Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38K subscribers
2.47K photos
86 videos
77 files
2.95K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Hari yang dinanti telah hampir tiba.

Penuhkan 9 Zulhijjah dengan pelbagai amalan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Muat turun Al Inarah untuk pelbagai koleksi soal jawab berkaitan Arafah.

App Store
🔗 https://apps.apple.com/my/app/al-inarah/id6472252666

Play Store
🔗https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maktabahalbakri.alinarah
Pada bulan Zulhijjah ini, jangan biarkan tangisan saudara kita di Gaza berlalu tanpa pembelaan.

Setiap hari, anak-anak kecil kehilangan ibu bapa. Rumah musnah. Masjid dibom. Mereka lapar, takut, dan kehilangan harapan.

Tetapi anda boleh bantu. Hari ini. Sekarang.

Salurkan sumbangan ikhlas anda melalui:
Muslim Care Malaysia Society – organisasi berdaftar yang telah lama komited membantu rakyat Palestin dengan misi kemanusiaan yang telus dan berkesan.

Sumbangan anda akan disalurkan kepada:

•Bantuan makanan dan air bersih
•Perubatan kecemasan
•Tempat perlindungan sementara
•Sokongan trauma dan keperluan anak yatim

Salurkan sumbangan melalui pautan https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-palestin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
ٱللَّهُ أَكْبَرُ ٱللَّهُ أَكْبَرُ، لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ ٱلْحَمْدُ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT atas nikmat usia, iman dan Islam yang membolehkan kita menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh barakah ini.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi lambang ketaatan yang paling tinggi, seperti mana Nabi Ibrahim AS yang rela mengorbankan anaknya demi mentaati perintah Ilahi. Ia juga mencerminkan kesabaran dan keikhlasan Nabi Ismail AS yang menyerah diri penuh redha kepada kehendak Ilahi.

Marilah kita menghayati semangat pengorbanan ini dalam kehidupan kita hari ini, sama ada sebagai ibu bapa, anak, pemimpin, guru, pekerja atau pendakwah. Korban bukan hanya pada binatang ternakan, tetapi juga ego, nafsu dan keinginan yang menjauhkan kita daripada Allah.

Semoga Allah menerima segala amalan korban kita dan mengurniakan kita keikhlasan seperti Ibrahim, kesabaran seperti Ismail, dan kasih sayang seperti Nabi Muhammad ﷺ.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
#7250 Haiwan Hamil Sebagai Haiwan Korban

Baca artikel penuh di aplikasi Al-Inarah: https://al-inarah.com/article/7250-7250-haiwan-hamil-sebagai-haiwan-korban
#7259 Janin Atau Anak Haiwan dalam Perut

Baca artikel penuh di aplikasi Al-Inarah: https://al-inarah.com/article/7259-7259-janin-atau-anak-haiwan-dalam-perut
#7222 Haiwan Betina Sebagai Korban

Baca artikel penuh di aplikasi Al-Inarah: https://al-inarah.com/article/7222-7222-haiwan-betina-sebagai-korban
Saya amat sedih dan terkejut menerima berita kemalangan tragis bas charter - Perodua Alza yang melibatkan pelajar-pelajar UPSI berhampiran Tasik Banding semalam. Media melaporkan, 15 orang pelajar maut, manakala bakinya yang lain cedera.

Saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kesabaran kepada ibu bapa, keluarga serta warga UPSI.

Kepada mereka yang sedang menerima rawatan, semoga Allah SWT segera menyembuhkan dan mengembalikan kesihatan mereka. Semoga mereka juga terus redha dan tetap kuat menghadapi dugaan ini.

Saya menyeru pihak kerajaan, pihak berkuasa, serta pengurusan UPSI untuk memberi perhatian serius kepada insiden ini. Semoga ia menjadi peringatan agar aspek keselamatan pelajar di jalan raya dan perjalanan terus diperkasakan, demi mengelak tragedi sebegini berulang.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah, dan terus membantu mangsa yang cedera dari segi sokongan fizikal dan mental. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah SWT.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
“Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan). Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalam konteks semasa difahami sebagai kemalangan.”

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Sabda Nabi SAW:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ .
Maksudnya: Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
#9178: Hukum Memakan Nilgai

Baca artikel ini di aplikasi Al-Inarah: https://al-inarah.com/article/9023-9178-hukum-memakan-nilgai

******

Dengan langganan tahunan atau bulananAl-Inarah PRO, anda layak untuk mendapatkan pelbagai tawaran istimewa kami!

Muat turun di Play Store atau App Store dan langgan Al Inarah PRO sekarang!
#7689 Lactobacillus Gasseri yang Diambil dari Susu Ibu

Read this article only at Al-Inarah: https://al-inarah.com/article/7689-7689-lactobacillus-gasseri-yang-diambil-dari-susu-ibu

******

Dengan langganan tahunan atau bulananAl-Inarah PRO, anda layak untuk mendapatkan pelbagai tawaran istimewa kami!

Muat turun di Play Store atau App Store dan langgan Al Inarah PRO sekarang!
Kiswah Kaabah: Sehelai Kain, Seribu Tahun Sejarah

Seorang raja dari Yaman, Tubba’ al-Himyari terjaga dari tidur dengan satu ilham yang luar biasa: dalam mimpinya, Kaabah diselubungi sehelai kelambu. Mimpi itu bukan sekadar bayangan lena, tetapi sesuatu yang mendorong tindakan…

Baca di https://www.facebook.com/share/1Abcsct2TF/?mibextid=wwXIfr
Saat Kaabah Dihancurkan…

Kaabah adalah bangunan batu hitam yang sederhana dari segi binaan, namun terlalu agung nilainya dalam hati umat Islam. Sejak zaman Nabi Ibrahim A.S., ia menjadi titik poros kerohanian umat manusia.

Baca di https://www.facebook.com/share/1BxRcVajYv/?mibextid=wwXIfr
Di satu sudut pasar Kufah, seorang pemuda sedang menilai kualiti sehelai kain sambil berunding dengan pelanggan. Latar suara hiruk-pikuk peniaga dan pengemis bersahut-sahutan, namun pemuda itu tekun, tenang, dan sangat jujur. Namanya Nuʿmān ibn Thābit. Dia bukan siapa-siapa waktu itu. Hanya seorang pedagang yang menjalankan amanah bagi syarikat perniagaan yang diwakilinya. Namun takdirnya berubah, bukan kerana mimpi atau wahyu, tetapi kerana sebuah pertanyaan.

https://www.facebook.com/share/p/1EoXwWfdAX/?mibextid=wwXIfr
Serangan balas Iran ke atas Zionis Israel bukanlah muncul tiba-tiba, tetapi lahir daripada tindakan kezaliman dan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan oleh penjajah dan pengganas itu.

Kenyataan tegas al-Azhar al-Sharif hari ini mengesahkan bahawa tindakan pengganas itu bukan sekadar mencabar kedaulatan negara seperti Iran, tetapi meletakkan seluruh rantau dalam kancah ketidakstabilan dan ancaman nyawa orang awam.

Sebagai umat yang cintakan keadilan dan kesejahteraan, kita berdiri bersama suara-suara keadilan dari pelbagai bangsa dan agama dan mendoakan agar segala usaha mempertahankan maruah ummah diberkati dan diberi bantuan oleh Allah SWT.

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Isu “telur masam” tular... Tapi soalan lebih penting: telur ayam perlu basuh dulu ke sebelum guna?

Kita tinggalkan dulu perkara sensasi dan mengaibkan itu dan kembali kepada ilmu. Lagipun, tak patut seorang Muslim yang beradab, bercakap begitu.

Telur ayam yang kita beli, bersentuhan dengan najis atau tidak? Wajibkah dibasuh dahulu sebelum disimpan atau digunakan?

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjawab persoalan ini secara jelas berdasarkan mazhab Syafi‘i!

Muat turun aplikasi Al-Inarah dan baca #1644 Basuh Telur Ayam
https://al-inarah.com/article/1644-1644-basuh-telur-ayam

**

Dengan langganan tahunan atau bulananAl-Inarah PRO, anda layak untuk mendapatkan pelbagai tawaran istimewa kami!

Muat turun di Play Store atau App Store dan langgan Al Inarah PRO sekarang!