Kongsi Ilmu byHudaSani
46 subscribers
119 photos
20 videos
4 files
63 links
Download Telegram
Untuk pengetahuan anda, emas dan perak bukanlah tempat melabur yang pertama.
😱😱😱

Tenang.... jangan panik.

Ya.

Anda baca dengan betul. Ia bukan tempat pertama untuk anda park duit.

Kat mana tempat melabur yang betu?

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚:

𝐌𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐥𝐦𝐮.
Pelaburan di dalam ilmu mampu memberikan pulangan infiniti. Ia tak seperti pulangan dalam pelaburan emas, ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan sebagainya.

Ilmu membolehkan anda mencipta kekayaan dan ilmu boleh membantu anda mengembangkan kekayaan.

Harta tanpa ilmu. Ia akan habis.

Sebab itu, jika anda tanya kepada ibu bapa soalan berikut "Adakah anda nak wariskan 10 kilo emas kepada anak anda atau anda nak berikan pendidikan terbaik kepada anak anda?

Jawapannya. Sudah pasti mak bapa nak anak mereka mempunyai pendidikan terbaik. Emas 10 kilo boleh habis kejap ajer kalau takde ilmu.

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫: 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.
Cari jalan untuk mempunyai perniagaan sendiri. Ini kerana perniagaan sendiri adalah jalan terpantas membina kekayaan duit dan mendapat financial freedom.

Namun begitu terdapat beribu-ribu peluang perniagaan di Malaysia. Nak pilih yang mana? Jawapan, pilih perniagaan yang anda paling banyak ilmu tentangnya.

Sebagai contoh, apabila saya mempunyai ilmu yang banyak tentang emas dan perak, maka sudah pasti menjadi dealer emas Public Gold adalah bisnes yang terbaik untuk saya. Sebab itu kepakaran saya.
Untuk anda pula, sila tanya diri sendiri. Kat mana kepakaran saya?

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫: 𝐀𝐬𝐞𝐭
Aset adalah apa-apa saja benda/instrument yang meningkat harganya pada masa hadapan. Kat sini barulah tiba bab emas, perak, hartanah, saham, ASB, Tabung haji, Unit Trust dan lain-lain.

*Nak pilih yang mana? Ini #acikhuda telah kongsi sebelum ini nota tentang pelbagaikan simpanan*
Diversify is the key.🔑

Hakikat yang kita semua kena tahu faham dan terima, SEMUA PELABURAN ada risiko kerugian.
Tidak ada pelaburan yang tidak ada risiko. Ada orang cakap melabur kat akaun bank atau fixed deposit takde risiko.

Hellooo... nak bagitau nie.. kalau tiba-tiba % inflasi melonjak tinggi berbanding pulangan fix deposit, bukan ke you rugi? Nampak macam nilai RM bertambah, tapi kuasa beli jatuh kan? Hah.. itu rugi juga sebab you kena rompak dengan inflasi. Adoi!

Kalau nak melabur dan untung besar tapi tak nak tanggung risiko, itu ibarat you nak masuk syurga tapi you tak nak mati. Mana boleh 😛
Bila sebut melabur maka ia wajib datang dengan risiko gais. Jadi, bagaimana nak kurangkan risiko kerugian dan untung cepat.
Dengan Ilmu.
Macma mana nak dapat ilmu?

Bacalah!

Iqra'

Dan begitulah juga seruan dalam Al Quran Iqra....

Kerana dengan membaca kita peroleh ilmu.

Apa yang nak dibaca?
Bacalah apa yang kita nak tahu.😊
Sumbernya dari mana?
Buku dan orang2 yang tahu. Bukan satu, tapi baca dan bertanyalah dengan beberapa orang yang mahir. Insha Allah.

Begitulah kisahnya.

Semoga bermanfaat 😊

Untuk arkib nota² terdahulu boleh rujuk di sini ya 👇🏻

Kongsi Ilmu byHudaSani
https://t.me/byHudaSani

Ingat!
Emas tu mungkin tak jadikan kita kaya.

Tapi dengan simpan emas secara berilmu, kita kekal kaya.

Insha Allah.

Kalau dah ready nak mulakan dengan 1gram pertama anda roger2 ya ....

http://www.wasap.my/60134886385/SayaNakSimpanEmas

#acikhudagojes
- Suka didik orang simpan emas.