Bayi Comel Sihat Ceria
483 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*Assalamualaikum mommies, ok petang ni saya buat ulang kaji sikit untuk BABY 6 BULAN ya*, *info yang berkaitan mummy boleh starred 🌟 siap siap 😉:*

*Tekstur Makanan*
Haruslah halus mulus atau stage 1. Mudah baby hadam dan tak ada masalah sembelit.

*Bubur vs Puree Buah or Sayur*
Memana pun boleh. Kalau anak tak cukup berat bagi la bubur nasi. Kalau anak ok berat boleh mulakan puree sayur atau buah.

*4 Days Rule (4DR)/3 Days Rule (3DR)*
Wajib dibuat untuk kenal pasti anak alergik tak, sembelit tak, cirit birit tak. Setiap kali _intro_ makanan baru sila la buat 4days rule/3days rule yer.
Contoh :
Day 1-4: Bubur nasi
Day 5-8: Bubur nasi + puree ayam
Day 9-12: Bubur nasi + ayam + puree sayur
Begitulah seterusnya.

*Food Diary*
Seeloknya ibu ibu catat apa makanan yang diberi pada anak dan tengok apa reaksi anak. Suka ke tak suka ke, alergik ke tak ke. So senang buat rujukan dan meal planning.

*Tak Boleh Garam, Tak Boleh Gula di bawah Usia 2 Tahun*
Usus baby sangat la tak matang lagi untuk menghadam dua benda ini. Sebab ia memerlukan kerja lebih untuk di hadam. So sayangilah usus anak anda.

*Berapa Kali Sehari Makan*
Baru nak kenal makanan masa 6 bulan ini. Satu kali sehari sudah memadai. Tapi kalau nampak anak nak lagi boleh bagi lagi. Cuma jangan terlampau lebih lebih pula. Sederhanalah dalam segala urusan.

*Sumber Protein*
Di awal peringkat permakanan ini elok kenalkan anak dengan sumber protien iaitu ayam dan daging. Anak seawal 6 bulan lebig boleh dah makan ayam dan daging. Blend halus campur dalam bubur.

*Air*
Dah bagi makan jangan lupa suap air juga ke anak. Kesian nanti tercekik pula. Air secukupnya jangan lebih.

#InfoBaby6Bulan