marini.PG Channel
310 subscribers
10.7K photos
523 videos
4 files
3.96K links
Assalamualaikum,
Saya berkongsi ilmu kewangan dan simpanan emas yg mudah, selamat dan patuh syariah.

Marini Abu Bakar
Master Dealer Public Gold
PG00521019

Daftar akaun emas percuma:
https://publicgold.me/marini
https://wasap.my/60192616244/emasPG
Download Telegram
m[3982] Nota Tn Syukor
21 April 2025

Gais,

Semalam saya buat analisis samada harga emas yang sedang tinggi sekarang boleh naik lagi tinggi.

Saya cakap “Ye, boleh naik tinggi sebab faktor Trump”

Kemudian, apabila gold market dibuka ajer hari Isnin pagi (selepas cuti Good Friday) harga emas terus melonjak naik.

Kenapa?

Sebab ancaman Trump untuk memecat Jerome Powell, Federal Reserve chairman

Pasaran kewangan US dan global bergoncang akibat kenyataan terbaru Donald Trump yang menyerang Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Trump bukan sahaja kritik terbuka – malah beri bayangan mahu memecat Powell.

Tindakan ini telah cetuskan panik pelabur:
1. Pasaran saham AS menjunam
2. Dolar AS jatuh ke paras terendah
3. Emas melonjak lebih $3,400/oz (pelabur cariaset selamat)
4. Bon AS dijual besar-besaran

Apa yang berlaku sekarang? Trump bukan saja menekan Fed untuk turunkan kadar faedah, tapi juga dia telah perkenal tarif besar-besaran.

Antaranya:
a) 10% tarif ke atas kebanyakan negara.
b) 245% tarif untuk barangan dari China.
c) 25% tarif ke atas semua kereta import

Justeru,
syarikat besar macam Walmart, Target & Ford dah mula naikkan harga — inflasi dijangka meningkat.

Powell pula bertegas takkan turunkan kadar faedah tanpa merujuk data yang sahih.

Akibatnya, pelabur mula hilang keyakinan terhadap kestabilan dasar ekonomi AS.

Gais.

Dalam situasi ketidaktentuan seperti ini, kita akan melihat aset selamat seperti emas dan perak akan terus naik.

Sila simpan emas dengan senyuman 😃

21/4/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EkonomiGlobal #DonaldTrump #SellAmerica
#FederalReserve #JeromePowell #PasaranKewangan

----
Bagi anda yang belum ada simpanan emas, daftar dan terus buat belian pertama hari ini. Usah bertangguh lagi.
https://publicgold.me/marini/cara-bermula

Marini Abu Bakar
Founder Master Dealer (PG00521019)
m[3993] 🌙 𝑶𝑶𝑻𝑫 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒊𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒄𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌, 𝑲𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊 & 𝑴𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝑬𝒎𝒂𝒔 𝟗𝟗𝟗.𝟗! 👑

Sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Public Gold,kami mencari 𝟑 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 & 𝟑 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 yang tampil dengan penuh bergaya dan menawan untuk menang pelbagai hadiah termasuk 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝟗𝟗𝟗.𝟗! 🌟💛

Bagaimana caranya? Mudah saja! Ikuti langkah ini:

1. Datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Public Golddan ambil gambar OOTD anda di tempat menarik sekitar Menara Public Gold 📸🌺

2. Muat naik gambar anda di Instagram, Facebook atau TikTok dengan hashtag #𝐑𝐚𝐲𝐚𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜𝐆𝐨𝐥𝐝

3. Ajak rakan-rakan untuk "Like" gambar anda! kerana gambar dengan 𝐥𝐢𝐤𝐞𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 berpeluang menang 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝟗𝟗𝟗.𝟗 dari Public Gold! 🎁💛

Jemput datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Public Gold kami nanti! Butirannya seperti berikut:

📅 Tarikh: 26 April2025, Sabtu
📍 Lokasi: Menara

Public Gold @ TRX
🕘 Masa: 9 Pagi – 6Petang

Bukan sekadar bergambar — inilah peluang berkilau anda!
𝑺𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒕𝒂𝒉𝒖, 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒎𝒖𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑬𝑴𝑨𝑺! 💃

Jumpa anda di sana! 💛

#PublicGold #RayaBersamaPublicGold #RayaOOTD#RayaEmasPublicGold #MenangEmas #PGBO #PublicGoldBusinessOwner

----
Marini Abu Bakar
Founder Master Dealer (PG00521019)
https://publicgold.me/marini/cara-bermula
𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂, 𝑲𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂!
𝑱𝒆𝒎𝒑𝒖𝒕 𝒓𝒂𝒎𝒂𝒊-𝒓𝒂𝒎𝒂𝒊 𝒌𝒆 𝑹𝒖𝒎𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒃𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊 𝑷𝒖𝒃𝒍𝒊𝒄 𝑮𝒐𝒍𝒅! 😍

𝟏 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑳𝑨𝑮𝑰! Raya dah dekat, suasana makin meriah!
Dah sedia ke nak beraya bersama Public Gold? 🌙

Rumah Terbuka Aidilfitri Public Gold ni bukan sekadar tempat makan-makan je tetapi tempat untuk merasa kemeriahan sebenar raya — jumpa ramai orang, eratkan silaturrahim dan cipta kenangan manis untuk dikenang 💛

Apa yang menanti anda?
🏆 𝐁𝐞𝐥𝐢 & 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐦𝐚𝐬
🍛 𝐉𝐚𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚
🔍 𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐥𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐜𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐬
💰 𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢
📖 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐄𝐦𝐚𝐬
💃🏻 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧
👗 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤
🎤 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬

Rindukan suasana raya yang meriah macam dulu-dulu, yang penuh gelak tawa & ikatan ukhwah? haaa inilah masanya nak rasai balik semua tu 🫶

📅 Tarikh: 26 April 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi - 6 petang
📍 Lokasi: Menara Public Gold

Ajak keluarga tercinta, sanak saudara, jiran tetangga atau geng emas anda — kerana lagi ramai, lagi meriah suasananya! 💃🏻💫

𝑱𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒆𝒔𝒐𝒌! 😄

#PublicGoldAidilfitriOpenHouse #PublicGoldRaya2025 #MenangEmas
#RayaBersamaPublicGold #EmasRaya #PublicGold #PGBO
📣 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐂 𝐆𝐎𝐋𝐃 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐔𝐊𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇!

𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐆𝟏𝟕𝟓𝟎𝟎𝟎𝟎 𝐤𝐞 𝐏𝐆𝟏𝟕𝟕𝟕𝟕𝟕𝟕 — hanya dalam 𝟔 𝐇𝐀𝐑𝐈! 😱🔥

🎉 Tahniah kepada pemilik bertuah PG Code 𝟏,𝟕𝟕𝟕,𝟕𝟕𝟕 yang kini menjadi sebahagian daripada sejarah Public Gold yang penuh inspirasi!

𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝟏.𝟕𝟕 𝒋𝒖𝒕𝒂 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓, inilah bukti bahawa simpanan emas semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih terjamin 💛

💫 Ini bukan sekadar angka — ia adalah bukti nyata bahawa semakin ramai rakyat Malaysia 𝒄𝒆𝒍𝒊𝒌 𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒉 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 yang lebih selamat & berprinsip bersama 𝑷𝒖𝒃𝒍𝒊𝒄 𝑮𝒐𝒍𝒅.

📌 Mula dari serendah 1 gram dan bina tabungan emas anda hari ini. Mungkin anda pemilik PG Code seterusnya yang akan diraikan! 👀

🎯 Misi diteruskan ke 𝑷𝑮 𝑪𝒐𝒅𝒆 𝟏,𝟖𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 — adakah anda yang akan kami raikan seterusnya? 👑

#PublicGold #CiptaSejarah #PG1777777 #GoldSaver #SimpananEmas #PublicGoldBusinessOwner #Misi1800000 #EmasUntukSemua
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis…

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai… tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai “pelindung nilai” terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold
Nota Tn Syukor,
1 Mei 2025

Gais.

Semalam, selepas data GDP keluar, harga emas naik.

Namun selepas itu, harga emas mencatatkan penurunan.

Kenapa?

Pada hari Khamis, 1 Mei 2025, harga emas jatuh dengan ketara – lebih daripada 1.6% – dan mencecah paras terendah dalam dua minggu, sekitar $3,235 satu auns.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapannya melibatkan beberapa faktor utama yang berlaku serentak:

1. Pelabur mula berani mengambil risiko.

Pelabur kini lebih yakin terhadap pasaran saham dan pelaburan berisiko.

Ini kerana ketegangan perdagangan global semakin reda, dan ada perkembangan positif dalam perjanjian perdagangan antara AS, India, Korea Selatan dan Jepun.

Media China juga melaporkan bahawa pihak US telah menghubungi pihak China bagi membuat rundingan perdagangan.

Bila pelabur rasa yakin, mereka tinggalkan aset selamat seperti emas, dan beralih kepada pelaburan yang berpotensi beri pulangan lebih tinggi.

2. Nilai Dolar AS Semakin Kuat

Bila dolar Amerika Syarikat mengukuh, harga emas secara automatik jadi lebih mahal bagi pelabur antarabangsa.

Ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun dan menyumbang kepada kejatuhan harganya.

3. Pelabur menunggu data NFP (Non farm payroll) esok.

Pelabur sedang menantikan laporan pekerjaan bukan pertanian (non-farm payroll) dari AS, yang boleh mempengaruhi keputusan Federal Reserve tentang kadar faedah.

Sebarang petanda bahawa Fed mungkin menurunkan kadar faedah akan memberi kesan kepada arah pasaran emas.

4. Pelabur emas ambil untung.

Emas sebelum ini telah mencecah paras tertinggi lebih $3,500 satu auns.

Ramai pelabur ambil peluang untuk jual dan ambil keuntungan.

Bila ramai pelabur emas menjual sekaligus, tekanan jualan ini menyebabkan harga emas jatuh.

Kesimpulannya:

Penurunan harga emas ini bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja, tetapi gabungan perubahan sentimen pelabur, pengukuhan dolar, jangkaan data ekonomi, dan tindakan ambil untung.

Ini perkara biasa dalam dunia pelaburan – naik dan turun sentiasa berlaku.

Saya selalu menulis “Harga emas boleh jatuh dalam jangka masa pendek”, seperti yang berlaku sekarang.

Sebab itu, anda perlu beli emas fizikal dengan mindset simpan untuk 3 tahun.

Adakah ini peluang untuk kita beli emas pada harga diskaun?

Kita tunggu laporan besar NFP esok, Jumaat, jam 8.30 malam.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#HargaEmas #PelaburanEmas #BijakMelabur #PasaranKewangan #Emas2025
🔥 FLASH SALE ALERT!
🌸 Charm Bunga eksklusif kini cuma RM86 (asal RM96)!
📅 5 Mei 2025 sahaja!
⚡️ Kuantiti sangat terhad!
💰 Dapatkan cashback sehingga 3.5%
📍Gunakan kod: PGJH181111

Jangan tunggu habis, add to cart sekarang! 🛒

#PGJewel #FlashSalePGMall #CharmEmas #PublicGold #PGMallDeals
Gais.

Malam nie (5/5/2025) harga emas naik mendadak.

Apa sebabnya?

Jawapan: Ia berkaitan tentang pengumuman Presiden Donald Trump mengenai tarif sebanyak 100% ke atas filem yang dihasilkan di luar negara.

Langkah dasar yang tidak dijangka ini telah meningkatkan ketakutan terhadap perang perdagangan global, menyebabkan penurunan ketara dalam indeks utama seperti Dow Jones Industrial Average, S&P 500, dan Nasdaq.

Harga emas melonjak naik, dengan harga emas semasa melebihi $3,300 per auns — satu peningkatan ketara selepas kejatuhan minggu sebelumnya.

Kenaikan ini bukan sahaja disebabkan oleh ketidaktentuan perdagangan, tetapi juga faktor geopolitik dan penyusutan nilai dolar AS.

Mesyuarat polisi Rizab Persekutuan (Fed) yang akan datang turut menjadi tumpuan.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah dijangka dalam masa terdekat, ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap inflasi telah meningkatkan tarikan emas.

Penganalisis menjangka Fed mungkin menangguhkan sebarang pemotongan kadar sehingga terdapat bukti yang lebih jelas mengenai kelembapan ekonomi, sekali gus menyokong kedudukan emas sebagai lindung nilai terhadap kejatuhan pasaran.

Kesimpulannya, gabungan ketegangan perdagangan yang diperbaharui, ketidaktentuan pasaran, dan risiko geopolitik mendorong pelabur beralih kepada emas — sekali lagi menegaskan peranannya sebagai aset perlindungan tradisional ketika ketidakstabilan ekonomi.

Gais.

Harga emas sukar diramalkan.

Ia boleh turun atau naik dengan cepat dan banyak bergantung kepada news yang keluar.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
m[4028] Auto-debit GAP
Oleh Tn Syukor Hashim, 7 Mei 2025

Gais.

Saya nak share tips mudah simpan emas PG dengankonsisten untuk jangkamasa 1 tahun sehingga 5 tahun.

Anda juga berpeluang menang hadiah cabutan
bertuah dari Public Gold setiap bulan.

Bagaimana caranya?

Gunakan kaedah simpanan secara GAP autodebit.

Apa yang best sangat Autodebit GAP ni?

1. Set and forget! Tak perlu ingat setiap bulan.

Dengan autodebit, anda set je sekali (contoh:RM200 sebulan), sistem akan tolong buat pembelian emas untuk anda secara
automatik.

Tak payah risau kalau terlupa atau terlalu sibuk!

2. Auto debit membolehkan anda konsisten binakekayaan sebenar.

Tak perlu pening pantau harga emas. Fokus tambah
gram emas anda.

Bila harga emas naik, simpanan anda pun bernilailebih tinggi!

3. Anda boleh buat serendah RM100. Tak rasa terbeban.
Auto potong akaun bank dan gram emas masuk akaun GAP anda.

Bayangkan, potong RM100 je setiap bulan—kurangdari nilai gajet baru atau makan besar hujung minggu.

Tapi hasilnya?
Anda bina ASET EMAS dalam jangka masa panjang.

4. Anda layak sertai CABUTAN BERTUAH setiapbulan!

Dengan hanya autodebit minimum RM200 sebulan,
anda akan secara automatik layak masuk cabutan bertuah eksklusif oleh PublicGold!

Hadiah? Pelbagai! Emas, barangan eksklusif, dan
macam-macam lagi!

Hadiah utama adalah 10gram gold bar setiap bulan!

BAGAIMANA NAK MULAKAN AUTODEBIT GAP?

1. Buka apps Public Gold kat hp anda.

2. Klik Topup > Pilih GAP > Payment method
> autodebit > pilih amount RM200
> Duration > minima setahun & maksima 5tahun
> pilih effective date > klik I agree dan
place order.

3. Dah siap! Sekarang anda penyimpan emaskonsisten & layak untuk cabutan bertuah!

Ingat! Orang yang menang bukan orang yang pandai,
tapi orang yang KONSISTEN.

Win-win!

#NotaEmasSyukorHashim
#PublicGold
#GAPPublicGold
#AutoDebitGAP
#SimpanEmas

----
Bagi anda yang belum ada simpanan emas, daftar dilink.
Set auto-debit untuk konsisten simpan dan lupa
https://publicgold.me/marini/cara-bermula

PM saya untuk bantuan.
Marini Abu Bakar
FMD (PG00521019)
📢 𝑷𝒖𝒃𝒍𝒊𝒄 𝑮𝒐𝒍𝒅 𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑮𝒐𝒍𝒅 & 𝑱𝒆𝒘𝒆𝒍𝒍𝒆𝒓𝒚 𝑻𝒓𝒂𝒅𝒆 𝑬𝒙𝒉𝒊𝒃𝒊𝒕𝒊𝒐𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝑴𝑮𝑱𝑬 𝟐𝟎𝟐𝟓)! 📢

Temui Public Gold dalam 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑮𝒐𝒍𝒅 & 𝑱𝒆𝒘𝒆𝒍𝒍𝒆𝒓𝒚 𝑻𝒓𝒂𝒅𝒆 𝑬𝒙𝒉𝒊𝒃𝒊𝒕𝒊𝒐𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝑴𝑮𝑱𝑬 𝟐𝟎𝟐𝟓) — pameran emas terbesar menghimpunkan jenama-jenama industri emas terkemuka!

📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: 𝐒𝐏𝐈𝐂𝐄 𝐀𝐫𝐞𝐧𝐚, 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐒𝐏𝐈𝐂𝐄 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟗 – 𝟏𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟏𝟎:𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟔:𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
🔖 𝐁𝐨𝐨𝐭𝐡: 𝐆𝟑𝟖 & 𝐆𝟑𝟗

💼 Public Gold terbuka untuk sebarang usahasama dan kerjasama perniagaan, dan jumpa kami di MGJE 2025! 🔥🎉

#PublicGold #MGJE2025 #PGBO #PameranEmasMalaysia #MalaysiaGoldJewelleryTradeExhibition2025 #banks #pawnshop #arrahnu #cooperative #goldmanufacturer #goldwholesale #goldsmith #kedaiemas #goldmine #tukangemas #pajakgadai
Analisis harga emas 19/5/2025.
Oleh Tn Syukor Hashim

Gais.

Harga emas dibuka dengan lonjakan naik pagi ini.

Walaupun ada penganalisis yang mengatakan harga emas akan jatuh minggu ini namun agak tersasar ramalan tersebut.

Kenapa harga emas naik? Ini analisis daripada saya.

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, telah menurunkan penarafan kredit rating Amerika Syarikat daripada Aaa kepada Aa1.

Langkah ini didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan beban hutang melebihi AS$36 trilion, serta tekanan pembayaran faedah yang semakin meningkat.

Penurunan penarafan ini telah mencetuskan reaksi dalam pasaran kewangan global, khususnya terhadap harga emas.

Jam 8.26 pagi waktu Malaysia, harga emas naik 📈 62.08 USD/ Oz menjadi 3247.94 USD/Oz.

Kenapa?

Bila credit rating US jatuh, ia menyebabkan nilai USD jatuh dan harga emas naik.

Apabila kepercayaan terhadap sekuriti kerajaan seperti Bon Perbendaharaan AS mula goyah, para pelabur cenderung beralih kepada emas sebagai simpanan nilai yang lebih stabil.

Kenaikan hasil bon (bond yields) yang kini mencecah 4.5% turut menandakan peningkatan risiko serta kos pinjaman yang lebih tinggi bagi kerajaan AS, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.

Untuk pengetahuan anda, buat masa nie saya dapati harga emas sukar dijangka.

Ia boleh turun naik dengan banyak dan cepat bergantung kepada news yang keluar.

Kadang-kadang ada news yang tidak dijangka seperti ini keluar dan ia boleh menggerakkan harga emas.

Kita ingat emas boleh turun, tetapi tiba-tiba dia naik.

Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.

Ingat 2 strategi simpan emas.

1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term

Sila share jika bermanfaat.

19/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#Emas
#publicgold
Analisis harga emas 23/5/2025.

Gais.

Malam nie harga emas tiba-tiba harga emas mencanak naik (54.03 USD/Oz) menjadi USD3351.31

Apa sebabnya?

Jom saya buat analis untuk anda.

Malam nie ada satu news yang keluar dan ia meningkat ketegangan dalam perang perdagangan.

Donald Trump mengumumkan cadangan tarif baharu — 25% ke atas iPhone yang tidak dikilangkan di AS dan 50% tarif terhadap semua import dari Kesatuan Eropah bermula hujung minggu depan.

Reaksi pasaran adalah serta-merta dan negatif, dengan saham Apple menjunam lebih 3% manakala indeks pasaran hadapan S&P 500 dan Eurostoxx 600 turut terjejas.

Berita ini menyebabkan harga emas memberikan tindakbalas positif.

Sebagai aset lindung nilai, emas mencatatkan lonjakan harga sebanyak 1.1% dan melepasi paras $3,300 seauns — satu peningkatan yang signifikan.

Walaupun harga emas jatuh mendadak minggu lepas (14/5/2025) disebabkan perkembangan positif antara US dan China, namun ia tidak bermaksud harga emas akan terus jatuh.

Perang perdagangan antara US dan the rest of the world masih wujud dan masih hangat.

Apabila ada negatif news yang keluar (seperti malam nie), harga emas boleh mendadak naik.

Pada pendapat saya, bila harga emas menjunam, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Ingat strategi pelaburan emas.

1. Tambah gram emas anda dari masa ke semasa.

2. Fikir jangka masa panjang (2 tahun ke atas)

3. Bila harga jatuh banyak, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Sekian.

Sila share jika bermanfaat.

23/5/2025 jam 8.50 malam.

#emas
#publicgold
#EkonomiGlobal #PasaranEmas #AnalisisEkonomi #SafeHavenAssets #PelaburanBijak
Analisis harga emas 4/6/2025
Gais.
Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.
Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.
Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja — ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.
Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.
Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.
Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.
Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?
➡️ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.
➡️ Nilai dolar AS akan melemah.
➡️ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.
Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.
Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil — dan emas adalah antara pilihan utama.
Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal — seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan — inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.
Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.
Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.
Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang “beli murah jual mahal” — ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.
#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EmasNaik #PG1M
Gais,

Semalam (6/6/2025) telah keluar satu laporan ekonomi yang penting iaitu Non Farm Payroll (Laporan pekerjaan US)

Laporan ini menyebabkan harga emas menurun 43.31 USD/Oz dan ditutup rendah pada hari Sabtu iaitu pada harga 3311.70 USD /Oz.

Apa intipati laporan pekerjaan tersebut?

Pertama sekali, jumlah pekerjaan pada bulan Mei meningkat sebanyak 139,000, melebihi jangkaan (~125–130 ribu).

Ini adalah berita positif kepada pasaran kerja US. Sebab itu gold jatuh.

Kadar pengangguran kekal stabil pada 4.2%.

Peningkatan sederhana ini mengekalkan jangkaan bahawa Fed mungkin tidak tergesa-gesa menurunkan kadar faedah, dan berkemungkinan menangguhkannya ke hujung tahun.

Namun, tanda-tanda kelemahan pasaran buruh (seperti peningkatan pemberhentian kerja dan tuntutan pengangguran) menunjukkan tekanan inflasi mungkin reda, mendorong Fed mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Sebelum laporan ini, harga emas telah meningkat kerana data ekonomi AS yang lemah. Harga kekal melebihi $3,350/oz, walaupun momentum terhad disebabkan pengukuhan dolar AS.

Selepas angka pekerjaan yang lebih kukuh dari jangkaan (+139,000), harga emas menurun — tetapi data ekonomi keseluruhan yang bercampur-campur masih menyokong permintaan emas sebagai aset selamat.

Kesimpulan.

Laporan NFP menyebabkan harga emas Public Gold turun, jadi kalau anda nak beli emas fizikal, maka harga hujung minggu nie memang cantik.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
m[4105] Testimoni :: GAP autodebit RM1000 sebulan!
Oleh Tn Syukor Hashim

Gais,

Ada story saya nak share, semoga memberi inspirasi kepada anda.

Seorang customer susur galur saya, En K telah membuat keputusan untuk menyimpan emas Public Gold secara konsisten.

Apa yang beliau buat?

Beliau terus set GAP autodebit sebanyak RM1000 sebulan selama 5 tahun terus! 💪😆

Beliau start autodebit 29/4/2025 sehingga 29/3/2030 (tengok gambar)

Dengan kata lain, setiap bulan akaun bank beliau akan ditolak dan gram emas akan masuk ke dalam akaun GAP beliau.

Jadi setiap bulan selama 5 tahun, gram emas beliau akan bertambah secara automatik, tak kira samada harga emas naik atau turun.

Orang yang set autodebit macam nie, dia adalah penyimpan emas tegar.
Sebab dia tak peduli harga emas, dia hanya nak tukar duit jadi gram emas.

Ikut pengalaman saya, orang yang konsisten dan fikir jangka panjang, dia akan beruntung dengan emas, InShaAllah.

Selain itu, Public Gold juga buat cabutan bertuah menang gold bar 10g dan banyak lagi hadiah, untuk anda yang buat autodebit (minima RM200 selama 12 bulan)

Jadi, selain gram emas bertambah, anda berpeluang dapat cabutan bertuah!

Gais,

customer tersebut mungkin poketnya tebal, jadi dia boleh buat autodebit RM1000.

Tapi untuk kita yang marhein nie, tak perlu RM1000 beli emas, sebab minima hanya RM100 sahaja.

Janji ada niat nak konsisten. Itu paling penting gais.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M

----
Bagi yang belum bermula, daftar dan setkan auto debit hari ini.
https://publicgold.me/marini/cara-bermula

Marini Abu Bakar
Founder Master Dealer (PG00521019)
m[4116] Perkongsian ceritasempena hari raya AidilAdha.
Oleh Tn Syukor Hashim

Ada kisah terkenal yang melibatkan Rasulullah SAW memberikan 1 dinar kepada seorang sahabat bernama ‘Urwah al-Bariqiy (عروة البارقيرضي الله عنه).

Ia termaktub dalam beberapa kitab hadis sahih,antaranya Sahih al-Bukhari (Hadis no. 3643):

‎عَنْ عُرْوَةَ الْبَارِقِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ أَعْطَاهُدِينَارًا لِيَشْتَرِيَ لَهُ شَاةً، فَاشْتَرَى لَهُ شَاتَيْنِ، فَبَاعَ إِحْدَاهُمَا
بِدِينَارٍ، وَجَاءَهُ بِدِينَارٍ وَشَاةٍ، فَدَعَا لَهُ فِي بَيْعِهِ، فَكَانَ لَوْاشْتَرَى التُّرَابَ لَرَبِحَ فِيه

Terjemahan:
Daripada ‘Urwah al-Bariqiy RA, beliau berkata:
“Rasulullah SAW telah memberikanku 1 dinar untuk membeli seekor kambing.

Maka aku pergi dan membeli dua ekor kambing, kemudian menjual salah satu daripadanya dengan harga 1 dinar.

Lalu aku kembali kepada Rasulullah dengan seekor kambing dan 1 dinar.

Rasulullah SAW pun mendoakan keberkatan dalam urus niagaku, dan selepas itu jika aku menjual tanah pun, aku akan mendapat untung daripadanya.”

📚 Huraian & Pengajaran Hadis
1. Kekuatan Dinar emas sebagai Mata Wang
1 dinar mempunyai kuasa beli yang besar, cukup untuk membeli dua ekor kambing dalam konteks tawar-menawar bijak.

Ramai orang ingat, 1 dinar hanya boleh beli 1 kambing sahaja.
Dalam hal ini, Urwah buat untung 100%.

2. Keberkatan dalam Perniagaan
Nabi SAW mendoakan keberkatan kepada ‘Urwah kerana kebijaksanaan dan kejujurannya dalam berurus niaga.

Doa Rasulullah memberi kesan luar biasa: “Jika dia beli tanah pun, dia akan untung.”

Kesimpulan.
Terdapat kisah sahih tentang Rasulullah SAW memberi 1 dinar kepada Urwah al-Bariqiy untuk membeli seekor kambing.

Dengan kepintaran dan keberkatan doa Nabi, beliau berjaya mendapat untung tanpa menipu — satu teladan dalam dunia perniagaan Islam.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M

----
Bagi yang belum bermula, daftar segera hari ini.
https://publicgold.me/marini/cara-bermula

Marini Abu Bakar
Founder Master Dealer (PG00521019)
Gais,

Malam nie ada satu laporan penting yang keluar jam 8.30 malam iaitu Consumer Price Index (bulan Mei)

Laporan ini menunjukkan kenaikan tahunan CPI pada bulan Mei adalah sebanyak 2.4%, sedikit meningkat berbanding 2.3% pada April.

Ini masih merupakan peningkatan tahunan paling rendah sejak Februari 2021.

Sejurus selepas laporan ini keluar, harga emas memberikan reaksi positif.

Namun selepas itu, ia mula turun balik. Dengan kata lain, laporan malam nie memberikan impak sementara sahaja.

Untuk pembeli emas fizikal, kita tak terasa sangat, tapi kalau ada orang trade spot gold / futures maka harga spike macam nie boleh menyebabkan untung banyak ataupun terus bungkus akaun trade dia.

Ramai penganalisis kini percaya bahawa emas mempunyai potensi untuk terus meningkat dalam bulan-bulan akan datang — terutamanya jika inflasi terus naik atau jika Fed berkeras untuk tidak menurunkan kadar faedah.

Gais.

Emas bukan sekadar komoditi — ia adalah insurans kekayaan.

Samada harga naik atau turun, pastikan gram emas anda meningkat.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim#publicgold#Emas #
Gais.

Analisis harga emas 12/6/2025.

Hari nie harga emas naik banyak, sekitar USD65.60 /Oz kepada 3390USD /Oz.

Apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas hari ini?

Jom saya analisis untuk anda.

Pertama sekali adalah ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah (Iran dan Israel).

Ia ditambah dengan pengunduran tentera AS dari Iraq.

Bila geopolitik bergolak, pelabur terus cari perlindungan dalam emas.

Kedua, adalah isu perang perdagangan. Trump akan mengumumkan tarif baharu.

Ketidaktentuan dasar perdagangan ini membuatkan pasaran resah, dan emas akan naik.

Faktor lain adalah jangkaan kadar faedah turun – Laporan CPI baru-baru ini keluar dan inflasi dilihat semakin reda di US.

Ramai menjangka Federal Reserve akan turunkan kadar faedah menjelang hujung tahun.

Ini menyebabkan dolar jatuh, dan emas makin menarik perhatian pelabur.

Gais.

Emas sedang naik disebabkan “perfect storm” — ketegangan geopolitik, perang perdagangan yang belum selesai serta jangkaan kadar faedah akan menurun.

Jika semuanya berterusan, tak mustahil emas boleh melepasi $3,400/oz dalam masa terdekat.

Kita perlu perhatikan 3 perkara ini:

1. Perkembangan konflik Iran–Israel.

2. Kenyataan dan tindakan terbaru dari Trump.

3. Data inflasi AS & komen dari Federal Reserve.

Saya menjangkakan emas berupaya naik untuk jangka masa pendek.

Sekian analisis harga emas hari ini.

#NotaEmasSyukorHashim#publicgold
m[4122] Ulasan harga emas hari ini 13 Jun 2025
Oleh Tn Syukor Hashim

Gais,

Analisis harga emas 13/6/2025.

Harga emas naik sangat mendadak pagi ini (sehingga 102.37 usd /Oz).

Apa sebabnya? Jawapannya, ia kesan daripada serangan Israel ke atas Iran.

Harga emas melonjak selepas laporan serangan Israel ke atas Iran hari ini, sekali gus mencetuskan gelombang ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah.

Dalam masa singkat, harga emas meningkat hampir 1.5%, melepasi paras $3,400/oz, menghampiri rekod tertinggi dalam sejarah.

Mengapa Emas Naik?

Pelabur cari aset selamat (safe haven) – Bila konflik berlaku, emas menjadi pilihan utama pelabur sebagai pelindung nilai.

Emas dijangka kekal tinggi antara $3,400–$3,450, selagi ketegangan belum reda.

bagaimana jangkaan harga emas untuk jangka masa sederhana dan panjang?

Jika konflik berlarutan dan bank pusat terus beli emas (seperti China), harga berpotensi naik ke $3,500 ke atas.

Saham jatuh, minyak naik, emas jadi tumpuan.

Ini masanya kita semua mencari perlindungan kewangan seperti emas fizikal.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim #publicgold #Emas
#PasaranEmas #KonflikTimurTengah

----
Marini Abu Bakar
FMD (PG00521019)
https://publicgold.me/marini/
m[4128] Analisis harga emas 14/6/2025.
Oleh Tn Syukor Hashim

Gais,

Harga emas hujung minggu ditutup tinggi pada harga 3433.47 USD.

Apa sebabnya? Jom saya buat analisis.

Pada 14 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan balas besar-besaran oleh Iran terhadap Israel, apabila ratusan peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan secara serentak.

Serangan ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan pra-emptif terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.

Ini bukan lagi konflik proksi seperti sebelum-sebelum ini.

Ia kini telah menjadi konflik terbuka antara dua negara besar di Timur Tengah, dan ia mengundang kebimbangan global akan tercetusnya perang serantau yang lebih luas.

Antara aset yang paling ketara menerima kesan adalah emas, yang merupakan tempat perlindungan selamat (safe haven) semasa ketidaktentuan geopolitik.

Harga emas melonjak hampir 1.7%, mencecah sekitar USD 3,428 - 3,452/oz, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa.

Ramalan harga emas:

Sasaran jangka pendek:
USD 3,440 – 3,466/oz

Ramalan harga akhir tahun:
USD 3,700

Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat.

Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur?

Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk:

tingkatkan %simpanan anda dalam emas.
Tambah gram dalam portfolio sedia ada.
Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak

Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan – ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran.

Sekian analisis saya.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold

----
Tambah % simpanan emas anda.
Bagi yang belum bermula daftar segera dan mulakan simpanan hari ini
https://publicgold.me/marini/cara-bermula

Marini Abu Bakar
FMD (PG00521019)