OBESITI KANAK-KANAK- BAGAIMANA MENANGANINYA⁉️
MALAYSIA mencatatkan 6.4% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang mengalami masalah berlebihan berat badan.
MALAYSIA merupakan negara kedua tertinggi kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 -19 tahun di Asia Tenggara. Manakala
kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa Malaysia adalah yang tertinggi di Asia.
Fahamkan bahawa kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes. Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular.
Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenik!
#jomcegahobesiti
#obesitikanak2
#generasisihat
#Nutritionistkkm