Nasihat Emas Makcik
430 subscribers
617 photos
78 videos
2 files
355 links
Segala Tips tentang emas; pelaburan, barang kemas 916, aurora italia & pelindung masa depan
Download Telegram
TIPS SIMPANAN TAHAN LAMA

Anda mesti mahu simpanan anda bertambah setiap bulan bukan, tips yang saya sendiri buat adalah tukar sebahagian gaji kepada emas.

Ya! Benar.

Kalau anda selalu simpan RM400 sebulan, cuba alihkan RM200 kepada simpanan emas dan RM200 lagi teruskan simpanan dalam TH atau ASB.

Anda tengok mana satu yang dapat bertahan dalam masa setahun, kalau simpanan emas bertahan, untuk tahun kedua, tambah lagi simpanan berbentuk emas, kurangkan simpanan wang.

Cubalah, ambil tindakan segera bagi anda yang seperti saya, susah sangat nak menyimpan. Asyik bocor aja duit tu, kan! ๐Ÿ˜€
KEMPEN ๐†๐€๐ ๐€๐”๐“๐Ž ๐ƒ๐„๐๐ˆ๐“

JOM....simpan EMAS di Public Gold dan sertai kempen GAP lucky draw auto debit GAP.

Hadiah utama ialah 10 gram goldbar Bunga Mas. Hanya buat penolakan auto debit GAP dan terus boleh sertai lucky draw.

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ผ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐˜ ๐—š๐—”๐—ฃ:

1๏ธโƒฃ Forgotten savings. Simpan dan lupakan. Tahu-tahu je dah banyak gram dalam akaun. Boleh fizikalkan, jual atau gadai mengikut keperluan.

2๏ธโƒฃ Mudah. Set sekali, sistem akan buat secara automatik selama minimum 12 bulan. Nak lagi lama pon boleh.

3๏ธโƒฃ Paksa diri menyimpan dahulu, baru berbelanja. Amat digalakkan untuk mereka yang boros.

4๏ธโƒฃ Gram emas dalam akaun pasti bertambah. Penyimpan emas yang berjaya adalah yang menambah simpanan emas dengan konsisten.

5๏ธโƒฃ Tak perlu bazir emosi dengan naik turun harga emas, sebab fokus pada penambahan gram. Kalau harga emas rendah dan ada duit lebih, boleh juga tambah gram emas pada bila-bila masa.

6๏ธโƒฃ Berpeluang memenangi hadiah lucky draw setiap bulan. Kalau bulan ni tak menang, penyertaan akan ditambah ke bulan hadapan bererti bulan hadapan akan ada 2 penyertaan kalau buat auto debit sebanyak RM200. Penerangan lanjut di Terma dan Syarat cabutan bertuah auto debit GAP Public Gold.

Bagaimana cara menyertai cabutan bertuah ini?

First sekali, anda hanya perlu menjadi customer Public Gold... Register https://publicgold.me/makcikpublicgold

Kemudian anda hanya perlu buat Auto Debit akaun GAP dengan nilai minima RM200.

๐Ÿ“Œ Daftar percuma Akaun Emas anda disini
https://publicgold.me/makcikpublicgold
SIMPANAN KALIS BOROS

Apa yang saya perhati, selain dari emas tu jadi penyimpan nilai yang ampuh, kelebihan paling utama menyimpan emas ialah duit SIMPANAN SUSAH BOCOR. Ia lebih bertahan lama berbanding simpan dalam akaun bank yang nampak nombornya.

Siapa yang simpan emas, keinginan dia untuk mengumpul dan menyimpan lebih banyak emas lebih kuat berbanding keinginan untuk menjual dan membelanjakannya bila harga naik. Harga naik banyak mana pun, selalunya 'cabaran' kebanyakkan penyimpan emas ialah rasa sayang nak jual.

Bukan nak jual, rasa nak beli lagi ada lah... :)

Jadi bila dapat 'gaji', habit saya ialah beli emas walaupun sekadar 1 gram melalui #AkaunEmasGAP. Ia bukan sahaja simpanan kalis inflasi, yang penting ia KALIS BOROS...

https://publicgold.me/makcikpublicgold
Tips bawa emas ke luar negara

1) Emas adalah wang satu dunia. Emas akan diterima di mana-mana shj. Jadi boleh jual, jika ada keperluan.

2) Wang kertas hanya bernilai di negara asalnya. Had untuk membawa wang kertas ke luar negara adalah USD10,000.

3) Tiada had berat untuk membawa emas ke luar negara.

4) Cek juga negara yang dituju ada limit bawa masuk emas atau tidak. Kalau lebih had, mungkin kena bayar cukai.

5)Bawa emas goldbar / dinar. Emas 999 atau emas tulen diterima di seluruh dunia. Better bawa emas kecil seperti 1gram, 5gram, 10gram dan 1dinar

Benarlah emas tiada warganegara ๐Ÿ˜

ps : sajat bawa 4 kilo emas untuk survive di bumi kangaroo ๐Ÿ˜‰

Kredit Pn Nik Ena

https://publicgold.me/makcikpublicgold
Ibu bapa bestari,

Simpan 10% simpanan pendidikan anak-anak dalam bentuk emas. Senyap-senyap simpanan mereka makin berganda nilainya. Sampai masa, boleh guna untuk anak lanjutkan pelajaran dan capai impian mereka.

Belajar simpan emas, daftar percuma di sini https://publicgold.me/makcikpublicgold
EMAS TURUN RM6 SEMULA GAIS!

Ni la peluang untuk awak tambah emas pada harga rendah.

Jadi, bagi yang tunggu harga rendah haritu, usah kecewa. Boleh mula simpan emas hari ini.

Yang dah simpan semalam, tahniah! Yang penting duit selamat jadi emas.

#JE24K
#PGBO
#1Kilo1Keluarga
"Kau gaji besar takpe lah senang nak menyimpan setiap bulan, aku gaji kecik" kata aku pada diri sendiri long-long time ago !! ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ

Sekarang gaji ada naik sikit, "pun susah nak menyimpan jugak".

Alasan !!!
.

Bila semak balik, Gaji kecik ke besar, sama je.
"Makin Besar Periuk, makin besar lah keraknya"

kalau dah salah teknik, dapat gaji 5, 6 Angka pun comfirm tak boleh menyimpan jugak.

jadi, mulai hari ini..

TUKAR TEKNIK !!

Dapat je gaji, simpan dulu sikit, baru lah berbelanja !!

Berapa nak simpan ?
Cuba try test simpan 10% dulu..

Gaji RM1500, Simpan RM150
Gaji RM15,000, simpan RM1500
Gaji RM150,000, simpan RM15,000.
.

Bakinya baru belanja sakan cam biasa..

try dulu 6 bulan, tengok hasilnya.
Andai kata dah cuba, tapi ter korek balik.
Cuba pulak bekukan simpanan pada emas ..

Dah berjaya, Thanks to Me Later
.

Kredit Muhammad Izzat Farhan
Fakta:

Bank pusat (central bank)  print terlalu banyak duit.
Mereka juga giat menaikkan kadar faedah kebelakangan ini nak lawan inflasi.

Hasil akhir nya satu je. Inflasi lari ๐Ÿคฃ
(Runaway inflation).
Ini berlaku seluruh dunia.

Emas akan kekal sebagai johan dan pilihan.
Kenapa BNM menaikkan OPR?

1. BNM menaikkan OPR kepada 2.75% pada 3 Nov lepas. Inilah kali keempat BNM menaikkan OPR tahun ini sahaja.

2. Kenapa BNM menaikkan OPR ini?

3. Sebab yang pertama ialah kerana untuk mengawal inflasi yang semakin meningkat. Sepertimana yang kita semua maklum, kadar inflasi di Malaysia semakin meningkat pada tahun ini. Malah kadar rasmi inflasi di Malaysia pada bulan Oktober 2022 ialah 4.5%.

4. Memandangkan OPR merupakan salah satu alat utama untuk mengawal inflasi, BNM pun menaikkan kadar OPR ini. (Teori di belakang langkah ini ialah kenaikkan OPR akan mengurangkan jumlah wang yang berada dipasaran untuk dibelanjakan. Kurang wang = kurang belanja = inflasi jatuh. But please bear in mind yang teori ini tidak semestinya berlaku begini, ya?)

5. Sebab kedua mengapa BNM menaikkan kadar OPR ini ialah sebagai reaksi untuk menangani kenaikkan kadar faedah di Amerika Syarikat. Sepertimana yang anda mungkin maklum, bank Federal Reserve di Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah di negara tersebut baru-baru ini; jadi kadar faedah di Amerika Syarikat sekarang 3.75%-4%. Angka ini merupakan kadar tertinggi dalam masa 12 tahun! Dan apabila kadar faedah di Amerika Syarikat naik, ramai pelabur-pelabur institusi di serata dunia akan memindahkan wang mereka ke sana. Jadi jika bank negara di negara-negara lain (termasuk Malaysia) tidak menaikkan kadar faedah di negara masing-masing, sejumlah besar wang yang dilaburkan di negara mereka akan dikeluarkan dan dihijrahkan ke Amerika Syarikat! Ini sudah tentu bukan situasi idaman mana-mana bank negara!
TABUNG PENYU EMAS

Dulu sebelum mengenali emas, saya ada Tabung Penyu. Duit Kertas RM20.

Saya pantang jumpa duit oren RM20. Saya akan simpan sebagai "duit selit" dalam wallet.

Saya sanggup pecah duit RM50 daripada korbankan duit penyu saya. Saya takkan belanja guna duit-duit penyu saya.

Setelah genap RM1000, saya akan masukkan duit penyu ke dalam ASB.

Malangnya, duit kertas tetap duit kertas. Bila duit penyu bergaul dengan kawan2nya dalam bank dan menjadi angka, saya mudah keluarkannya untuk dibelanjakan. Duit penyu saya hilang entah ke mana.

Selepas saya kenal emas, saya masih membela duit penyu. Tetapi strategi kali ini berubah sikit.

Apabila cukup target, saya tukarkan duit penyu kepada 1 dinar.

Alhamdulillah, 1 dinar setia bersama saya dari tahun ke tahun. Apabila saya perlukan wang segera, saya simpan 1 dinar saya ke dalam Ar-Rahnu.

Penyu saya bukan sebarang penyu, penyu saya penyu emas.

Ada Emas, Ada Wang. Ada Wang Tak Semestinya Ada Emas. Kan! ๐Ÿ˜‰
Prestasi harga Emas ada naik dan turun dalam jangkamasa pendek. Pergerakan harga Emas sangat volatile & harga Emas pernah mencatatkan kejatuhan harga melebihi 10% dalam tempoh kurang setahunโ€ฆ

Sama juga dengan prestasi Duit Ringgit. Ada naik dan ada turun dalam tempoh jangkamasa pendek. Tapi pergerakan duit ringgit tidak seโ€volatileโ€ seperti pergerakan harga Emasโ€ฆ

Banyak fakta yang mempengaruhi prestasi nilai emas dan matawang semasa. Kedua-duanya akan berubah mengikut keadaan dan sentimen pelabur terhadap satu-satu keadaan ekonomi.

Yang penting apa-apa pelaburan sekali pun kita kena berpandangan jauh dan faham untuk kita leverage kedua-dua keadaan ini iaitu prestasi jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang untuk dapat hasil yang lebih menguntungkan di kemudian hari.

Kita boleh lihat Perbezaan yang sangat ketara diantara prestasi harga Emas dan prestasi harga Duit Ringgit dalam jangkamasa panjang.

Dalam jangkamasa panjang:
โœ… Harga Emas meningkat naik tanpa gagal. Dalam tempoh 10tahun harga Emas meningkat naik melebihi +133% (+13% purata kenaikan dalam setahun)

Dalam jangkamasa panjang:
๐Ÿšซ Harga Duit Ringgit jatuh merudum tanpa gagal. Dalam tempoh 10tahun harga Duit Ringgit jatuh teruk melebihi -35% berbanding USD.

Lebih parah lagi bila kuasa beli duit ringgit turut jatuh dalam jangkamasa panjang disebabkan faktor inflasi yang semakin menekan kita.

Dulu โ€ฆ Kita boleh beli 5biji murtabak dengan duit RM5.00

Hari ini โ€ฆ Kita hanya boleh beli 1biji murtabak dengan duit RM5.00 yang sama.

Kita hilang sebanyak RM4.00 tanpa sedarโ€ผ๏ธ

Sebab itu Pakar Kewangan Robert Kiyosaki berpesan โ€œSavers are losersโ€ kepada mereka yang simpan duit yang banyak dalam bank dan dalam tempoh jangkamasa yang panjang.

Emas adalah medium kewangan yang terbaik untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang sebab:

โœ… Harga Emas meningkat naik dalam tempoh jangka masa panjang

โœ… Kuasa beli Emas sangat utuh terhadap inflasi. Kita boleh rujuk dengan sirah Rasulullah saw berkenaan harga seekor kambing bersamaan dengan 1Dinar.

Jangan lepas peluang, kini semua orang boleh buat simpanan emas.

Kita boleh mula simpan Emas dengan modal serendah RM100 sahaja melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold...

Atau boleh guna kaedah Easy Payment Purchase EPP6x atau EPP10x bayar.

Mulakan Simpanan Emas Public Gold dengan ilmu dan grablah ketika harga masih rendah hari ini.