Nasihat Emas Makcik
430 subscribers
617 photos
78 videos
2 files
355 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Pada saya jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah. Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Saya bagi satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas. Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal. Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanga ada nombor dan kertas sahaja. Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya. Saya belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak. Belum pernah.

Jadi pada saya, jangan peduli harga emas itu dulu. Apa yang penting, letak target #1keluarga1kilogramEmas dulu. Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya. InsyaAllah.

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga. Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Itulah apa yang saya perhati sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2016 yang lalu.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya #1gram1bulan. Sejak adanya kaedah belian #AkaunEmasGAP, semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold! 😁
Gold bar Bunga Mas 100 gram.

Kalau beli emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu. Lagi besar saiznya, lagi kuat auranya. Dan lagi cepat jumlahnya bertambah dalam simpanan kita. InsyaAllah.

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, pantang larangnya ialah jangan tengok bakinya selalu. Lagi kerap kita tengok, lagi cepat duit itu habis.

Kalau dah bertahun-tahun simpan duit dalam akaun bank tapi asyik bocor saja, ubahlah cara. Mulakan simpanan emas sekarang. Boleh mulakan dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP bersama Public Gold.

Paksa diri beli emas setiap bulan. Satu hari nanti dapat keluarkan sekeping gold bar bunga mas 100 gram yang cantik ni, insyaAllah.
CARA TERBAIK SIMPAN 1 GRAM 1 BULAN

Kalau nak simpan emas #1gram1bulan, tak ada cara lebih baik selain daripada #AkaunEmasGAP Public Gold (PG). Itu cara TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia buat masa ini.

Beli dan simpan sahaja dulu dalam Akaun Emas GAP. Bila-bila masa free nanti, barulah keluarkan emas tu dari mana-mana ofis PG terdekat.

Ada 5 sebab utama kenapa saya syorkan Akaun Emas GAP;

(1) Harga paling MURAH di Malaysia. TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan untuk dapat harga murah.

(2) Boleh beli ONLINE sahaja; 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh SIMPAN PERCUMA dengan PG, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana 18 cawangan PG. Masa bercuti balik kampung pun boleh keluarkan.

(5) Paling best, boleh keluarkan emas dalam bentuk dinar atau gold bar pelbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design yang menarik.

Contohnya, kalau dah cukup 5 gram dalam GAP, boleh pilih nak keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Bayar caj premium yang minimum sahaja untuk setiap keping emas.

Begitulah.

http://www.wasap.my/60133997980/emasGAP

Kredit : Azril Hisham
"Betul ke dengan RM 100 kita boleh simpan emas!"

Ya, saya selalu syorkan pada mereka yang ada bajet terhad (RM100-RM 300) untuk gunakan kaedah #AkaunEmasGAP bagi simpan emas. GAP ni maksudnya Gold Accumulation Program.

Ini antara beberapa kelebihan simpan emas menggunakan akaun emas GAP:

1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram harga semasa.

2. Boleh simpan emas di Public Gold secara percuma. Boleh beli bila-bila masa sahaja dan tiada had jumlah emas yang dibeli.

3.Tiada yuran simpanan dikenakan dan tiada tarikh luput.

4. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa.

5. Boleh keluarkan emas fizikal minima 1gram atau sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.

6. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa. Sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.

7. Baki minima ditinggalkan untuk kekalkan akaun status aktif cuma 1 gram.

8. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual pun secara online.

9. Akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga disediakan.

10. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Ini adalah kaedah simpan emas yang mudah, murah dan patuh Syariah di Malaysia.

Bagi yang berminat untuk mula menyimpan emas serendah RM 100 atau lebih hari ni, klik link ini.

www.wasap.my/60133997980/sayanaksimpanemas
SIMPANAN KALIS BOROS

Apa yang saya perhati, selain dari emas tu jadi penyimpan nilai yang ampuh, kelebihan paling utama menyimpan emas ialah duit SIMPANAN SUSAH BOCOR. Ia lebih bertahan lama berbanding simpan dalam akaun bank yang nampak nombornya.

Siapa yang simpan emas, keinginan dia untuk mengumpul dan menyimpan lebih banyak emas lebih kuat berbanding keinginan untuk menjual dan membelanjakannya bila harga naik. Harga naik banyak mana pun, selalunya 'cabaran' kebanyakkan penyimpan emas ialah rasa sayang nak jual.

Bukan nak jual, rasa nak beli lagi ada lah... :)

Jadi bila dapat 'gaji', habit saya ialah beli emas walaupun sekadar 1 gram melalui #AkaunEmasGAP. Ia bukan sahaja simpanan kalis inflasi, yang penting ia KALIS BOROS...

https://publicgold.me/makcikpublicgold