Kongsi Ilmu byHudaSani
46 subscribers
114 photos
20 videos
4 files
61 links
Download Telegram
Rasa nak luruh jantung bila technical glitch Google ni tersebar. Ringgit RM6.24 untuk USD1, jatuh 30% dalam satu malam!

Kalaulah ianya benar-benar berlaku, ia malapetaka besar pada kekayaan kita seluruh rakyat Malaysia. Kekayaan kita hilang 30% dalam satu malam (kecuali yang sudah ditukarkan kepada emas)!

Siapa yang ada hutang luar negara, peniaga-peniaga yang import barang luar negara, dia kena bayar 30% lebih mahal hanya dalam satu malam!

Pastinya huru-hara akan berlaku dalam negara. Banyak syarikat mungkin akan bungkus. Rakyat akan hilang pekerjaan. Masalah sosial akan meningkat secara mendadak...

Syukurlah ialah cuma technical glitch (itu pada pembacaan saya).

Apa-apa pun, kita kena bersedia.

Lepas saya tengok ringgit jatuh 30% pada tahun 2015, saya tak lagi yakin letakkan duit simpanan jangka panjang dalam ASB atau Tabung Haji.

Bila berlaku kejatuhan ringgit, kekayaan kita terjejas teruk walaupun bukan salah kita.

Itulah sebab kena Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali sarankan sekurang-kurangny 10% - 15% kekayaan kita patut ditukarkan kepada emas.

Kalau berlaku kegawatan, simpanan emas kita tetap bertahan. Ringgit jatuh mendadak, harga emas naik mendadak juga.

Dan berita buruknya, kalau kegawatan benar-benar terjadi, ia datang tanpa amaran!

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie

#TipKayaDenganEmas
Istimewanya emas, nilainya melekat pada emas tu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Ia tak perlukan 'marketing' hanya semata-mata nak bagitahu ianya bernilai.

Sebab Tuhan memang ciptakan emas sebagai 'duit' dan kekayaan sebenar untuk manusia. Hinggakan emas juga dijadikan ganjaran untuk penghuni Syurga kelak.

Simpanan emas, kita sebenarnya simpan kekayaan yang sebenar. Tiada siapa boleh musnahkan nilai emas. Walaupun dalam bentuk debu sekalipun, ia tetap emas dan ia tetap bernilai.

Ianya satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak sesekali akan jatuh kosong. #BukuWangEmas #TipKayaDenganEmas

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie