Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*NAK ANAK BAGI EYE CONTACT?
AJAK ANAK MAIN 3 GAME NI*

1. Pop bubble yang kita tiup sambil duduk depan cermin dengan anak.

2. Guna kotak gulungan tisu yang dah habis tisunya. Ajak anak teropong bergilir dengan kita.

3. Ajak anak duduk dalam kotak, tutup dengan selimut, dan "cak cak" anak lepas kiraan 3.

Simple kan?

Tapi...
Ketiga-tiga aktiviti simple ni, akan create ENGAGEMENT antara kita dengan anak.

ENGAGEMENT akan menyebabkan anak rasa teruja dengan kita yang tengah main dengan dia.

Teruja akan buat anak rasa mahu lagi untuk berkomunikasi dengan kita, dan akan menghasilkan eye contact yang natural, tanpa paksaan

#ParentingWithoutJudgement
#TipsOT
#TipsKomunikasi
#sebarkan
RISAU SUNGGUH BILA KITA PANGGIL, ANAK TAK MENYAHUT KAN?😥

Anak 8 - 10 bulan, sebenarnya dah boleh menyahut panggilan, atau menoleh bila nama dipanggil tau.

Biasanya kalau kita panggil je nama dia...
"Husam...."

Anak akan terus menoleh.

😥Tapi, macam mana pula kalau anak kita BUAT TAK TAHU BILA KITA PANGGIL?

Kalau tanya saya, sebagai terapis, saya akan cadangkan 2 PERKARA PENTING:

1. CEPAT-CEPAT JUMPA TERAPIS

Yang ni memang penting. Terapis kanak-kanak akan tengok samada anak anda ada kelewatan perkembangan tak.

Nanti, terapis akan cadangkan jumpa doktor untuk lakukan diagnosis. Biasanya nak jumpa doktor ni, kena tunggu appointment. So, jangan lengah terus jumpa terapis berdekatan dulu.

2. CEPAT-CEPAT BUAT AKTIVITI RANGSANGAN

Yang ni yang TERPALING PENTING.

Sementara nak tunggu appointment dengan terapis, (biasanya jumpa terapis selang seminggu ke selang sebulan).

Buat aktiviti rangsangan 15 - 30 minit setiap hari dengan anak.

Nak buat aktiviti apa?
Ha... ni yang ibu ayah kena belajar.

Anak yang tak menyahut bila panggil ni, kita khuatir ada masalah sensori.

Sensori tu apa?
Sensori tu deria.

Anak ni susah nak adjust deria dia untuk dengar, untuk pandang apa yang orang sekeliling dia cakap dan buat.

Ibu ayah kena belajar buat aktiviti multisensori.

Senang sebenarnya.

Ni saya share 10 aktiviti yang boleh bantu anak lebih peka dengan panggilan kita.

Penerangan lanjut tentang aktiviti, ada di ruang gambar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157918294623323&id=627523322

1️⃣ Cabut sepit dari kad
2️⃣ Sepit di kad
3️⃣ Kutip, simpan dalam tabung
4️⃣ Cari dalam beras
5️⃣ Tiup buih sabun
6️⃣ Bunyi Xylophone
7️⃣ Patung mandi dengan span air
8️⃣ Cuba teka kotak mana?
9️⃣ Roda bergolek
🔟 Banyaknya belon!

Aktiviti ni semua akan bantu anak peka dengan kita yang sedang main dengan dia.

Bila anak lebih peka, baru lah anak lebih senang nak BELAJAR BERCAKAP.

Selamat mencuba ya, ibu ayah

#OTAisyahRozalli
#ParentingWithoutJudgement
#GymCademy
#GoCilik
#GCATeam