Jika kita risau kanak-kanak tidak boleh memegang pensil walaupun sudah 5 tahun, kita patut risau 3 perkara di bawah ini sejak mereka berusia 1 tahun..
1) Risau diri kita yang selalu tidak beri peluang kanak-kanak makan sendiri. Risau diri kita yang paranoid rumah bersepah. Apabila kanak-kanak mula makan, mereka menggunakan jari mereka. Jadi ia adalah rangsangan motor halus paling praktikal dalam awal kehidupan kanak-kanak. Mula-mula mereka akan makan dengan meramas dan memasukkan ke dalam mulut. Kemudian, mereka mula menggerakkan jari membentuk satu kepungan nasi dan mengambilnya dengan cermat.
Guna sudu juga baik. Tahukah kita, menggunakan sudu, kanak-kanak menggunakan 3 jari utama yang sama apabila mahu memegang pensil dan menulis. Jika kanak-kanak sudah boleh menggunakan sudu dan garfu pada satu masa, itu hebat!
2) Risau diri kita yang tidak mahu beri peluang pegang gunting. Tahukah kita, menggunakan gunting, kanak-kanak menggunakan 3 jari utama yang sama apabila mahu memegang pensil dan menulis. Jika kanak-kanak sudah boleh menggunting, mereka biasanya tiada masalah dengan menulis dan melukis. Mereka boleh melukis apa saja dengan baik mengikut peringkat umur.
Sekiranya risau dengan keselamatan, pastikan kita sentiasa bersama semasa melakukan aktiviti ini dan simpan di tempat yang selamat selepas menggunakannya sehingga pemikiran logik kanak-kanak boleh membezakan bahaya dengan tidak bahaya.
3) Risau diri kita yang selalu tidak beri peluang kanak-kanak bermain messy art dan permainan lasak. Asas untuk kanak-kanak merangsang menggunakan anggota badan dan jari adalah sensori. Antara sensori yang terlibat dalam membantu kanak-kanak mencapai perkembangan kemahiran menulis adalah proprioceptive (sendi dan otot) dan tactile (sentuhan).
Banyakkan kanak-kanak bermain warna air, sabun, jelly, slime dan sebagainya supaya rangsangan lebih kepada kulit dan jari. Banyakkan mereka bermain monkey bar, memanjat dan permainan lasak, supaya otot sebelah atas mendapat rangsangan secukupnya.
Nurul Ilyani
Loppy Education
#theworldisourclassroom
#theworlsisourplayroom