Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Anak kecil pon perlu diberi makanan yang seimbang dan sihat.

Masukkan 2-3 kumpulan makanan di dalam satu menu untuk membentuk sebuah hidangan yang seimbang.

Sesetengah anak kecil hanya mahukan sejenis makanan yang disukai sahaja di dalam pinggan mereka. Contoh, mee goreng tanpa sayur, nasi dengan kicap tanpa lauk atau lempeng kosong.

Maka para ibubapa pon memenuhi kehendak mereka kerana mungkin untuk elak pembaziran atau tidak mahu 'berperang' dengan si kecil.

Namun tindakan begini sebenarnya hanya akan meningkatkan lagi kebarangkalian anak anda menjadi 'picky eater'. Ia juga mungkin menyebabkan masalah malnutrisi bagi sesetengah nutrien tertentu atau terlebih nutrisi yang mengakibatkan obesiti apabila banyak yang masuk adalah makanan padat tenaga sahaja.

'Jadi apa perlu kami para ibubapa buat?'

Teruskan dedah anak anda dengan hidangan yang seimbang. Sebuah hidangan yang seimbang biasanya akan ada 2-3 kumpulan makanan. Jangan terus keluarkan sayur dari pinggan mereka.

Ya mereka mungkin tidak suka ia berada di situ. Biarkan sahaja. Anda mungkin perlu dedahkan berpuluh-puluh kali sebelum mereka mahu mengunyahnya. Namun, itulah usaha yang penting untuk mengelak anak anda menjadi pemilih dan membentuk si pemakan yang sihat 🙂🙂.

#pemakanananakkecil