Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*Tips masak bubur bayi dengan pantas setiap hari*
=====================
Antara alatan dan cara memasak yang boleh di praktikkan :

1. ELB(electric lunch box)

Pernah dengar? Google je..kat shopee, lazada pun ada πŸ˜„.
Dalam 1 masa boleh masak 3 benda. Contoh nya satu tingkat masak nasi, tingkat dua masak sup - sayur/ayam/ikan singgang/tofu telur. Tingkat 3 kukus pau homemade, apam, kek pisang, lepat (untuk snacking anak, kudapan kat rumah pengasuh/minum petang). Dah settle makanan dia untuk 1 hari kan. πŸ˜€ .Kena sediakan juga jadual menu yang berbeza setiap hari..untuk buat anak seronok makan hari-hari. ☺️

Kalau nak masak nasi asing untuk anak pun boleh. Sebab masak sikit je, tak hangit. Nak nasi lembut, lebihkan air. Nak nasi tekstur kasar sikit, sukat air. Cuba hingga berjaya dapat tekstur nasi yang di ingini. 😊

Guna ELB untuk masak 3 tingkat ni dalam 45-60 minit. Keistimewaan dia..kita tekan suis lepastu tinggal lah. Boleh kita buat kerja lain. Kalau pagi-pagi tu..pukul 6pagi tekan, jam 7 dah siap masak semua 😊.
Lepas tu..bolehlah pindahkan bekal ke thermos. Atau bekalkan terus ELB ni ke rumah pengasuh. Jadi..bila nak panaskan, beri bayi makan, pengasuh cuma tambah air kat bawah (air kukus) sambung plug dekat punca letrik dan tekan on. Dalam masa 15 minit, bubur pun dah panas πŸ™‚. Bila dah bekalkan ELB ke pengasuh, tak perlu simpan dalam thermos dah. Boleh pilih mana-mana cara yang disukai πŸ˜„

2. Slow cooker
Periuk slow cooker ni kelebihan dia..kita masukkan apa yang kita nak masak malam hari, esok pagi dah siap masak panasΒ² fresh. Jadi mak-mak tak kalut dah. Siap bubur nasi. Boleh tambah kentang atau lobak dan isi ayam sekaligus.
Cuma ianya tak sesuai letak sekali sayur berdaun hijau. Sebab sayur akan layu. Cara lain, pagi-pagi tu tukar setting mode dari slow ke high/auto dan masukkan puri frozen sayur. Puri frozen ni pula..kena lah siap sediakan stok untuk seminggu dua ya 😊. Lepas puri dah cair, kacau² dan boleh kisar lagi atau terus simpan dalam thermos tahan panas. Bubur bayi ikutlah tekstur yang bayi dah pandai makan ☺️

3. Beras frozen
Sebelum buat beras frozen..kita kena tahu sukatan kuantiti berapa anak selalu makan setiap kali masak bubur atas api. Contohnya..anak biasa makan 2 sudu besar beras yang belum masak. Untuk sekali makan. Untuk satu hidangan. Jadi, kuantiti itu yang kita frozenkan.
Cara-cara frozen :
🍚Basuh bersih beras anak. Beras wangi atau sumo.
🍚Masukkan dalam bekas kecil
🍚Isi air melebihi paras beras sedikit
🍚Masukkan dalam bahagian peti sejuk beku.
🍚Siap

Cara-cara nak masak beras frozen :
πŸ₯˜ Keluarkan seketul beras frozen dari bekas
πŸ₯˜ Masukkan dalam periuk
πŸ₯˜ Masukkan sedikit air
πŸ₯˜ Panaskan periuk dan masak beras sehingga menjadi bubur.
πŸ₯˜ Boleh tambah air ikut tekstur anak biasa makan. Nak likat, nak cair. Terpulang pada ibu ya.
πŸ₯˜ Selepas 15 minit. Siap masak bubur nasi. Boleh tambah puri frozen sekali masa masak tadi 😊

4. Makanan bayi Fawwaz
Cara yang ni paling pantas lah *5 minit dah siap.*
Hanya tambah air panas untuk dapatkan tekstur bubur.
Dan tabur-tabur serbuk ayam/ikan bilis/keju dan sayur-sayuran.
Kacau-kacau siap. Tak perlu masak atas api, panaskan periuk, frozenkan beras.
Tiada bahan pengawet, gula mahu pun garam. Nak bawa ke sana ke mari pun mudah πŸ˜„. Jimat masa dan mudahkan kerja ibu di dapur ❀️

Semoga memberi manfaat pada ibu-ibu ya. Boleh share tips ni pada kawan-kawan ibu juga πŸ˜„

#hajarhashim
#fawwazbabyfood