Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
NOTA PENTING.
.
1. EBM - expressed breast milk (susu ibu yang diperah)
2. FRESH EBM - (susu ibu yang baru diperah)
3. FROZEN EBM - (susu ibu yang dibekukan)
4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang disimpan di chiller dan tidak dibekukan).
.
Tempoh hayat susu:
.
1. FRESH EBM :
Tahan 4 jam di dalam suhu bilik, 8 jam dalam (bilik beraircond) serta tahan 1 jam selepas dipanaskan.
.
2. CHILLED EBM :
Tahan 5 hari dalam chiller. Lepas 5 hari boleh naikkan ke freezer dan boleh bertahan 3 bulan.
Tahan 1 jam selepas dipanaskan.
.
JIKA anak dah minum PERLU habiskan dlm masa 1 jam kerana air liur telah bercampur dgn susu.
.
**(Nota penting: 'cleanliness of milk expression technique' atau langkah-langkah kebersihan yang ibu lakukan selepas sesi perahan seperti;
.
(i) mencuci tangan dengan bersih sebelum mengepam,
.
(ii) mencuci corong selepas setiap sesi perahan dengan menggunakan air sabun suam,
.
(iii) meletakkan EBM dengan segera ke dalam chiller,
.
(iv) memastikan suhu dalam cooler bag sentiasa sejuk).
.
**Sumber: Academy of Breastfeeding Medicine's Clinical Protocol

3. FROZEN EBM :
Tahan 2 minggu utk peti ais 1 pintu,
Tahan 3 bulan untuk peti ais 2 pintu,
Tahan 6 bulan untuk deep freezer.
.
Tahan 1 jam selepas dipanaskan dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak.
.
Pastikan kuantiti frozen EBM disukat mengikut keperluan anak untuk mengelakkan pembaziran susu dibuang.
.
#LIKE dan #SHARE post ni supaya lebih ramai mommies yang akan mendapat manfaat dari info ini. 😍 😍
.
#TAG sekali kawan-kawan menyusu mommies untuk kongsikan bersama tips dan info menarik ni 😘 😘

Kredit : Ummi Najla