Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.3K subscribers
2.42K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Ebook PERCUMA sempena ambang Nisfu Sya’ban. Muat turun di https://maktabahalbakri.com/al-inarah/
Dari jauh, kelihatan sosok tubuh kecil seorang lelaki berjubah dan berserban putih sedang duduk bersimpuh berhampiran Raudhah. Zul menghampirinya perlahan-lahan, hatinya berdebar. Bukan selalu dapat bertemu tokoh sehebat ini. Dengan penuh hormat, dia menyapa.

“Tok Guru… Maaf ganggu Tok Guru i’tikaf di Sejik Nabi ning. Ambe Zul, pelajar Malaysia di Madinah. Nok mitok nasihat dan pandangang Tok Guru. Ape pandangang Tok Guru dengan sistem pengajian agama di Malaysia?”

Nada suaranya bergetar sedikit. Rasa hormat dan kasih kepada sosok di hadapannya ini begitu mendalam. Lelaki berkaca mata itu mengangkat wajahnya, tersenyum, dan mengangguk perlahan.

“Gapo namo enta? Zul?”

Zul mengangguk, mengiyakan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz membetulkan duduknya, menarik nafas panjang sebelum bersuara.

“Tok Khurose rajin ghoyak ko gemuloh ayoh ambo, kalu nok jadi alim, buke di Malaysia. Tok dapat tidok, keno ngaji di India atau negaro Arab. Tapi enta ada di sini, molek doh. Ngaji sungguh-sungguh…”

Beliau menepuk-nepuk bahu Zul, senyumannya ikhlas, penuh makna. Zul tunduk hormat. Hatinya berasa lapang, seakan mendapat restu yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Ketika itu, beliau baharu dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan setelah PAS berjaya mengambil alih semula Kelantan selepas kalah pada tahun 1978. Pilihanraya Umum ke-8 (PRU8) yang berlangsung pada 21 Oktober 1990 benar-benar mengubah lanskap politik Malaysia.

Sebentar, Tuan Guru menyambung, suaranya lembut tapi berisi.

“Sistem pengajian agama di Malaysia… hmm, bakpo enta tanyo?”

Zul tersenyum kecil, menyusun kata. “Ambe raso, sistem kita banyok ke arah akademik, kurang tarbiyah. Ilmu tinggi, tapi adab kadang-kadang lemah. Kalu kita banding dengan pengajian pondok, Tok Guru rasa…?”

Tuan Guru mengangguk perlahan. Matanya redup, tapi tajam memerhati Zul.

“Ilmu akademik penting, tapi tarbiyah itu roh. Ngaji tinggi mana pun, kalu tok dok tarbiyah, jadi kosong. Ore dulu-dulu ngaji pondok, paka pelito minyok, takdok sijil, tapi adab jago. Loni, belajar tinggi, sijil tebal sepikul, tapi kalu takdok adab, ilmu tu tok berkat.”

Zul mengangguk laju. Kata-kata itu benar-benar menyentuh hatinya. Belum sempat dia membalas, Tuan Guru menyambung lagi.

“Tapi, sistem Malaysia boleh diubah, kalu kita nok. Keno ado keseimbange antaro ilmu dan tarbiyah. Ngaji tinggi, tapi biar adab ikut tinggi jugok. Baru ilmu jadi berkat, baru boleh amal untuk agamo, bangso, dan negaro.”

Zul termenung sejenak. Kata-kata itu meresap jauh ke dalam jiwanya. Dia kini lebih memahami, bukan sekadar mencari ilmu, tetapi menghidupkannya dengan adab dan tarbiyah.

******

Mengimbau memori yang masih utuh bersama murabbi ummah, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa kali pertama kami bertemu pada tahun 1990 di Masjid Nabawi.

Cuplikan dari autobiografi saya yang bakal diterbitkan, insya-Allah.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
“Bekal” sepanjang Ramadhan untuk anda, daripada mutiara indah Imam al-Ghazali.

Dapatkan dengan harga istimewa di https://zulkiflialbakri.com/buku/minhaj-al-abidin/

Pengajian Minhaj Al-Abidin telah bermula di aplikasi Al Inarah.
Separuh harga Inilah doaku size pocket sempena Nifsu Syaaban stok terhad.

https://zulkiflialbakri.com/buku/inilah-doaku-size-pocket/
Kuliah Dhuha esok di Kompleks Al-Abqari, Nilai diawalkan ke jam 8.15 pagi. Harap maklum.
Ingin jadi sebahagian daripada penyumbang kepada usaha mulia sepanjang Ramadhan ini?

Dengan infaq serendah RM30, anda telah membawa kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik di luar sana.

Klik https://suraumakrifah.com/musaadah-ukhuwah-2025/
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed al-Tayeb atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sepanjang berada dalam keanggotaan Majlis Hukama’ Muslimin selama 4 tahun.

Saya amat terharu kerana menjadi satu-satunya Menteri dalam sejarah Malaysia, menerima ucapan tahniah daripada beliau semasa mula diamanahkan untuk berada dalam Kabinet Malaysia 2020-2021.

Beliau juga memberi kepercayaan penuh kepada saya untuk menganggotai Komiti Tetap Dialog Islam - Kristian antara Majlis Hukama’ Muslimin dan Vatican’s Dicastery for Interreligious Dialogue; satu mesyuarat peringkat tertinggi antara Islam dan Kristian yang membincangkan pelbagai isu-isu penting agama yang mungkin tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana dialog antara agama.

Saya juga telah diberi kepercayaan mewakili Majlis Hukama’ Muslimin dalam seminar yang sama di Bahrain pada 2022 untuk membentangkan peranan Malaysia dalam hubungan antara agama.

Di hari pemergian anakanda Hammad yang dikasihi, beliau sendiri menghubungi saya dan menzahirkan ucapan takziah dan pesan-pesan yang begitu menyentuh hati saya.

Setiap kali kami bertemu, beliau akan bertanya khabar keadaan umat Islam di Malaysia. Ini menzahirkan kecaknaan dan kasih beliau kepada rakyat Malaysia.

Penghujung tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai anggota Majlis Hukama’ Muslimin. Keputusan ini tidak mudah, kerana begitu besar harapan Syeikhul Azhar kepada saya. Hal ini saya zahirkan kepada sahabat saya, Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin, TYT Mohamed Abdelsalam.

Namun, memikirkan keperluan untuk dibuka ruang kepada individu lain daripada Malaysia untuk diberi peluang menganggotai pertubuhan yang besar ini, disamping fokus saya untuk memperbanyak kajian dan penulisan kitab yang memerlukan masa yang banyak, saya berpandangan inilah masa yang sesuai untuk saya mengundur diri.

Moga Allah senantiasa memberkati al-Imam al-Akbar dalam setiap langkahan dakwahnya.
Nak dekat Ramadan ni. Admin buka sekali lagi separuh harga buku inilah doaku pocket. Promosi berakhir 12 Tengah hari esok.

https://zulkiflialbakri.com/buku/inilah-doaku-size-pocket
Apakah itu qiththa’?

• Al-Jauhari berkata: Qiththa’ (القثاء) ialah khiyar (الخيار) iaitu timun.

• Istilah al-qiththa’ boleh disebut sebagai قِثَّاء atau قُثَّاء, merujuk kepada timun atau tumbuhan yang hampir serupa. Ia berbeza dengan khiyar. Menyamakan qiththa’ dan khiyar (sebagai timun) adalah satu bentuk kelonggaran dalam makna. Diringkaskan daripada ‘Aun al-Ma’bud.

• Dikatakan ia tergolong dalam keluarga labu (cucurbitaceae), rasa seperti timun, dan dikenali juga sebagai faqqus.

• Dalam Irsyad al-Sari dinyatakan: “Disebutkan dalam Al-Qamus: Dengan baris kasrah atau dhammah, ia adalah sesuatu yang sudah diketahui atau ia adalah timun.

Apakah faedah makan qiththa’ bersama rutab?

Al-Qiththa’ (القثاء) bersifat sejuk dan lembap, membantu menyejukkan perut yang panas, meredakan sakit pundi kencing, dan melancarkan kencing. Namun, ia lambat dicerna dan kesejukannya boleh memberi kesan buruk kepada sesetengah orang. Oleh itu, Rasulullah ﷺ memakannya bersama rutab untuk mengimbangi kesannya. Ia juga boleh dimakan dengan kurma kering (tamar), kismis, atau madu bagi keseimbangan yang lebih baik. Ini diringkaskan daripada Zad al-Ma’ad oleh Ibn al-Qayyim.

Kesimpulannya, ia adalah salah satu jenis daripada keluarga cucurbitaceae yang mempunyai bentuk dan rasa seperti timun. Gambar qiththa’ di ruang komen.

Pernah rasa kurma Ajwa yang dimakan bersama timun? Boleh dapatkan kurma premium kami di www.kurmanabi.com.
Apakah itu qiththa’?

• Al-Jauhari berkata: Qiththa’ (القثاء) ialah khiyar (الخيار) iaitu timun.

• Istilah al-qiththa’ boleh disebut sebagai قِثَّاء atau قُثَّاء, merujuk kepada timun atau tumbuhan yang hampir serupa. Ia berbeza dengan khiyar. Menyamakan qiththa’ dan khiyar (sebagai timun) adalah satu bentuk kelonggaran dalam makna. Diringkaskan daripada ‘Aun al-Ma’bud.

• Dikatakan ia tergolong dalam keluarga labu (cucurbitaceae), rasa seperti timun, dan dikenali juga sebagai faqqus.

• Dalam Irsyad al-Sari dinyatakan: “Disebutkan dalam Al-Qamus: Dengan baris kasrah atau dhammah, ia adalah sesuatu yang sudah diketahui atau ia adalah timun.

Apakah faedah makan qiththa’ bersama rutab?

Al-Qiththa’ (القثاء) bersifat sejuk dan lembap, membantu menyejukkan perut yang panas, meredakan sakit pundi kencing, dan melancarkan kencing. Namun, ia lambat dicerna dan kesejukannya boleh memberi kesan buruk kepada sesetengah orang. Oleh itu, Rasulullah ﷺ memakannya bersama rutab untuk mengimbangi kesannya. Ia juga boleh dimakan dengan kurma kering (tamar), kismis, atau madu bagi keseimbangan yang lebih baik. Ini diringkaskan daripada Zad al-Ma’ad oleh Ibn al-Qayyim.

Kesimpulannya, ia adalah salah satu jenis daripada keluarga cucurbitaceae yang mempunyai bentuk dan rasa seperti timun. Gambar qiththa’ di ruang komen.

Pernah rasa kurma Ajwa yang dimakan bersama timun? Boleh dapatkan kurma premium kami di www.kurmanabi.com.
Dapatkan infografik Fiqh Ramadhan Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Nabi ﷺ mengajarkan kita untuk berdoa ketika masuknya bulan yang baru dengan doa ini:

اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ
“Ya Allah, munculkanlah bulan ini kepada kami dengan keberkatan, keimanan, keselamatan, dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”*
— Jāmi’ Tirmizi, no. 3451

Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyak amal, meningkatkan keimanan, dan meraih keampunan Allah. Mari manfaatkan setiap detiknya dengan ibadah dan kebaikan.

Selamat berpuasa dan semoga Allah menerima segala amal kita.