marini.PG Channel
310 subscribers
10.7K photos
523 videos
4 files
3.96K links
Assalamualaikum,
Saya berkongsi ilmu kewangan dan simpanan emas yg mudah, selamat dan patuh syariah.

Marini Abu Bakar
Master Dealer Public Gold
PG00521019

Daftar akaun emas percuma:
https://publicgold.me/marini
https://wasap.my/60192616244/emasPG
Download Telegram
Saya kongsi penulisan Tn Zulkifli Shafie berkaitan isu ini..
Jangan mudah terpedaya
---->>

Ada duit tapi tak ada ilmu, itu sangat berisiko...

Ada ilmu, duit akan datang. Tak ada ilmu, duit akan terbang!

Sebenarnya semua skim-skim pelaburan yang menipu ini sangat mudah (ya, sangat mudah) dikenali bagi siapa yang ada ilmu. Ibarat pepatah mengatakan, sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya...

Saya rasa #BukuWangEmas adalah buku paling mudah (dan paling murah) kalau nak belajar tentang pelaburan emas. Baca buku itu, insyaAllah susah terjebak dengan skim-skim cepat lingkup begitu.

Skim penipuan begini, bukan saja berisiko duit itu hilang, bahkan ada yang terpaksa dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa terlibat dalam illegal deposit taking kerana turut sama mengajak dan melabur dalam skim-skim begitu!
Saya kongsikan di sini tulisan Tn Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas

Ini antara sebab saya aktif sebagai pembimbing emas. Sebab taknak simpan ilmu emas ni sorang-sorang.
Asalnya saya join PG hanya untuk simpanan sendiri sahaja.

---- >

BEZA PENYIMPAN EMAS

Selfish kalau simpan ilmu emas ni sorang-sorang.

Banyak orang fikir dia tahu sangat pasal emas, tapi hakikatnya keadaan kewangan dia tak menunjukkan dia ada ilmu tentang emas.

Orang yang betul-betul tahu pasal emas, selalunya dia tak ada masalah tentang simpanan.

Ada penyimpan emas yang bergaji tak sampai RM2,000 sebulan, tapi simpanan emas dia sudah lebih 150 gram (dalam RM40k)!

Kes begini bukanlah yang terpencil.

Orang kampung pun banyak yang macam tu.
Sepanjang lebih 12 tahun mendidik masyarakat tentang emas, selalu saya jumpa orang yang pendapatannya kecil tapi simpanan emas dia mengalahkan orang bergaji besar.
Pada saya ini pencapaian yang amat membanggakan dari sudut kewangan sebab saya jumpa banyak yang bergaji lebih RM10k, tapi simpanan 3 bulan gaji (RM30k) pun belum ada!

Masih lagi terkial-kial cari instrumen pelaburan kononnya nak tambahkan kekayaan dan keluar dari masalah kewangan.

Itulah antara 'keajaiban' menyimpan emas...

Pada saya sangat selfish kalau murid-murid saya dealer #PublicGold tak sampaikan ilmu ini kepada masyarakat.

#BukuWangEmas

< ------

Saya akan terus sampaikan ilmu emas untuk manfaat ramai orang. InsyaAllah
CARA BUANG RASA MENYESAL

"Menyesal beli emas. Lepas beli bulan lepas, sekarang harga emas turun".

Ini rungutan yang biasa saya dengar sejak saya mula simpan emas tahun 2010 dulu.

Lepas 12 tahun, rungutan sama yang masih saya dengar sampai ke hari ini.

Bagi siapa yang rasa menyesal, saya cadangkan dia baca #BukuWangEmas ini.

Selagi tak baca buku, dia akan sentiasa rasa menyesal dan susah hati. Bukan sahaja ketika harga emas turun, harga naik pun dia akan menyesal dan susah hati juga.

Sebab dia tak tahu apa yang dia buat.

Nanti bila harga naik, dia akan menyesal sebab tak beli waktu harga rendah. Bila harga emas naik, dia takut nak beli emas sebab menyesal tak beli emas pada harga rendah.

Orang lain makin kaya bila simpan emas, dia asyik menyesal yang tak sudah-sudah.

Jadi sampai bila akan berakhirnya penyesalan ini?

Jawabnya bila dia sudah ada ilmu. Dia tahu apa yang dia buat, bukan sekadar ikut-ikut orang.

Baca buku.
Kredit : Tn Zulkifli Shafie
PENYIMPAN EMAS
SEMAKIN LAMA SEMAKIN KAYA...
Oleh Tn Zulkifli Shafie

Bukan hanya sebab harga emas makin lama makin mahal...

Tapi yang lebih penting, bila simpan emas, duit simpanan tak lagi bocor... Bahkan jumlah simpanan bertambah dengan lebih cepat.

Bila duit dah tukar jadi emas, secara automatik kita dah tak fikir untuk berbelanja - sebab "nombor" yang menggoda tu dah pun hilang...

Yang nampak cuma kepingan-kepingan emas yang cantik, yang membuatkan kita ketagih untuk kumpul emas lebih banyak, lagi dan lagi.

'Ketagih' menyimpan dan hilang nafsu berbelanja (dengan duit yang sudah ditukar jadi emas) itulah yang membuatkan penyimpan emas makin lama makin kaya...

Selain dari harganya yang semakin mahal dari tahun ke tahun.

#BukuWangEmas #TipKekayaan

<< -----
Jom setkan target simpanan emas untuk 2023
https://publicgold.me/marini
1 dinar untuk backup belanja hangus
Oleh Tn Zulkifli Shafie

1 dinar ni boleh buat backup belanja hangus sekitar RM1,000.

Penyimpan emas yang nak pakai duit, boleh pergi pajak emas ni ke ar-rahnu. 1 dinar boleh dapat pinjaman RM1,000 on the spot.

Lepas tu bayarlah balik dalam masa 6 - 12 bulan.

Tapi saya percaya, tak lama lepas selesai urusan dia nak pakai duit, mesti dia akan tebus balik secepat mungkin. Sebab sayang... Sebab takut kena caj lebih mahal kalau lambat tebus...

Bila ada duit, kita akan fikir tebus emas ni dulu. Bila nak berbelanja, kita akan berkira-kira sebab kita fikir baik pergi tebus emas dulu...

Bahkan kita akan kreatif cari income tambahan untuk tebus emas tu balik.

Akhir sekali, keperluan perbelanjaan dapat diselesaikan, emas pun dapat balik! Itulah maksud sebenar "backup belanja hangus" yang saya popular sejak 2016 lagi dalam tulisan-tulisan dan seminar saya tentang emas.

Bukannya guna semua gaji buat pergi beli emas. Lepas tu pergi pajak dan belanja duit pinjaman tu untuk perbelanjaan habus bulanan. Bukan....

Teknik ni saya popular bila tengok realiti, banyak orang susah disiplinkan diri menabung. Tapi mereka berdisiplin bayar hutang.

Bila menabung pulak, sekali dia tarah (belanja) duit tabungan tu, duit tu hangus tak berganti...

Bila terdesak nak pakai duit, dia terpaksa buat loan sana sini, personal loan, kad kredit, skim beli dulu menyesal kemudian, yang langsung tak ada backup dengan "aset" macam emas.

Maka teknik ni sesuai untuk mereka.

Tapi teknik ni cuma sesuai bagi yang mampu tebus emas tu dalam masa 6 - 12 bulan. Kalau memang tak ada sumber duit nak tebus, teknik ni tak sesuai.

Lebih baik jual sahaja...

#TipKayaDenganEmas #TipArrahnu #BukuWangEmas