marini.PG Channel
312 subscribers
11.3K photos
544 videos
4 files
4.13K links
Assalamualaikum,
Saya berkongsi ilmu kewangan dan simpanan emas yg mudah, selamat dan patuh syariah.

Marini Abu Bakar
Master Dealer Public Gold
PG00521019

Daftar akaun emas percuma:
https://publicgold.me/marini
https://wasap.my/60192616244/emasPG
Download Telegram
m[3982] Nota Tn Syukor
21 April 2025

Gais,

Semalam saya buat analisis samada harga emas yang sedang tinggi sekarang boleh naik lagi tinggi.

Saya cakap “Ye, boleh naik tinggi sebab faktor Trump”

Kemudian, apabila gold market dibuka ajer hari Isnin pagi (selepas cuti Good Friday) harga emas terus melonjak naik.

Kenapa?

Sebab ancaman Trump untuk memecat Jerome Powell, Federal Reserve chairman

Pasaran kewangan US dan global bergoncang akibat kenyataan terbaru Donald Trump yang menyerang Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Trump bukan sahaja kritik terbuka – malah beri bayangan mahu memecat Powell.

Tindakan ini telah cetuskan panik pelabur:
1. Pasaran saham AS menjunam
2. Dolar AS jatuh ke paras terendah
3. Emas melonjak lebih $3,400/oz (pelabur cariaset selamat)
4. Bon AS dijual besar-besaran

Apa yang berlaku sekarang? Trump bukan saja menekan Fed untuk turunkan kadar faedah, tapi juga dia telah perkenal tarif besar-besaran.

Antaranya:
a) 10% tarif ke atas kebanyakan negara.
b) 245% tarif untuk barangan dari China.
c) 25% tarif ke atas semua kereta import

Justeru,
syarikat besar macam Walmart, Target & Ford dah mula naikkan harga — inflasi dijangka meningkat.

Powell pula bertegas takkan turunkan kadar faedah tanpa merujuk data yang sahih.

Akibatnya, pelabur mula hilang keyakinan terhadap kestabilan dasar ekonomi AS.

Gais.

Dalam situasi ketidaktentuan seperti ini, kita akan melihat aset selamat seperti emas dan perak akan terus naik.

Sila simpan emas dengan senyuman 😃

21/4/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EkonomiGlobal #DonaldTrump #SellAmerica
#FederalReserve #JeromePowell #PasaranKewangan

----
Bagi anda yang belum ada simpanan emas, daftar dan terus buat belian pertama hari ini. Usah bertangguh lagi.
https://publicgold.me/marini/cara-bermula

Marini Abu Bakar
Founder Master Dealer (PG00521019)
m[3986] Nota Tn Syukor, 22 April 2025

Gais.

Hari ini harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah — hampir mencecah $3,500 per auns — susulan peningkatan
ketegangan antara Presiden Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell.

1) Pasaran global bergoncang apabila Trump secara terbuka mengkritik Powell dan menyeru pemotongan kadar faedah secara “preemptif”, bahkan membayangkan untuk menyingkirkan Powell.

2) Dalam masa yang sama, ketegangan perang perdagangan antara A.S. dan China semakin panas.

China telah memberi amaran akan bertindak terhadap mana-mana negara yang menandatangani perjanjian perdagangan dengan US.

Semua ini menyebabkan pelabur panik dan beralih kepada aset selamat seperti emas. Sebab itu lonjakan harga emas begitu tinggi hari ini.

Untuk pengetahuan anda, dana pelaburan emas mencatat aliran masuk $21 bilion dalam suku pertama 2025, antara tertinggi dalam sejarah.

Dolar A.S. jatuh, euro menguat, dan pasaran saham bergelora.

Kita dah nampak bahawa ketidak tentuan ini menyebabkan emas akan terus naik — sebagai simbol pelabur tidak percaya terhadap kestabilan ekonomi US

#Emas #PelaburanEmas #KrisisEkonomi
#DonaldTrump #FederalReserve #SafeHaven
#NotaEmasSyukorHashim

----
Bagi anda yang belum ada simpanan emas, daftar dilink.
Mulakan simpanan hari ini sebelum harga terus naik.
https://publicgold.me/marini/cara-bermula

PM saya untuk bantuan.
Marini Abu Bakar
FMD (PG00521019)
Analisis harga emas 3/7/2025

Gais.

Malam nie harga emas jatuh. Apa sebabnya?

Jom saya buat analisis untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, hari ini, Amerika Syarikat mengumumkan data pekerjaan bulan Jun yang lebih baik daripada ramalan.

Nonfarm payrolls meningkat sebanyak 147,000 pekerjaan, mengatasi jangkaan 111,000.

Kadar pengangguran juga turun kepada 4.1%, lebih rendah berbanding unjuran.

Walaupun pertumbuhan gaji bulanan sedikit perlahan kepada 0.2%, keseluruhan laporan ini menunjukkan pasaran buruh AS masih kukuh.

Apabila pasaran buruh US kuat, maka harga emas akan jatuh.

Data pekerjaan yang positif biasanya mengurangkan peluang Federal Reserve (Fed) untuk menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Kadar faedah yang lebih tinggi cenderung menguatkan Dolar AS dan memberi tekanan penurunan kepada harga emas.

Sentimen pelabur juga mungkin lebih yakin terhadap ekonomi, menjadikan emas kurang diperlukan sebagai aset selamat buat sementara waktu.

Kesan daripada laporan NFP malam nie adalah, harga emas jatuh sehingga 22.76 usd / Oz.

Sekian melaporkan.

#Emas #PelaburanEmas #EkonomiAS #DataPekerjaan #FederalReserve #HargaEmas
Gais.

Analisis harga emas 30/7/2025

Malam nie harga emas jatuh. Apa sebabnya?

Jom saya buat analisis untuk anda.

Malam nie jam 8.30 malam telah keluar satu report iaitu US GDP report untuk suku kedua.

GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) Amerika bagi suku kedua diumumkan meningkat 3.0% — jauh lebih tinggi daripada jangkaan.

Apa maksudnya?

• Pasaran anggap ekonomi AS masih kukuh

• Jangkaan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve mungkin ditangguhkan

• Dolar AS mengukuh → harga emas (yang didagangkan dalam USD) jadi lebih mahal untuk pembeli global

• Pelabur beralih ke aset lain seperti bon dan saham → permintaan emas menurun

Tapi awas!

Di sebalik angka GDP itu, hakikatnya permintaan domestik dan pelaburan swasta menurun, inflasi juga semakin reda.

Ini petanda bahawa ekonomi AS sebenarnya sedang perlahan secara senyap.

Kesimpulan:

Jatuhnya harga emas malam ini hanyalah reaksi sementara terhadap berita “GDP naik 3.0%”.

Dalam masa terdekat, bila pasaran mula sedar hakikat sebenar, emas mungkin akan kembali melonjak.

Anda yang faham laporan ini, maka anda akan tersenyum sekarang 😀

sebab peluang beli emas di harga rendah dah muncul. 😉

#NotaEmasSyukorHashim
#Emas #PelaburanEmas #HargaEmas #PublicGold #FederalReserve #GDP #EkonomiUSA #Dollar #Kewangan #RebutPeluang