Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
MACAM MACAM WARNA SUSU IBU

Eh bukan warna putih saja?
Pernah warna susu ibu/susu perahan selain warna putih?

Jom kita lihat apa maksud warna warna lain ni

💙Warna biru/clear : Ini adalah foremilk. Foremilk adalah susu yang dikeluarkan waktu awal pump/menyusu dan ia lebih cair serta rendah kemak berbanding dengan hindmilk. Foremilk adalah untuk melegakan dahaga baby.

💛Kuning: Jangan risau ini mungkin adalah colustrum. Susu pertama yang dihasilkan oleh badan dan sangat berkhasiat kerana ia mengandungi banyak antibodi untuk baby waktu selepas bersalin. Atau anda telah mengambil makanan yang tinggi beta carotene seperti lobak merah, labu. Ada juga susu ibu yang tukar kepada warna kuning setelah dibekukan.

💚Hijau : Ada kemungkinan anda makan terlalu banyak sayur yang mengandungi warna hijau seperti bayam, seaweed, kailan dan juga makanan/minuman yang mengandungi warna hijau (food colouring)

Merah/pink: atau ada yang panggil sirap bandung pun ada. Mungkin anda makan minum sesuatu yang mengandungi warna merah seperti ubi ubian, atau mengandunhi pewarna merah. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh luka di puting ibu yang menyebabkan darah masuk dalam susu waktu sesi pump/menyusu

🖤 Hitam/coklat: Hasil dari darah yang lama dalam saluran susu keluar ataupun ubat ubat tertentu.

Ada ke mommies pernah mengalami warna susu ini?

Sekian
Dietitian Fizah Sobri
#susuibu
#warnasusuibu
#perahsusu
#pamsusu