Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.3K subscribers
2.42K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Forwarded from Rufayda Academy
“Para ulama’ bersepakat tentang haramnya penggunaan najis sebagai bahan ubat namun berbeza pada keharusannya atas sebab darurat. Bagi mazhab Syafie, penggunaan tulang yang dikira najis, tidak dibenarkan kecuali pada keadaan yang amat mendesak dan tidak ada alternatif lain daripada tulang yang suci. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/145). Maka, pemindahan organ khinzir kepada manusia adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat yang disahkan oleh pakar perubatan dan tidak ada alternatif lain yang lebih sesuai. Jika sudah ada alternatif lain yang halal, maka terbatallah keharusan ini.”

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Pengerusi, Rufayda Academy
Forwarded from Rufayda Academy
“Hukum pendermaan organ dan tisu adalah harus dan amat digalakkan. Dengan perkembangan semasa dan penemuan perubatan masa kini, maka perlunya diperluaskan organ-organ yang boleh didermakan dalam fatwa semasa seperti buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan pankreas serta tisu-tisu yang boleh didermakan seperti mata, tulang, kulit dan injap jantung.”

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Pengerusi, Rufayda Academy
Forwarded from Rufayda Academy
📖 Quranic Self Care: Kesihatan Rohani & Jasmani dengan Al-Quran

Ramadan semakin hampir! Sudahkah anda bersedia secara fizikal dan spiritual? Al-Quran bukan sekadar panduan hidup, tetapi juga sumber kesihatan holistik yang menyentuh minda, hati, dan tubuh.

📚 Siri Quranic Self Care—kerjasama Rufayda Academy & Tadabbur Centre membawa anda menerokai pendekatan unik dalam memahami hubungan antara Al-Quran dan Kesihatan. Melalui sesi ini, anda akan:

Meneroka ayat-ayat penyembuhan dalam Al-Quran
Memahami hikmah al-Quran dalam menjaga kesejahteraan diri
Bersedia menghadapi Ramadan dengan tubuh dan jiwa yang lebih sihat

🔗Jom mulakan perjalanan Quranic Self Care anda sekarang!
Daftar di sini 👉 https://learn.rufayda-academy.com/stm_lms_course_category/quranic-self-care/
Garis panduan Muslim untuk menziarahi rumah ibadah bukan Muslim bukan perkara baharu dan tidak wajar dipolemikkan.

Saya telah usulkan sejak menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan, dan dinyatakan sekali lagi pada Mac 2023.

Apa yang penting adalah wujud elemen hormat, toleransi dan mengutamakan prinsip asas dalam beragama iaitu akidah.

Baca di sini https://zulkiflialbakri.com/20-al-mawaqif-melihat-ke-hadapan-dalam-isu-ziarah-rumah-ibadah/
Kurma Ajwa Aliyah Al-Inarah keluaran Maktabah Al-Bakri.

Setiap pembelian anda akan disumbangkan untuk pembangunan dan kos operasi aplikasi soal jawab agama pertama di Malaysia, Al-Inarah.

https://kurmanabi.com
Forwarded from Rufayda Academy
Bagaimana Islam memahami hubungan antara tubuh, minda, dan jiwa? Dalam dunia moden yang dipenuhi cabaran etika perubatan, pemikiran Al-Ghazali masih relevan dalam membantu kita memahami keseimbangan antara agama dan sains.

Rufayda Academy mempersembahkan kursus khas dalam 8 siri bertajuk”Al-Ghazali on Body, Mind, and Soul”*, di mana kita akan meneroka:

Pemikiran Al-Ghazali tentang tubuh dan kesihatan
Peranan akal dan jiwa dalam memahami hakikat kehidupan
Dimensi spiritual dan hubungannya dengan bioetika
Prinsip etika Islam dalam perubatan moden

Sertai siri eksklusif ini dan dalami perspektif unik Al-Ghazali dalam memahami keseimbangan antara tubuh, minda, dan jiwa!

📅 Mula: 4 Januari 2025
📍 Platform: Google Meet
📌 Tempat adalah terhad – Daftar sekarang! Klik https://alghazali.wassap.my/
PPSSSSTTT…KAMI NAK BISIK.

Anda mencari kurma Ajwa Madinah premium dengan harga MURAH?

Apa kata cuba kurma Ajwa Al-Inarah keluaran kami.

Ikhtiar penawar racun dan sihir bila dimakan 7 biji pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong. Riwayat al-Bukhari (5445); Muslim (2047); Riwayat Ahmad (25187)
Khasiat vitamin A, B, C, E, hingga K untuk tubuh badan, kaya dengan kalori, karbohidrat, mineral dan serat serta antioksidan.
Nutrisi dan mineral yang mampu memperbaiki kesuburan lelaki dan wanita.
Zat oksitosin dalam kurma sangat membantu tatkala proses bersalin serta merangsang pengeluaran susu ibu.

dan banyak lagi!

Kini anda boleh dapatkan kurma Ajwa Al-Inarah dengan harga istimewa.

Membeli sambil menderma di https://kurmanabi.com

❗️Kami juga ada promosi khas pembelian ebook + kurma dalam pautan di atas ☝🏻☝🏻☝🏻
Saya menyokong penuh ketegasan Al-Azhar al-Sharif di bawah kepimpinan Imam Besar Syeikh Dr. Ahmed al-Tayeb, Syeikh al-Azhar dan Pengerusi Majlis Hukama Muslimin, dalam mempertahankan keadilan dan menolak sebarang bentuk ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kenyataan rasmi Al-Azhar yang memberi amaran terhadap serangan ke atas institusi antarabangsa seperti ICC wajar mendapat perhatian dunia. Sebarang usaha untuk melemahkan sistem keadilan antarabangsa hanya akan membuka ruang kepada kuasa zalim untuk terus menindas yang lemah.

Al-Azhar juga dengan tegas menolak sebarang usaha untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka. Palestin adalah tanah yang suci dan tidak boleh dipisahkan daripada dunia Arab dan Islam. Rakyat Palestin telah membuktikan bahawa mereka adalah pemilik sah tanah itu, mempertahankannya dengan nyawa, keluarga, dan harta benda mereka.

Mereka tidak akan sesekali tunduk kepada tekanan atau menerima penghijrahan paksa sebagai ganti kepada darah suci yang telah tertumpah. Al-Azhar mengutuk hipokrasi mereka yang berselindung di sebalik slogan kebebasan dan demokrasi tetapi menutup mata terhadap hak-hak sah rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia yang tinggi nilai empati dan kemanusiaannya sentiasa bersama perjuangan Al-Azhar al-Sharif dalam membela hak-hak rakyat Palestin yang tertindas. Sokongan kita tidak hanya dalam bentuk doa, tetapi juga dalam memperjuangkan keadilan di pentas antarabangsa.

Semoga ketegasan Al-Azhar ini menjadi suara yang mengingatkan dunia bahawa keadilan tidak boleh digugat oleh tekanan politik dan kepentingan kuasa besar.
Terbaharu di aplikasi Al Inarah. Muat turun segera.