Masjid Yusof Ishak
1.79K subscribers
1.56K photos
71 videos
24 files
552 links
Download Telegram
Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi lagi dihormati

Syukur Alhamdulilah - masjid-masjid dibuka kembali, memberi ruang untuk kita sambut Ramadan bersama.

Namun, sambutan Ramadan berbeza dari tahun sebelum Covid-19.

1. Iftar ditiadakan di masjid

2. Jumlah jemaah untuk solat Maghrib dan Isyak/Terawih dihadkan

3. Kelas tadarus akan dibuat secara online

Kami ada menyediakan program-program sepanjang Ramadan. InsyaAllah akan kami maklumkan.

Malam ini, dari jam 9 malam, anda boleh daftar untuk solat Isyak/Terawih untuk 10 malam pertama Ramadan.
☆☆ bit.ly/BookSolat ☆☆

Semoga kita semua meraih kehebatan Ramadan dan sekaligus dapat menggandakan pahala dan amalan kita. InsyaAllah ameen.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadansg
#ramadan
Assalamualaikum

Alhamdulilah. Sambutan untuk solat Isyak/Terawih rancak ditempah. Kurang satu jam solat pertama malam esok sudah penuh.

Namun, kami ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan.

Langkah berjaga-jaga serta peraturan norma baharu masih dilanjutkan.

Kami mohon kepada anda semua untuk:

1. Pastikan pendaftaran anda sudah menerima pengesahan. Periksa emel anda (inbox/spam) untuk pengesahan itu. Anda boleh juga ke bit.ly/SolatConfirm untuk mendapatkan kepastian.

2. Zon Muslimah dihadkan kepada satu zon iaitu Zon 3. Sekiranya anda mendaftar di zon lain, maaf. Kami tidak dapat membuka ruang lebihan. Mohon batalkan pengesahan anda.

3. Zon keluarga atau ibu-anak tidak diadakan. Semua jemaah, termasuk kanak-kanak perlu pendaftaran.

Kami tidak dapat membenarkan masuk sekiranya anda tidak mempunyai pengesahan pendaftaran.

Harap maklum dan kami mohon kerjasama dan pertimbangan anda.

Terima kasih.

#masjidyusofishak #masjidsg #ramadansg #ramadan2021
Assalamualaikum

Kita teruskan Tadarus sepanjang Ramadan ini, bersama Ustazah Widad dan Ustaz Mustafalhafi

Bermula Rabu, 14 April 2021, mohon daftar untuk ikuti bersama:
Muslimah: 9pg-10pg
bit.ly/tarmuslimah

Muslimin: 9.30mlm -10.30mlm
bit.ly/tarmuslimin

#masjidyusofishak

#masjidsg
Bismillahirrahmannirrahim

Buat julung-julung kalinya, Ustazah Widadul Wahidah akan membimbing kita dan memberi pencerahan dalam bab 'Fiqh Wanita'.

Kami menyeru para jemaah untuk memberi sokongan dan sama-sama mengimarahkan masjid ini, terutama lagi dalam bulan Ramadan yang bakal menjemput kita.

Daftar di tinyurl.com/kuliahMYI-UWW

Terima kasih semua.

Semoga kita sama-sama meraih ilmu yang manfaat lagi barakah.

#masjidyusofishak
#masjidsg
#ramadansg
Assalamualaikum para jemaah yang dikasihi

Kami ingin memaklumkan bahawa anda boleh membuat check-in SafeEntry mulai jam 8.10 mlm.

Mohon bawa kepastian tempahan (email confirmation), sejadah dan keperluan solat peribadi.

Sekiranya ada rasa kurang sihat, atau telah menempah di zon yang salah (Muslimah dihadkan pada zon 3 sahaja), mohon batalkan tempahan anda. Pautan untuk 'cancel booking' ada di emel anda.

Terima kasih.
Assalamualaikum dear Congregants

If you have a confirmed booking for Isyak & Terawih prayers, we will welcome you from 8.10pm onwards.

The usual SafeEntry checks and confirmation of your registration will be conducted before you enter.

Bring along your TraceTogether app/token, email confirmation, prayer mat and your personal prayer items.

Should you feel unwell, or you have booked the wrong zones etc, please cancel your booking. The link is available in your email.

Thank you.
From Madrasah Department, Masjid Yusof Ishak
Follow them at t.me/EduMYI

Assalamualaikum everyone!

Day 1: Supplication for a Steadfast Heart with His Guidance (Surah Al-Imran verse 8)

---------------------------------------
🌟Benefit of this du'a:

Our hearts and minds keep changing. Hence, we are encouraged to recite this verse for consistency in our belief as practised by Prophet Muhammad SAW.

source: Al-Durrul Manthur
Kuliah Dhuha *Baru!*
Assalamualaikum

Kami tambahkan kuliah Dhuha, kali ini setiap hari Rabu, dengan Kisah-Kisah Al-Quran bersama Ustaz Mustafalhafi Afandi.

Kami mengajak anda sama-sama ikuti kuliah beliau dan meraih ilmu yang manfaat. InsyaAllah Ameen.

Pendaftaran digalakkan -- tinyurl.com/kuliahMYI-UMA
Senarai Imam/Bilal Terawih 2021