Bayi Comel Sihat Ceria
483 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*PETUA HILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK*

1. Rehat secukupnya

Ibu bapa perlu mengelakkan bawa anak keluar ke tempat-tempat sesak dan ramai orang kerana anak akan berasa terlalu letih dan melambatkan proses penyembuhan.

Selain itu, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain.

2. Tepuk percussion

Tepuk ini bagi memudahkan pengeluaran kahak. Caranya dengan
menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.

3. Mandi lemon

Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

4. Urutan

Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam.

5. Sedut hingus

Ibu bapa boleh mengeluarkan hingus anak dengan cara menyedut hingus tersebut menggunakan alat penyedut hidung. Alat ini boleh didapati di farmasi dan klinik.

6. Jaga pemakanan

Ibu perlu menjaga pemakanan jika menyusu anak sepenuhnya. Ibu boleh banyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sup ayam dan daging.

Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema.

#mamazahrasharing