Nasihat Emas Makcik
430 subscribers
616 photos
78 videos
2 files
355 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
*Makcik kongsi*

#TabungEmas

Dalam pelaburan hartanah golongan ini juga ada.

"Beli rumah banyak banyak, sebab itu rumah tak cukup dan mahal".

"Asik suruh orang beli emas, habis nak makan apa?"

Ada orang,

apa yang dia lihat akan ditafsir berdasarkan tahap pemikiran semasa dia sahaja.

"Asik tunjuk emas jer, menunjuklah tu. Ingat semua orang kaya ka?"

"Bagus juga emas nie untuk simpanan bagi anak isteri bila tak ada nanti".

Ia bergantung tahap kefahaman kita bab kewangan dan aset. Sebab itu lahir perkaraan 'Bodahlah awak ini' pada akhir status ini.

Kawan kawan yang baik.

1. Jangan simpan emas dengan duit keperluan harian kita. Duit gaji untuk belanja dapur jangan guna beli emas.

2. Fahami tujuan kita simpan emas, simpan untuk kahwin, untuk bersara, untuk hadiah pada isteri bila tiada nanti, untuk beli tanah, beli rumah, simpanan perniagaan, untuk menjaga nilai wang dari ditelan inflasi ada macam macam tujuan.

3. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika ada impian beli telur masin, bawang dan beras jangan simpan emas dulu. Simpanan emas yang baik 5 tahun dan kedepan.

4. Penjual emas juga, jangan persenda orang yang tak beli emas sebagai tidak bijak. Itu tidak adil, kefahaman kewangan tiap orang berbeza. Bersyukurlah jika ada kesedaran awal. Sama seperti menabung, tak semua orang rasa menabung itu wajib.

5. Jika belum ada duit lebih, jangan menyimpan emas. Nanti kita canang satu dunia emas ini rugi sebab beli semalam nak jual hari ini.

6. Jangan juga tunggu duit lebih baru beli, adakala duit selagi tidak dipaksa menyimpan. Ia tak akan lebih, maklumlah nafsu kita dan kuda sama sama naik bila jualan bonanza merdeka!

Bagi pendidikan kewangan, jangan putus asas. Menyimpanlah dan jaga keluarga kita.

Dari: Dr Azizul Azli
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Dari: Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas

#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.
#TabungEmas

MENGAPA EMAS TERUS NAIK?

1. Emas kekal menaik sepanjang tahun ini sehingga bulan September ini.

2. Secara purata emas naik antara 6%-7% setahun. Tetapi sehingga bulan 9 ini emas telah naik sehingga 27%.

Mengapa ini berlaku?

3. Siapa pegang duit paling banyak? Jawapannya adalah bank.

4. Banyak bank bank mula mengadakan akaun bank emas masing masing mulai tahun ini.

5. Bila permintaan emas meningkat, maka demand terhadap emas menjadi tinggi. Hukum ekonomi bila permintaan tinggi, maka barang akan naik harga.

6. Bila situasi global tidak baik, ekonomi dunia tidak bagus, bibit peperangan masih membara. Maka pelabur mencari 'safe heaven' buat pelaburan mereka.

7. Bagi bank bank besar dunia, aset paling aman adalah emas buat mereka. Banyak bank utama negara sedang kukuhkan simpanan emas mereka.

8. Dalam situasi normal, kita tidak boleh jangkakan emas akan kekal naik. Tetapi untuk 5 tahun kedepan, emas antara simpanan yang baik bagi simpanan nilai duit kita.

Kekal menyimpan emas agar tak lemas.