🎉 Simpan Emas with Odah 🎉
9.16K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold 💎
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
#TabungRumahGadis

GADIS BILA MULA KERJA

Gadis manis jika mula kerja, ini pandangan saya.

1. Jika ingin layan Adipjuma, Arriyana atau Sugarcare beri tempoh 3 bulan saja. Jika berlebihan ia boleh jadi bencana kewangan nantinya.

2. Lebih hebat jika gaji pertama dapat daftar Haji segera.

3. Cuba simpan RM400 sebulan selama empat tahun, jumlahnya akan jadi RM19,200.

4. Dengan nilai itu kita boleh lihat rumah berharga RM180k hingga RM240k.

5. Cuba bukak mudah my dan lihat rumah harga itu dikawasan anda.

6. Petuanya jangan lihat rumah teres dua tingkat, semi D atau kondo mewah. Belum mampu kita beli sebenarnya.

7. Lihat yang kecil sederhana dan murah, ini rumah pertama anda. Jika dapat 3 bilik 2 bilik air asasnya. Elakkan beli studio.

8. Jika anda beli pada usia 25 tahun, bayaran bulanan sekitar RM495 untuk harga RM130k.

9. Jika anda beli kediaman RM100k angaran bulanan sekitar RM400 sebulan. Jika beli rumah RM200k, ansuran bulanan kita sekitar RM890 sebulan sahaja.

10. Masukkan sedikit perabut cantik menawan dan sewakan . Boleh dapat sekitar RM550-RM1200 sebulan

11. Jika tiap bulan ada lebihan sewa RM300 sebulan, setahun akan ada RM3600 . Selepas 4 tahun dah boleh pergi Haji. (RM14,400)

11. Tahan nafsu dan bersusah susah dahulu, lelaki kacak suka gegadis yang daftar Haji dulu.

12. Katanya Aiman Tino suka gegadis yang beriman dan ada wawasan kewangan . Sebab itu Wany Hasnita tetap menjadi pilihan :-p

Azizul Azli Ahmad

#Konsikan sahaja agar ramai gadis ada kesedaran memiliki harta
#Jika belum berani belajar himpun 1 dinar satu bulan sejak mula kerja.