmanirrahim

Ramadan yang baru berlalu kami mula menyajikan makanan yang lebih sihat untuk juadah berbuka.

Alhamdulilah, sambutannya amat menggalakkan dan kami amat teruja dengan semangat jemaah kami untuk lebih prihatin tentang kesihatan.

Menyambung program "Jaga Kesihatan, Jaga Ummah", kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama berjalan, memanaskan badan, berpeluh sambil menguatkan jantung dan otot-otot anda.

Mulai esok, 2 Ogos 2019, pada 8 malam setiap hari Jumaat, marilah kita bersama-sama menyihatkan badan, sambil beramah mesra dengan jemaah dan penduduk lain.

Semua dijemput hadir. Rakan, jiran, saudara... tidak kira umur, agama dan bangsa.

Yok jalan Singapura!

#masjidyusofishak
#healthiswealth
#sihat
#gayahidupsihat
#masjidSG
cc. @hpbsg