Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.43K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Konflik berterusan antara Palestin dan Israel termasuk “Operasi Taufan Al-Aqsa” yang berlaku baru-baru ini adalah natijah daripada siri serangan kejam Israel dan pendudukan dan rampasan penempatan haram oleh masyarakat Yahudi.

Penjajahan berterusan dan penafian hak kemanusiaan Palestin, serta provokasi bersistematik di al-Aqsa telah mengakibatkan jutaan nyawa rakyat Palestin terkorban, termasuk kehilangan keluarga dan tempat tinggal.

Dalam keadaan yang mencabar ini, saya menyeru umat Islam di Malaysia untuk bersatu dalam doa dan Qunut Nazilah bagi keamanan dan keadilan yang berkekalan buat saudara kita.

Semoga Allah SWT mengakhiri segala kezaliman dan keganasan negara haram Israel, melindungi mereka yang tertindas, dan mewujudkan keamanan yang berkekalan di Palestin.

Saya bersetuju dengan Kenyataan Negara YAB Perdana Menteri Malaysia terkait isu Palestin dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, dan mengharapkan Kerajaan Malaysia dapat menzahirkannya dengan penglibatan yang lebih aktif bersama badan-badan antarabangsa bagi meningkatkan tekanan kepada kuasa-kuasa besar dunia untuk penyelesaian yang adil.

#KenyataanMedia