Masjid Yusof Ishak
1.65K subscribers
1.41K photos
62 videos
24 files
509 links
Download Telegram
<MASIH PASAL VIRUS>
°
Mungkin nampak leceh, tetapi manfaatnya penting.
°
Assalamualaikum

Jemaah yang dikasihi, lagi dihormati, terima kasih kerana sama-sama menunjuk keprihatinan anda.
°
Jika anda sihat dan akan ke masjid,
1. Bawa kain (terutama sekali belia yang datang dari sekolah) dan/atau alas sujud/sejadah.
Kami tidak akan sediakan buat masa ini.

2. Cuci tangan sebelum masuk ke masjid.
°
Kami menyediakan tempat membasuh tangan di pintu masuk utama serta di aras 1 (stesen bas). Mohon utamakan kebersihan.
°
Kita bantu diri kita. InsyaAllah Allah swt akan permudahkan urusan kita dan memelihara kesihatan kita. Ameen.
°

#masjidyusofishak
#masjidsg
#sgunited
#jagadiri
#sihat
#bersih
#covid19
Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum

Menyusul berita tentang langkah kawalan Covid-19 yang diperketatkan, masjid juga terjejas.

Bermula Ahad 16 Mei 2021, kami hanya boleh menempatkan 50 orang jemaah. Ini bermakna untuk solat Subuh esok dan seterusnya, anda boleh tetap membuat tempahan untuk solat berjemaah melalui bit.ly/BookSolat. Hanya zon 1 dibuka.

Teruskan membawa barang keperluan peribadi anda, seperti sejadah. Juga, kemasukan ke masjid melalui SafeEntry hanya dengan aplikasi atau token TraceTogether. Kami tidak boleh imbas NRIC anda.

Mohon muat turun TraceTogether agar anda akan dapat notifikasi tentang penularan atau pendedahan kepada covid-19.

Semoga kerjasama ini akan membuat kita lebih selamat dan dapat mengharungi cabaran ini dengan cepat.

#masjidyusofishak #covid19 #masjidsg
Assalamualaikum

Mulai Selasa 1 Jun, kami tidak boleh mengimbas NRIC atau kad pengenalan/identiti yang lain.

Untuk masuk ke masjid, gunakan app atau token TraceTogether.

Kami mohon kerjasama anda.

Penggunaan TraceTogether ini dapat membantu mengesan risiko dedahan (exposure) jika anda berada di kawasan yang sama dengan pesakit yang Covid-19 positif. Jika kita dapat mengesan dan kenal pasti dengan cepat, kita dapat kurangkan risiko bersama orang lain, terutama sekali ahli keluarga kita.

Kita sama-sama atasi penularan Covid-19 ini. InsyaAllah.

Terima kasih.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#covid19