Info Tentang Emas
16 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
Fungsikan Emas...

Emas adalah duit sejak beribu tahun dahulu, sejarah telah membuktikan bahawa emas bernilai dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Hari ini ramai yang anggap emas adalah aset pelaburan, ianya disebabkan oleh faktor duit kertas yang telah menggantikan fungsi emas dalam transaksi jual beli seharian kita.

Saya kongsikan beberapa fungsi emas dalam kehidupan kita seharian;

1. Duit simpanan; simpan duit di bank susah tapi jika simpan duit dalam bentuk emas sangat senang. Nak kumpul RM10,000 duit tunai susah tapi nak kumpul 40 gram emas sangat senang.

2. Aset pelaburan; harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang, banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan harga emas pada masa akan datang. Diantaranya adalah ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan nilai matawang MYR.

3. Dana kecemasan; duit yang disimpan dalam bentuk emas susah untuk bocor (dibelanjakan), ramai yang simpan duit gagal disebabkan oleh godaan banyak nombor dalam akaun bank. Nafsu belanja terus hilang bila simpan emas sebab semua nombor dalam akaun bank tersebut dah jadi gram emas.

4. Modal perniagaan; emas boleh dijadikan aset syarikat dan modal pusingan bila diperlukan. Bila harga emas naik, nilai aset syarikat pun bertambah. Bila syarikat perlukan dana untuk kembangkan perniagaan, emas boleh dijual atau digadai untuk dapatkan duit tunai segera.

5. Dana persaraan; emas adalah simpanan untuk jangkamasa panjang. Statistik membuktikan harga emas boleh naik sehingga 700% dalam masa 20 tahun, purata 35% setahun. Satu simpanan yang menjadi pelaburan dalam masa yang sama.

6. Dana pendidikan anak-anak; emas juga boleh dijadikan dana pendidikan anak bermula dari umur 1 bulan. Ibu bapa boleh mula simpan #satugramsatubulan emas sehingga anak berumur 18 tahun, jumlah simpanan boleh mencecah 216 gram bersamaan dengan ±RM57,000 hari ini.

Diatas adalah fungsi emas yang kita boleh tulis diatas kertas, ada juga fungsi emas yang kita tak sedar ianya banyak membantu kita dalam membina kewangan kita pada masa depan.

Fungsi emas yang ramai tak sedar adalah ianya memupuk tabiat menyimpan secara berdisiplin dan membuang penyakit boros. Sedar tak sedar kita mampu menilai setiap sen perbelanjaan kita kepada perkara keperluan sahaja.

Jadikan emas sebagai alat untuk mencapai matlamat kewangan kita pada masa depan. Mulakan dengan 1 gram pertama, insyaallah gram yang seterusnya akan jadi lebih mudah.

Selamat mencuba guys!😘

https://publicgold.me/hajar
1 G R A M P E R T A M A

1 gram pertama amat penting untuk kita ada ‘benchmark’ harga, selagi kita belum mula simpan emas selagi itulah kita akan fikir emas itu mahal.

Bila dah ada benchmark harga, baru kita tahu emas sekarang murah atau mahal. Pada tahun 2000 orang tetap emas mahal walaupun harga emas waktu tersebut cuma RM30 per gram!

Bagi orang yang mula simpan emas tahun lepas harga RM300 per gram, harga hari ini adalah murah. Bagi yang mula simpan emas pada 6 tahun lepas harga RM150 per gram, harga hari ini adalah mahal.

Mahal atau murah harga emas tidak sama untuk setiap orang, bila dah mula simpan baru kita akan faham maksud mahal atau murah harga emas.

1 gram boleh jadi simpanan, konsisten kumpul #satugramsatubulan genap setahun dah ada 12 gram. Fokus pada gram bukan pada harga, insyaallah genap setahun capai target 12 gram.

1 gram juga boleh jadi titik permulaan untuk kita kenal syarikat emas yang kita berurusan, bila dah yakin barulah boleh melabur beratus-ratus gram emas dengan tenang.

1 gram juga boleh dijadikan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan emas, borong beratus keping 1 gram dan jual untuk dapat untung jual beli emas.

Nak untung banyak kena ada banyak keping 1 gram, kalau ada macam-macam edisi 1 gram lagi berpotensi untuk untung maksimum.

Untung jual 1 gram memang tak sama dengan untung jual 100 gram, untung 1 gram edisi classic tak sama dengan untung 1 gram edisi YDPA. Hehehe.

Salah satu keunikan simpan emas adalah boleh ‘rolling’ simpanan emas sementara tunggu harga emas naik, kiranya dapat untung 2 dalam 1; untung niaga dan untung kenaikan harga emas.

Itulah potensi keuntungan simpanan 1 gram yang kita boleh dapat, 1 kg emas bermula dari 1 gram pertama. Mula simpan dengan 1 gram jauh lebih baik dari tiada simpanan langsung. Adehhh!

Nak simpan emas 1 gram hari ini amatlah mudah, dengan bajet serendah RM100 hari dah boleh kumpul gram emas dalam akaun simpanan (GAP) dan keluarkan emas fizikal bila dah cukup gram.

Saya cuma kongsikan keuntungan yang saya dapat dengan 1 gram emas, dengan kaedah yang betul 1 gram tetap boleh jana keuntungan yang banyak

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Insyaallah.