Info Tentang Emas
14 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
1 KELUARGA 1 KILOGRAM EMAS

Mentor saya selalu berpesan, bila kita simpan emas, target simpan emas sampai cukup #1keluarga1kilogram. Sebab jumlah tu  cukup sebagai pelindung kekayaan untuk  keluarga kita.

Nak ada 1 kilogram emas, mulakan dulu dengan bajet sendiri. Contoh nak mula dengan  #1gram1bulan, #10gram1bulan, #20gram1bulan atau lebih dari tu pun boleh. Jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas.

Mulakan hari ini. Nanti sedar-sedar dah ada 100 gram,250gram  dan 1,000 gram! Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Gold bar 1 kilogram ini sesuai untuk sesiapa yang memiliki berkilo-kilogram emas.

Bagi siapa yang hanya ada 1 kilogram emas, saya syorkan pecahkan kepada item yang lebih kecil, dengan kombinasi pelbagai item dari 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.

Bila nak pakai duit, boleh gadai atau jual sikit-sikit.

Ini tip ringkas bagi siapa ada cita-cita nak memiliki 1 kilogram emas.

Bagi yang berminat untuk mula menyimpan emas hingga ada 1Kilogram akan datang, klik aje

http://www.wasap.my/601115159233 /emas+RM100
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU

Saya suka dengan satu pesan mentor emas saya. Kata beliau, jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah, simpanan sampai 1 Kilo dulu.

Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Saya bagi satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas. Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal. Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanya ada nombor dan kertas sahaja. Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri.

Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya. Saya belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak. Belum pernah.

Jadi pada saya, jangan peduli harga emas itu dulu. Apa yang penting, letak target #1keluarga1kilogramEmas dulu. Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya.

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga. Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Itulah apa yang saya perhati sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2015 yang lalu.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya #1gram1bulan. Sejak adanya kaedah belian #AkaunEmasGAP, semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold!

Bagi yang baru nak bermula untuk simpan emas,klik link ni www.wasap.my/601115159233/NakSimpanEmas. Saya bantu sebaiknya.
KELEBIHAN SIMPAN 1 GRAM 1 BULAN

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.

Ini yang boleh saya katakan tentang tabiat menyimpan emas #1gram1bulan sebagai simpanan dilupakan.

Saya sendiri bermula simpan emas secara konsisten dengan 1 gram pada Jun tahun 2020

Apa yang saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.

Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:

(1) mereka memiliki emas yang banyak,

(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,

(3) harga purata emas dalam simpanan jadi rendah,

(4) mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!

Bagi yang simpan 1 gram 1 bulan dari awal tahun, hari ni sudah tentu ada 4gram emas dalam simpanan.

Dan saya percaya, ramai dah ada lebih daripada tu.

Tahniah! Terus konsisten menyimpan emas buat diri dan keluarga ya.

Bagi yang berminat nak mula simpan emas #1gram1bulan, klik link ni www.wasap.my/601115159233 /1gram1bulan.

Saya bantu sebaiknya.

#BondaGold #TipsEmas
𝗒π—₯π—”π—‘π—š π—•π—œπ—”π—¦π—” π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘ 𝗑𝗒𝗠𝗕𝗒π—₯, π—§π—”π—£π—œ 𝗒π—₯π—”π—‘π—š π—žπ—”π—¬π—” π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘ π—‘π—œπ—Ÿπ—”π—œ

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.

1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan β€œπ™¨π™–π™«π™šπ™§π™¨ π™–π™§π™š π™‘π™€π™¨π™šπ™§π™¨β€. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP di #PublicGold.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

#BukuWangEmas
www.wasap.my/601115159233
SIMPANAN PAKSA & LUPA DENGAN EMAS
[Biar Sedikit Asalkan Berterusan]
-------------------------------------

Bagi sahabat yang nak jadikan emas sebagai simpanan, saya cadangkan mula dengan 1 GRAM 1 BULAN dulu. Disiplinkan yang itu dulu. Simpan sedikit-sedikit tetapi berterusan lebih baik berbanding beli banyak dan terus diam.

Kelebihannya:

(1) Ia akan jadi simpanan paksa. Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tak boleh tunggu duit lebih hujung bulan. Dapat gaji, paksa diri beli 1 gram melalui Akaun Emas GAP (supaya dapat harga termurah), selebihnya terpulanglah nak simpan di mana.

(2) Ia akan jadi simpanan dilupakan. Simpan emas tak macam simpan duit. Kita tak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (sebab "nombor" telahpun hilang), bahkan kita rasa nak kumpul lagi dan lagi sebab keseronokkan kita dengan emas ialah pada mengumpulnya. Sedar-sedar, 1 tahun sudah ada 12 gram.

(3) Penyimpan emas yang beli secara berkala tak akan pernah kecewa dengan harga emas sebab mereka telahpun memuratakan kos. Kalau beli 3 kali; RM260, RM270 dan RM280 segram, maka kos purata hanyalah RM270. Harga emas naik kita seronok, harga turun lagi seronok! Kan?

Memang inilah salah satu cara saya paksa diri menyimpan. Bila terima apa sahaja pembayaran, mesti tambah simpanan 1 gram dahulu. Selebihnya terpulang samada nak tambah lagi gram emas atau buat simpanan yang lain.

Satu hari nanti, berapa jumlah gram emas yang sudah kita miliki pun kita tak pasti sebab kita hanya cek setahun sekali sahaja iaitu bila sampai masa untuk keluarkan zakat. Ia benar-benar jadi simpanan untuk dilupakan.

Lekas mula sekarang. Klik www.wasap.my/601115159233/sayanaksimpanemas

#1gram1bulan #publicgold #gap #TeamEmas2u#amazingje24k #emasviral
"Saya susah nak menabung, semua duit gaji habis". Kata Mamat, bukan nama sebenar.

Guna tabungan emas melalui akaun GAP. Setiap bulan dapat gaji, terus tolak RM100 atau 1 gram ke dalam akaun GAP. Tolak sambil pejam mata je. Hujung bulan saya pasti 1 gram ini masih kekal tak terusik.

Masuk gaji, terus tolak 1 gram.

Dan begitulah seterusnya tabiat #1gram1bulan ini terbentuk dengan sendirinya sehingga kita ada simpanan 3-6 bulan gaji dalam bentuk emas.

Emas bukan saja barang bernilai, tapi ia alat simpanan yang kukuh, mampu kawal inflasi dan boros.

Cubalah. Tak cuba tak tahu.
Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.

Ini yang boleh saya katakan tentang tabiat menyimpan emas #1gram1bulan sebagai simpanan dilupakan.

Saya sendiri bermula simpan emas dengan 1 gram.

Apa yang saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.

Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:

(1) mereka memiliki emas yang banyak,

(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,

(3) harga purata emas dalam simpanan jadi rendah,

(4) mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!

Bagi yang simpan 1 gram 1 bulan dari awal tahun, hari ni sudah tentu ada 8gram emas dalam simpanan.

Dan saya percaya, ramai dah ada lebih daripada tu. Tahniah!

Terus konsisten menyimpan emas buat diri dan keluarga ya.

Bagi yang berminat nak simpan emas 1 gram 1 bulan, klik link ni www.wasap.my/601115159233/1gram1bulan. Saya bantu sebaiknya.

#TipSimpanEmas