Kongsi Ilmu byHudaSani
46 subscribers
119 photos
20 videos
4 files
63 links
Download Telegram
Misi 1 dinar emas
Set target, simpan emas untuk apa.
Jadi kita akan sentiasa ada motivasi untuk menambah gram emas.

Sasarkan simpanan emas untuk:
Dana kecemasan
Dana Haji
Dana umrah

Dana rumah
Dana perkahwinan
Dana pendidikan anak²

Dana percutian
Dana persaraan

Lets do it gais 👍
Goldbar 2013 vs 2023
3 cara beli emas Public Gold, di jamin semua dapat emas.
Emas mungkin tak jadikan kita kaya.

tapi ada emas, kita kekal ada harta untuk berbelanja
Kenapa Penyimpan Emas berilmu tenang bila harga emas turun naik jangka pendek?

Harga emas naik gembira, harga emas turun lagi gembira.

Harga emas bukan bergerak secara linear iaitu gerakan garis lurus. Kalau gerak garis lurus rasanya sangat tidak menguntungkan kerana kita akan sentiasa berterusan membeli pada harga tinggi dari sebelumnya.

Harga emas turun naik jangka pendek tetapi dalam jangka panjang harga emas meningkat.

Dengan keadaan ini, apa penyimpan emas perlu buat?

1. Buat pilihan untuk membuat belian pada harga rendah ini untuk menambahkan simpanan. Selain secara tunai, kaedah yang menguntungkan ialah buat secara EPP10x untuk lock harga rendah dulu. Anda juga berpeluang membeli emas yang lebih berat dengan harga rendah dan dapat membayar sedikit-sedikit setiap bulan

2. Sekiranya anda memilih menbuat simpanan dalam akaun emas GAP. Walaupun harga emas jangka pendek turun naik, dengan membuat simpanan secara konsisten samada manual atau autodebit, purata kos harga emas anda akan rendah, sebab adakalanya belian pada harga tinggi dan ada kalanya belian dibuat pada harga rendah. Cuma bila harga rendah anda ada pilihan untuk membuat belian tambahan.

3 Buat dont know saja, tapi bila harga dah naik tinggi akan menyesal. Ini sudah terjadi sebelum ini pada ramai penyimpan emas di mana mereka tidak mengambil peluang bila harga rendah bulan Jan 2023 (RM280/g) dulu. Kepada yang ambil peluang mereka dapat lock harga rendah itu dan dah nak habis bayar dah bulan Oktober ini.

4. Frust sebab baru beli sebelum ini pada harga yang lebih tinggi sikit. Ini berulang kali saya katakan kita penyimpan emas jangka panjang selagi emas itu tak dijual kita tak rugi. Dan kita bukan target harga hari ini, target kita lebih jauh lagi untuk harga cecah lebih RM500/g. Kita fokus kepada pengumpulan gram emas supaya bila harga dah tinggi dimasa depan gram terkumpul dah banyak.

5. Extreme case sebab kurang ilmu, ada yang memilih untuk berhenti terus. Ini kisah benar  dimana ramai yang berhenti pada tahun 2013 bila harga emas jatuh. Yang ada ilmu mereka faham mereka perlu ambil peluang harga rendah dan perlu konsisten supaya gram terkumpul banyak bila harga emas naik jangka panjang. Yang teruskan konsisten dari tahun 2013 adalah mereka yang sudah punya beratus gram emas, malah ada yang dah capai berkilo emas sekarang.

Untungnya penyimpan yang berilmu kerana pada tahun 2013 harga emas RM160/g. Dan harga sekarang kita penulisan ini adalah RM303/g. So rugi tak kalau anda memilih untuk mengambil tindakan begini ?

Apakah paras harga emas sekarang?

Ya walaupun harga sudah melepasi RM300/g tapi ia telah jatuh dari harga tertinggi RM320/g dan mengikut harga emas dunia ia sangat rendah iaitu USD $1,833 per auns.

Semoga penulisan ini memberi sedikit panduan untuk anda semua.

Kredit penulisan asal Kak Yong
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Naratif pergolakan yang sedang berlaku ... Selain prep emas, paling penting prep ilmu iman dan akidah ❤️ dunia harini tak tau mana betul mana tipu 😢
Q1: Adakah Public Gold dan Public Bank entiti yang sama?

Tidak!
Public Gold Marketing Sdn Bhd tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana bank.
Public Gold Marketing Sdn Bhd adalah syarikat jual beli emas dan perak.

Q2: Adakah harga emas GAP mengikut harga emas dunia?

Harga emas GAP berubah setiap 24 jam pada jam 12 tengah malam berdasarkan harga emas dunia pada ketika itu.
Walaupun harga emas dunia naik atau turun pada siang hari, harga emas GAP kekal sehingga jam 12 malam berikutnya.

Q3: Adakah wajib beli emas melalui GAP setiap bulan?

Tidak!
Tiada komitmen wajib bulanan. Anda boleh beli emas bila bila masa anda suka.
Walaupun sudah berbulan tidak beli emas, akaun GAP anda kekal aktif.
Berapa jumlah pembelian anda jugak terpulang pada anda asalkan minimum RM100 (tiada had maksima jika mahu beli lebih)

Q4: Adakah simpanan emas saya hangus jika saya meninggal dunia?


Tidak!
Jika berlaku kematian, waris yang dilantik sebagai pentadbir harta pusaka boleh hadir ke mana mana cawangan Public Gold untuk menuntut simpanan emas dalam akaun GAP simati.

Q5: Bolehkah saya simpan emas saya dalam akaun GAP tapi tidak mahu keluarkan emas fizikal?

Boleh!
Emas dalam akaun GAP boleh dijual atau dipajak terus melalui akaun GAP kepada Public Gold dan wang anda akan dimasukkan terus ke dalam bank akaun anda.
Tiada upah simpanan dikenakan. Simpanan adalah percuma.

Q6: Adakah simpanan GAP hanya sekadar nombor dan tiada emas fizikal yang disediakan?

Tidak!
Salah satu syarat untuk mendapatkan pengesahan patuh syariah adalah kesediaan syarikat untuk menyediakan emas fizikal pada bila bila masa apabila penyimpan emas ingin mengeluarkan emas fizikal.
Setiap kali penyimpan emas membeli emas melalui akaun GAP, Public Gold akan menambah stok emas fizikal dan disimpan di Public Safe (Safe Deposit Company)

Q7: Adakah simpanan emas GAP saya dilindungi PIDM?

Tidak!
PIDM hanya melindungi syarikat perbankan dan tidak melindungi syarikat jual beli emas.
Walau bagaimanapun, semua emas yang disimpan di Public Safe dilindungi insurans oleh Lonpac Insurance Berhad.

Q8: Adakah wajib bayar zakat bagi simpanan emas GAP?

Ya!
Semua jenis emas simpanan termasuk emas GAP, goldbar atau emas perhiasan yang tidak dipakai perlu dibayar zakat apabila cukup atau melebihi 85 gram dan cukup tempoh pemilikan iaitu 1 tahun.
Zakat yang perlu dikeluarkan hanyalah 2.5% dari nilai emas semasa.

Q9: Bilakah tempoh matang untuk saya jual emas saya?

Dalam Public Gold, simpanan emas anda adalah hak milik anda.
Tiada tempoh matang!
Anda boleh keluarkan emas fizikal, jual atau pajak emas anda pada bila bila masa anda mahu.

Q10: Adakah saya perlu bayar apa-apa untuk mendaftar?

Tidak!
Untuk daftarkan akaun Public Gold, tiada yuran pendaftaran dikenakan.
Pendaftaran adalah percuma.
Untuk menyimpan emas dalam akaun GAP juga tidak dikenakan caj simpanan
Anda hanya perlu bayar untuk membeli emas sahaja.


Kredit penulisan asal : Tuan Zulkifli Shafie
KUMPUL 300GRAM DALAM 3 TAHUN..

Tahniah kepada salah seorang penyimpan emas.
Bukan sikit tapi lebih 300gram dia kumpul sikit sikit dengan akaun gap.
Tau berapa nilai 300gram hari ini?
RM99,600!!

Banyak target kewangan boleh capai dengan simpanan 300gram. Antaranya :

100 gram boleh dijadikan dana perkahwinan atau dana pendidikan anak-anak.

200 gram boleh dijadikan deposit rumah/hartanah/modal perniagaan

300 gram boleh buat dijadikan sebagai dana persaraan

Menabung bukan persoalan berapa banyak kita mampu beli setiap kali, tapi disiplin dan konsisten.

Bagi yang selalu gagal simpan duit, cuba disiplinkan diri menyimpan serendah 1 gram atau RM100 sebulan.

Bertindak sekarang! Jangan ketinggalan, ramai sudah bermula dan mempunyai simpanan yang bertambah secara berterusan.

Dah boleh konsisten? buat autodebit supaya gram emas anda terkumpul secara konsisten tanpa anda sedar.

Belum boleh konsisten, cuba dulu minima RM100, bertindak sekarang untuk masa depan!

kredit penulisan : Yong Shuhaida

https://publicgold.me/hudasani
Buka mata pagi-pagi, ucap Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dia masih beri kita satu lagi peluang untuk buat sesuatu yang boleh ubah nasib kita di dunia dan akhirat.

Buka mata pagi-pagi, ucap Alhamdulillah. Bersihkan diri. Solatlah sebagai tanda kita hamba yang sentiasa ingat dan bergantung kepada yang maha pencipta.

Buka mata pagi-pagi, ucap Alhamdulillah. Pandang lah wajah orang-orang yang kita sayang. Suatu hari nanti wajah-wajah itu pasti kita akan rindui.

Buka mata pagi-pagi, ucaplah Alhamdulillah. Hulurlah sedekah sebagai pembuka hari. Itu tanda kita syukur dengan nikmat yang tidak putus-putus yang kita dapat dari Allah.

Buka mata pagi-pagi, ucaplah Alhamdulillah. Bacalah Al-Quran di awal pagi. Itulah yang akan menolong kita selepas kita mati.

Buka mata pagi-pagi, ucaplah Alhamdulillah. Fikir apa lagi yang boleh kita buat. Supaya kita jadi manusia terbaik yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia lain.

Selamat pagi semua.

Buka mata pagi-pagi, ucaplah Alhamdulillah. Tulislah sesuatu yang baik sebagai bacaan. Jika tidak mampu menulis, maka cukuplah sekadar membaca yang baik-baik saja sebagai ubat hati.

Semoga bermanfaat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Part 1 : Seminar membina 10 juta
Kisah Cheetah n gazelle ...
Pilihan dalam kehidupan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Part 2 : Seminar membina 10 juta
Instrumen pelaburan yang selamat ialah yang berada dalam kawalan kita sendiri ...

- emas akan slowly takes over world currency ...
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Part 3: Seminar Membina 10 juta.

emas adalah matawang tanpa sempadan
simpan emas, kita tak kisah duit RM turun.

orang muda:
- simpan duit untuk dana kecemasan.
orang bujang simpan 3 - 6 bulan dana kecemasan sudah memadai.
baki simpanan simpan dalam bentuk emas.

- jangan terpengaruh dengan influencer tak bertauliah. yang salah bagi ilmu tentang tak payah ada aset 🤷🤦

- kita semua kena ada aset. sekurang²nya ada 1 rumah. dan banyakkan simpanan emas.

- kisah musang dan ceri.
Jangan jadi musang ya.
Dan jangan terpengaruh dengan musang.
bila you tak berjaya, tak dapat, you tak nak orang lain pun tak dapat.
busuk hati.

dia tak mampu beli emas,
so dia pun tak nak orang lain beli emas
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Part 4: Seminar membina 10 juta

5 fasa penyimpan emas :

fasa 1: Beli emas. beli je. ada duit/cari duit beli je emas.
- kadang² tak sabar ter jual emas.
- ada orang beli tapi x berjaya simpan

fasa 2: Beli dan simpan emas.

fasa 3: menunggu emas

fasa 4: beli dan simpan emas dengan matlamat.
contoh beli dan simpan utk kahwin, pergi haji, beli rumah cash dsb.nya.

fasa 5: penjual emas.

tempoh long term short term
1, 3, 5 tahun.
tapi tempoh ni dipengaruhi pelbagai faktor, antaranya umur dan situasi semasa dalam dan luar negara.

instrumen simpan emas perlukan kesabaran.

Macam yang selalu acik.huda pesan kat client:
emas mungkin tak jadikan kita kaya, tapi ada emas kita kekal ada harta (huda, 2018) 😂
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Part 5: Seminar membina 10 juta.

yang bujang simpan 30% dari pendapatan.
(20% cash, 10%gold)

mesti simpan sebelum ada komitment keluarga.

pastikan simpanan emas boleh survive

2-3 tahun baru plan pergi bercuti.

simpanan /pemberian yg sihat utk mak ayah sekurang² nya 5% dari income.

jgn kurang.

takkan nk bg kt mak ayah level % byr zakat 2.5%

for couples, bayaran hangus family (rumah, mkn etc) suami tanggung.

savings, takaful, wife yang cover.

jika wife bekerja.
Jaga-jaga, konflik di Timur Tengah makin parah, emas melonjak semula lepasi paras $2,050