Saya ingin menjelaskan satu misconception dan salah faham oleh segelintir rakyat Malaysia.
Ada orang Islam yang mengelak daripada melabur dalam emas kerana mereka perlu membayar zakat emas.
Memang betul kita diwajibkan membayar zakat emas. Tetapi zakat itu hanya perlu dibayar apabila beratnya melebihi 85 gm (angka ini mungkin berbeza di negeri yang berlainan) dan apabila tempoh pelaburannya cukup setahun. Jika salah satu daripada requirement ini tidak dicapai, maka kita tidak perlu membayar zakat emas.
Salah faham di sini ialah mereka ini berfikir yang mereka tidak perlu membayar zakat jika melabur dalam pelaburan lain, sebagai contoh saham, unit amanah, saham koperasi, cryptocurrency atau ASB.
Pendapat ini SALAH, tuan puan semua!
Kita masih perlu membayar zakat apabila nilai pelaburan dalam saham, unit amanah, saham koperasi, cryptocurrency atau ASB mencapai 2 kriteria di atas (nilai pelaburan tersebut melebihi nilai 85 gm emas dan tempoh pelaburan lebih setahun). Malah, kita wajib membayar zakat walaupun wang tersebut ada dalam akaun simpanan sahaja!
Jadi jangan takut untuk melabur dalam emas.
Anyway, kadar zakat kekayaan hanyalah 2.5% sahaja! Tak ada seorang Islam di Malaysia pun yang pernah jatuh bankrap atau ditimpa kesusahan kerana dia membayar zakat! Malah ribuan orang Islam yang menjadi kaya raya dan hidup tenang dan aman kerana mereka membayar zakat.
Finally, membayar zakat bukan satu bebanan; sebenarnya ianya satu priviledge. Ianya bukan sahaja mensucikan wang kita tetapi hati kita, serta menjadi bekal di akhirat.
#NotaKewanganAziziAli