Kongsi Ilmu byHudaSani
46 subscribers
119 photos
20 videos
4 files
63 links
Download Telegram
Ramai yang tanya saya tentang QM tempoh hari.

Sensitif juga ttg QM ni kerana ramai rakan² yang terlibat.

Masing² mempunyai ilmu dan kefahaman tersendiri.

Bagi saya yang bukan pakar dalam bidang tijarah ini.

saya akan pegang kepada basic rules,

prinsip saya mudah.

beli emas mesti dapat emas.

beli 10 gram mesti dapat 10 gram.

mai kot mana beli 10 gram dapat 50 gram?

bila sistem complicated dan keuntungan yang too good to be true, a.k.a bagi saya macam tak berapa nak logik.

ianya adalah early sign red flag 🚩

betul ada yang sempat merasa "profit" dan sempat dapat emas.

tapi bagi yang terkemudian ni, semoga dapat la balik hak masing².

beli emas kena ada ilmu bukan sekadar ikut²an

jgn beli sebab ikut sedara mara sepupu sepapat.

benda libat duit ribu riban ni boleh jadi putus sedara putus kawan.

maka pegang la prinsip

beli emas mesti dapat emas🫰🏻
Saya kongsikan cabutan pandangan seorang sahabat yang dalam bidang perbankan ini ...
not possess syariah compliance?
10 kelebihan utama emas public gold
10 kelebihan utama emas public gold
10 kelebihan utama emas public gold
10 kelebihan utama emas public gold
Impian yang sentiasa dirindui. Semoga Allah jemput kita semua ke baitullah lagi dengan jemputan paling istimewa 🥰 insha Allah. #terlalurindusampaibolehbaumekah
Kos haji menurun dengan emas? ...

Boleh dah target 100 gram dalam 2 tahun.

i.e 50 gram setahun

i.e 4.16 gram sebulan.

genap kan 4.25 gram sebulan = 1 dinar.

Mudah² an Insha Allah tahun ke tiga dah boleh buat rayuan pergi haji.
Kongsi nota kak yong. ❤️


Ramai sangat yang bertanya kepada saya sebelum ini mengenai Quantum Metal, saya hanya berkata walau syarikat pelaburan mana pun sekiranya ada yang mengatakan mereka diluluskan oleh BNM, menunjukkan mereka pun tak tahu apa yang mereka katakan.

Emas adalah simpanan atau pelaburan long term, bukan short term, kalau ada yang menjanjikan pulangan berganda dengan cepat, avoid leburkan duit anda kepada syarikat-syarikat macam tu..

Simpan emas dengan ilmu, itulah yang terbaik.

Beli emas mesti dapat emas, bukan sekadar dalam sistem yang kita tak boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal.

Simpan emas sebagai simpanan jangka panjang. Alangkah ruginya kalau kita terlepas peluang agihkan duit gaji bulanan kita kepada simpanan jangka panjang. Tak buat, bulan demi bulan, ia berlalu begitu saja dan duit tetap akan habis.

Emas juga seperti pinjaman peribadi kita dalam kesusahan. Konsep arrahnu adalah pinjaman berkoleteralkan emas. Jika ada emas, sekiranya ada keperluan kecemasan kita boleh gadai emas kita dan kemudiannya boleh bayar sikit-sikit untuk tebus emas kita balik.

Dengan emas, habis bayar dapat balik emas.

Kalau pinjaman bank, habis bayar tak dapat apa-apakan?

Jadi cara mana lebih baik?

💁🏻‍♀️Ada dikalangan kita, mereka menyimpan untuk capai sesuatu matlamat dengan lebih cepat.

💁🏻‍♀️Ada dikalangan kita adalah usahawan menjalankan bisnes, mereka faham mereka perlu alihkan modal pusingan mereka kepada emas untuk menampung keperluan bisnes dari masa ke semasa. Dengan emas, nilai modal pusingan mereke berkembang tahun demi tahun dan dapat menampung keperluan bisnes mereka walaupun kadar inflasi meningkat.

Mereka faham sekiranya modal pusingan mereka dalam bentuk matawang, walaupun banyak nilainya akan menyusut dan tidak akan cukup untuk menampung keperluan semasa.

💁🏻‍♀️Ada dikalangan kita, mereka faham, emas juga harta yang boleh dikumpul sikit-sikit. Bayangkan jika akaun simpanan anak-anak dialihkan kepada emas, mereka juga telah mengumpul  harta seawal usia.

💁🏻‍♀️Ada dikalangan kita, mereka menyimpan untuk “wealth preservation”, melindungi duit mereka dari kejatuhan nilai matawang. Mereka ini faham sekiranya mereka ada duit simpanan yang tidak digunakan dan tidak dialihkan kepada emas, walaupun ada simpanan yang banyak dalam bentuk matawang, nilai duit mereka akan menyusut.

💁🏻‍♀️Ada segelintir diantara kita, mereka meyimpan emas sebagai perlindungan sekiranya berlaku perkara-perkara yang extreme seperti peperangan dan ketika masa susah seperti yang telah berlaku di negara-negara lain sebelum ini dimana dengan emas mereka boleh dapatkan keperluan makanan.

Semoga bermanfaat dan dapat ilmu sedikit pagi ini..

#NotaShuhaidaRamli
Saya semak website QM.
QM claims isra consulting dan tawafuq consultant adalah shariah advisor mereka ...
Saya buka pula website isra, nahhh besar² dia pampang expiry of GAA, GLA, GSA ...

https://israconsulting.inceif.edu.my/announcement-of-contract-expiry-of-isra-international-consulting-sdn-bhd-and-cessation-of-acting-as-shariah-consultant-for-gold-storage-account-gsa-product-of-quantum-metal-sdn-bhd/

ANNOUNCEMENT ON THE EXPIRY OF ISRA INTERNATIONAL CONSULTING SDN. BHD.’S SHARIAH PRONOUNCEMENT ON GOLD STORAGE ACCOUNT (GSA) PRODUCT OF QUANTUM METAL SDN
Saya buka pula tawafuq,
https://tawafuqconsultancy.com/about/

Tawaquf consultancy pun tak ada mention ttg QM
PUBLIC GOLD NI PATUH SYARIAH KE?

Untuk pengetahuan anda, Akaun emas GAP dan semua simpanan emas di Public Gold telah disahkan patuh syariah sejak tahun 2017 oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dari Amanie Advisors SDN BHD, syarikat yang menyediakan khidmat nasihat syariah terkemuka di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda juga, YBhg Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar adalah penasihat syariah kepada Public Gold. Kita bukanlah pakar dalam bidang ini. Jadi kita serahkan kepada mereka yang ahli dalam bidangnya.

Gambar dibawah Ini adalah sijil patuh syariah Public Gold. Jadi tidak ada isu tentang riba dan gharar di sini. jika Public Gold tak ada sijil patuh syariah, saya sendiri pun tak nak beli emas kat sini apatah lagi nak recommend orang lain membelinya.

Saya sendiri pernah email kepada Amani Advisors dan minta pendapat dari Timbalan Mufti Selangor. Alhamdulillah feedback dari Ust Mufti ringkas sahaja

"Jika ada badan yang telah sahkan kepatuhan syariah, sebagai orang awam kita hanya patuh sahaja sebab untuk mengeluarkan sijil patuh syariah perlu penelitian yang mendalam sebelum sesuatu badan itu keluarkan sijil".

Anda boleh simpan emas dengan yakin dan selamat di dalam akaun GAP. Kenapa akaun emas GAP ini patuh syariah. Pertama sebab ia bersandarkan emas fizikal. Kedua sebab anda boleh keluarkan emas fizikal dari akaun emas anda bila bila masa saja. Anda boleh jual, beli, atau gadai bila bila masa saja.

Harap membantu kalian yang baru nak mula dalam simpanan emas serendah rm 100. Saya sertakan juga kelebihan akaun GAP dibawah. Pendaftaran percuma. Tiada upah simpan, caj atau yuran tahunan. boleh baca tentang gap disini

https://publicgold.me/hudasani/akaun-gap