🎉 Simpan Emas with Odah 🎉
9.2K subscribers
2.63K photos
135 videos
2 files
1.35K links
Pearl 3 Star Founder Master Dealer Public Gold 💎
Misi melahirkan 20,000 penyimpan emas tahun 2024. Jom capai financial freedom dengan simpanan emas!

t.me/magnetemas
Download Telegram
Strategi melabur/simpan emas : Mesti lihat time frame/jangka masa panjang.
====================================

Salah satu kewajipan untuk setiap penyimpan/pelabur emas ialah anda kena lihat time frame/jangka masa panjang.

Semakin panjang time frame anda melihat graf harga emas, maka psikologi anda akan menjadi semakin bagus.

Anda tidak akan rasa takut-takut membeli emas semata-mata disebabkan harga emas naik selama sebulan.

Sebagai contoh. Sila lihat gambar A.

Ini adalah time frame harga emas untuk sebulan. Anda nampak seolah-olah harga emas naik tinggi kan?

Ini disebabkan anda cuma melihat time frame yang kecil (30 hari)

Jika anda membuat keputusan untuk membeli emas dengan hanya melihat rekod sebulan, anda akan rasa takut, sebab harga nampak tinggi.

Sekarang anda tengok pula gambar B.
Gambar B merujuk kepada time frame 2 tahun (jauh lebih panjang).

Dengan melihat time frame 2 tahun, anda mesti boleh agak potensi kenaikan harga emas. Ia boleh naik banyak lagi.
Gambar A nampak naik sikit ajer...

Ingat, strategi anda ialah:
====================

1) Tambahkan gram emas anda! Gram mesti bertambah.
2) beli emas secara konsisten. Ia akan mengurangkan kos purata emas anda.

Orang yang kosisten, InsyaAllah menang game gold investing/saving :)

#StrategiPelaburanEmas
#DipersilakanShare