Nasihat Emas Makcik
430 subscribers
617 photos
78 videos
2 files
355 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
Another reason why gold...❤️🌹

Gold is god money.

Nilai ringgit jatuh lagi. Silap-silap boleh jadi 5.00. Ianya tidak mustahil dan mintak jauh gais.

Inflasi akan mengurangkan kuasa beli kita. Nak mudah faham tentang inflasi, nombor atas kertas tetap sama, tetapi tak mampu beli barang yang sama.

Apa yang boleh kita lakukan?
Selamatkan duit kita segera.

Bagaimana?
Simpan emas.

Kenapa emas?
Sebab Emas kalis inflasi.

Ahh.. Tak percayalah.
Buat dulu, percaya kemudian.

Ada duit belum tentu ada emas.
Ada emas sudah pasti ada duit.

Giteww.
Anda mungkin ingat yang sekilo emas dan sekilo perak adalah sama besar saiznya.

Jawapannya TIDAK.

Ketumpatan emas adalah 19.3 g/cm³ manakala ketumpatan silver pula hanyalah 10.49 g/cm³

Jadi sekilo emas adalah lebih kecil saiznya berbanding sekilo silver sebab ketumpatan emas hampir 1 kali ganda daripada silver.

Tak percaya? Tengok video sekilo emas dan sekilo perak sebelah menyebelah.

Dari segi harga, emas adalah 72.5 ganda lebih mahal daripada perak.

Jadi sekilo emas = boleh beli 72.5 kilo perak.

Menarik kan?

#nasihatemasmakcik
Guna teknik ini jika nak berjaya dalam simpanan & pelaburan emas.

Sebagai pelabur dan penyimpan emas "teknik kos pemurataan" sesuai digunakan untuk meminimumkan kos belian emas per gram dan keuntungan jangka masa panjang.

1. Umumnya dalam jangkamasa yang PANJANG, harga emas akan NAIK.

2. Dalam jangkamasa yang PENDEK pula, situasi harga emas akan ada TURUN dan NAIK.

Bagaimana teknik kos pemurataan boleh membantu?

Simulasi:
1. Harga emas adakalanya tinggi, adakalnya rendah.

2. Tak ada siapa tahu seberapa tinggi harga emas, dan seberapa rendah harga emas.

Jadi, saya beri contoh simulasi bagi yang simpan emas dalam GAP.

1. Katakan buat belian emas 1gram pada harga:

RM200
RM199
RM211
RM200

2. Purata kos 1 Gram akaun Emas GAP yang dibeli anda adalah:
RM200 + RM199 + RM211 + RM200 = RM810

RM810 bahagi 4 = RM202.50

3. Jadi, total keseluruhan modal yang dikeluarkan untuk beli 1 gram emas setiap bulan hanyalah RM202.50 sahaja.

Oleh itu, tak kira berapa harga emas ketika itu, tapi tetap konsisten buat belian emas.

Kita dapat gunakan teknik pemurataan ini. Konsisten simpan emas lebih baik.

Penyimpan emas fokus pada jumlah GRAM disimpan, bukannya HARGA.

P/s: teknik boleh juga digunakan untuk item lain seperti emas jongkong dan dinar.

Mula dulu baru tau... ❤️
Selamatkan dulu simpanan RM yang ada... Tukar jadi gram emas...
Harga emas diskaun... Diskaun terox... Kita tk rs murah sbb duit kita murah yakmat... Nak tunggu apa lagi uols... Good time to buy... Yang belum mula... Good time to mula... Insurans kan nilai duit dalam akaun bank tue...😊

http://www.wasap.my/60133997980/nakselamatkanduit
Duit raya anak uols tak sampai RM14K?! 😊 Jgn risau RM100 je dah boleh bukak akaun GAP emas untuk anak...Dh ada RM100 watsapp makcik ok...


http://www.wasap.my/60133997980/GAPanak
Design raya lagi uols... Raya kan sebulan... Dah ada 2g ke dalam GAP... Boleh la keluarkn item nie nanti.. 😍
Saya mendapat soalan tentang harga emas di laman web goldrate.com

Kenapa murah sangat? Apasal jauh beza dengan harga Public Gold?

Jawapan: Website seperti goldrate.com dan goldprice.org menunjukkan harga emas yang didagangkan dalam bentuk kontrak atau kontrak pasaran hadapan.

Harga yang terpampang adalah harga kontrak pada masa sekarang (dipanggil spot gold)

Contoh kontrak pasaran hadapan adalah Comex Gold Futures dimana 1 kontrak bersamaan 100 Oz emas (3.11 kilogram emas). Baca kat sini https://www.cmegroup.com/trading/why-futures/welcome-to-comex-gold-futures.html

Harga emas dalam bentuk kontrak adalah murah kerana tidak ada fizikal. Ia cuma atas jual beli kontrak atas talian sahaja.

Dalam perdagangan kontrak pasaran hadapan emas, kurang daripada 5% daripada jual beli kontrak akan bertukar kepada penghantaran emas fizikal.

Kemudian pembeli yang nak ambil emas fizikal terpaksa menanggung kos-kos penghantaran kontrak seperti kos simpanan, insurans dan pengangkutan.

Ini dipanggil premium.

Sebab itu, produk akhir seperti jongkong emas yang telah ditempa mempunyai harga yang berbeza daripada harga emas kontrak.

Antara kos yang ditanggung untuk menghasilkan produk akhir (contohnya gold bar) adalah seperti berikut:

1. Kos exchange rate (kadar tukaran matawang)
2. Kos perbankan (banking charges)
3. Kos pengangkutan
4. Kos insurans
5. Kos menempa emas
6. Kos gold loss (emas yang hilang dalam proses menempa)
7. Overhead syarikat.

Banyak kos yang terlibat kan?

Sebab itu mustahil untuk anda membeli emas fizikal pada harga spot gold.

Jadi untuk memaksimakan keuntungan bila nak beli emas, anda cari lah penjual yang menjual emas fizikal dengan harga yang hampir dengan spot gold.

Semoga penulisan ini membantu.

#Notadarisifuemas
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Dari: Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas

#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.
Pengalaman rakan dealer di luar negara bersama emas 👇

PENGALAMAN JUAL EMAS DI LUAR NEGARA (ISTANBUL TURKI)

02.05.2022 - Disini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang pengalaman saya sendiri menjual emas Public Gold di Istanbul, Turki. Kedai Tower Gold Exchange ini terletak di alamat Bereketzade, Fırçacı Sk. No:2, 34421 Beyoğlu/İstanbul.

Saya menjual dua keping kad emas Public Gold (1 Gram x 2) di mana kedua-dua keluaran emas ini masing-masing adalah keluaran daripada Public Gold Minted (Design Quantitative Easing) dan Nadir Metal Refinery (Design Congratulation Wedding).

Pada ketika ini, kadar belian balik 1 gram yang ditawarkan oleh kedai ini adalah 900 TL (Turki Lira), jika ditukarkan di dalam bentuk ringgit Malaysia adalah sebanyak RM263. Jadi saya memperolehi wang tunai sebanyak 1,800 TL untuk jualan balik 2 gram emas Public Gold ini.

Apa yang menariknya disini adalah pekedai tersebut menerima kedua-dua jenis kad emas Public Gold berkenaan tanpa membuka seal pun!

Moral of the story, emas ialah wang antarabangsa, yang tidak mengenal kenal sempadan negara, wilayah atau benua. Jika dari Malaysia, nak jual emas di mana-mana negara tak jadi masalah. Di mana-mana negara pun, emas diterima. Selagi emas tu emas, dan tulen.

Kalau tuan-tuan melancong ke luar negara, jangan lupa bawa emas sebagai dana kecemasan. Sesak2 boleh jual untuk dapatkan cash.

TIPS TAMBAHAN: Sebelum jual emas, kita tanya dulu dengan pekedai. Sekiranya harga yg ditawarkan adalah munasabah (setelah dikira tukaran matawang negara tersebut kepada Ringgit Malaysia, barulah kita buat transaksi jualan emas berkenaan).

KAJIAN KES: Kami ada bertanya harga di satu kedai emas di London, UK. Mereka hanya ingin membayar £33 Pound untuk 1 gram emas (999) yg kita nak jual. Jika ditukar ke Ringgit Malaysia ianya bersaman sekitar RM180 dan sama sekali tidak berbaloi untuk dijual!

Semoga bermanfaat dan jadilah penyimpan emas yang bijak 😁
Nak g holiday... Tak yah bwk duit byk2... Bwk je emas... 😊
Apakah faktor-faktor yang memberi efek kepada harga emas?

Jawapan pertamanya: sepertimana pelaburan- pelaburan lain juga, harga emas naik turun berdasarkan permintaan (demand) dan penawaran (supply).

Jika permintaannya tinggi dan penawarannya rendah, harga emas akan naik.

Dan disebaliknya, jika permintaannya rendah dan penawarannya tinggi, harga emas akan turun.
Jawapan keduanya: permintaan dan penawaran pula berkait rapat dengan data ekonomi, data inflasi, geopolitical tension (seperti perang di Ukraine sekarang), kekuatan matawang dan kadar faedah.

However, and this is a big however, semua faktor-faktor yang saya tulis di atas itu is referring to data di barat (terutamanya Amerika Syarikat) pada amnya, dan bukan data di Malaysia!

Ya, basically apa yang berlaku di Malaysia (dan malah hampir kesemua negara di Asia kecuali China) tidak memberi apa-apa efek besar terhadap harga emas. Ekonomi Malaysia bagus kah, tak bagus kah, kadar faedah naik atau turun tidak memberi efek terhadap harga emas.

Inilah salah satu sebabnya mengapa harga emas jatuh di Malaysia sekarang walhal harga banyak barangan termasuk makanan naik!

Sekian❤️
Makcik setuju dengan Tuan Sabri Ahmad