Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38K subscribers
2.47K photos
86 videos
77 files
2.95K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh ahli keluarga Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty atas pemergian beliau ke rahmatullah. Kehilangan ini amat dirasai bukan sahaja oleh keluarga dan sahabat handai, bahkan oleh seluruh warga gerakan dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam di tanah air.

Almarhum merupakan sosok pemikir Islam yang berwibawa, pendakwah yang komited dan pemimpin yang amat dihormati. Sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), beliau telah mencurahkan khidmat dan sumbangan besar dalam memperkasa kefahaman Islam yang bersifat wasatiyyah, berteraskan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada umat Islam di Malaysia, yang telah menyaksikan kesetiaan dan perjuangan panjang beliau dalam mendidik umat dan membina masyarakat.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhum, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Semoga ahli keluarga, para sahabat dan seluruh pendokong gerakan dakwah ABIM - WADAH diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat kehilangan ini.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسّع مدْخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، اللهم أبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً من زوجه، وأدخله الجنّة، وأعذه من عذاب القبر، ومن عذاب النّار.