Masjid Yusof Ishak
1.79K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Bismillahirrahmanirrahim

Ramadan yang baru berlalu kami mula menyajikan makanan yang lebih sihat untuk juadah berbuka.

Alhamdulilah, sambutannya amat menggalakkan dan kami amat teruja dengan semangat jemaah kami untuk lebih prihatin tentang kesihatan.

Menyambung program "Jaga Kesihatan, Jaga Ummah", kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama berjalan, memanaskan badan, berpeluh sambil menguatkan jantung dan otot-otot anda.

Mulai esok, 2 Ogos 2019, pada 8 malam setiap hari Jumaat, marilah kita bersama-sama menyihatkan badan, sambil beramah mesra dengan jemaah dan penduduk lain.

Semua dijemput hadir. Rakan, jiran, saudara... tidak kira umur, agama dan bangsa.

Yok jalan Singapura!

#masjidyusofishak
#healthiswealth
#sihat
#gayahidupsihat
#masjidSG
cc. @hpbsg
Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah, kita akan bersama pada malam raya serta pagi raya, menyambut Hari Raya Haji.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kami mengajak anda untuk memeriahkan dewan masjid ini pada:
Malam Eidul Adha
Sabtu, 10 Ogos dari 6 petang

Kita akan mulakan dengan bacaan Ma’thurat, diikuti dengan Yasin & Tahlil*. Bagi mereka yang berpuasa, kita akan menyediakan Iftar Jama’ie sebelum meneruskan Solat Maghrib.

Ikuti kami untuk takbir sebelum Solat Isyak dan penutup majlis dengan jamuan^

*Jemaah boleh memberikan nama-nama arwah
untuk dibacakan tahlil selewat-lewatnya 12 tgh, hari Jumaat, 9 Ogos.
^Kami menerima sumbangan ikhlas dari segi wang dan makanan.


Untuk solat Raya pula, kita akan bermula pada jam 8 pagi.

Muslimah dimohon agar membawa telekung peribadi. Tempat solat khusus untuk Muslimah adalah aras 1, manakala Muslimin pula aras 2-5.

Mohon sokongan, dan jasa baik anda untuk sama-sama sekeluarga mengimarahkan masjid ini.
A.L.I.F. (Alhamdulillah It’s Friday)
°
Sempena cuti umum hari kebangsaan yang jatuh pada hari Jumaat ini, kami akan menganjurkan bacaan surah Al-Kahfi beramai-ramai sebelum solat Jumaat dan tazkirah ringkas selepas solat.
°
InsyaAllah, kami akan menyiarkannya secara langsung di Facebook page Masjid Yusof Ishak.
°
Solat Jumaat ini, dan seperti solat Jumaat yang sebelumnya, tidak ada ruang solat untuk Muslimah. Masjid dijangkakan sesak jadi kami mohon kefahaman dari semua.
°
LTA juga akan ada di kawasan masjid. Bagi mereka yang memandu, harap patuhi larangan meletak kereta. Tempat meletak kereta berdekatan hanyalah 5minit sahaja dari masjid.
°
Semoga perjalanan kita dilindungi lagi diberkati oleh-NYA. Ameen.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#happybirthdaysingapore
#surahalkahfi
#happeningatmashidyusofishak
Assalamualaikum
Harap maklum penutupan kuliah sempena cuti umum.
Malam ini kita rehat, menyaksikan kegemerlapan cahaya bunga api menyambut Hari Kebangsaan Singapura.
Minggu hadapan, 16 Ogos, kita sambung "Breeze Walk" kita, insyaAllah
Al-Ma'thurat [Masjid Yusof Ishak].pdf
797.8 KB
Al-Ma'thurat [Masjid Yusof Ishak].pdf
#HappeningatMasjidYusofIshak
#ladiesonly


Hafsah R.A was the wife of Prophet Muhammad and an extremely religious lady. Her qualities were so noble that Aishah remarked that among the wives of the Prophet, she was the only one who could compare with her.

Find out more about the lesser-known yet remarkable lady with Ustazah Bushra Habibullah. Sat, 17 Aug 2019 at 9pm.

This all-ladies session is exclusive. Register online at https://femmenight-3.eventbrite.sg

It is a cosy session - come as you are!

#masjidyusofishak
#masjidSG
#ilmuforjannah
#inspirational
#islam
Online Myidia Belajar Asas Tajwid - ep 6 bersama Ustaz Mustafalhafi Afandi.

Pada sesi ini, kami akan ketengahkan topik Ikhfa'

Semoga kita dapat memperbaiki bacaan Al-Quran kita, insyaAllah