Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Mee Sup Yumny
==============

Bawang putih
Bwg holland hiris
Daging
Sawi
Tomato
Air
Gaul semua.

Mee sup yumny is done 🍜

#yumnykerteh
Morning everyone! Oleh kerana Kak Hajar rasa 'happy' sebab dapat feedback dari sis ni..kita share resepi ya 🀩

Resepi Mee Bayam Olio Aglio
========================

Bahan-bahan :

Mee bayam #yumny
Bawang holland
Bawang putih
Lobak
Udang
Lada
Tomatoes
EVOO

Kredit : Nur Ain

#1y2m
#yumnykerteh

P/S : Nak cuba mee yumny boleh pm tepi 😁
Resepi Mee Labu Sup
=================
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji buah keras
3 sudu besar minyak zaitun
100g dada ayam (dipotong kecil2)
1 batang saderi
5 batang baby carrot
3 cawan air
1 pek mee labu #yumny
Pink himalayan salt (1y++)
Lada hitam

CARA-CARA
1. Tumbuk bawang putih + bawang merah + buah keras
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bahan2 tumbuk sehingga naik aromanya dan keperangan
3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil2. Kemudian masukkan 3 cawan air, biarkan sehingga simmering
4. Masukkan batang saderi dan baby carrot. Tutup periuk
5. Apabila sup mendidih masukkan garam dan lada secukup rasa di ikuti dengan mee labu. Biarkan selama 2-3minit
6. Siap utk dimakan. Nak sedap lagi tabur sedikit bawang goreng
Selamat mencuba!

#onepotnoodlesoup #pumpkinnoodles #meesayur #meelabumanis #meelobakmerah #meebayam #toddlerfood #simplerecipe #resepiringkas #masakcepat #dapurmama #mamasihat #yumnykerteh #mamacergas - #regrann
Resepi Mee Bayam Goreng
======================
Simple dan sedap! Fast n furious 🏎️

Bahan-bahan
Minyak zaitun
Bawang putih
Bawang merah
Isi ayam
Lobak
Mix herbs

Cara
Tumis bebawangs dengan minyak zaitun. Masukkan lobak dan isi ayam. Kacau sehingga masak. Masukkan mee bayam #yumny yang sudah dicelur, beserta mix herbs.
Gaul rata. Siap! πŸ˜„

Kredit : Ninie Halim

#yumnykerteh #lunch #idea #toddler #simple #easy #peasy #yummy #delicious #toddler #healthy #meesayur #spinach #carrot
Resepi Mee Labu Laksa/Laksam Ganu
===============================

Bahan kuah :
8 ekor ikan pelaling/kembung direbus dan dibuang tulang
500ml santan
2 sudu besar lada hitam dikisar
2 cawan air
4 ulas bawang merah ditumbuk
1 1/2 biji lemon
Garam pink ( 1 tahun ke atas )

Cara-cara:
1. Ikan pelaling atau ikan kembung direbus dan dikeluarkan isi dari tulang. Tumbuk ikan tersebut.

2. Masukkan ikan, lada hitam, lemon dan garam ke dalam santan.

3. Perahkan lemon sedikit demi sedikit untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu masam.

4. Untuk menjadikan kuah tahan lama, maka boleh masak kuah tersebut. Kacau kuah dengan api perlahan. Apabila didih sedikit, tutup api dan terus kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.

Bahan mee :

Rebus Mee labu sehingga kembang dan lembut. Toskan.

Siap!

Kredit : Husna Kamal

#meelabu #resepi #recipe #ganu #laksa #laksam #toddler #meesayur #yumnykerteh #healthy #happy #delicious #yummy #tasty
Resepi Mee Sup Yumny Yummies 🍜
============================

Bahan
Minyak zaitun
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk ayam
Serbuk kayu manis
Parsley
Telur
Garam pink himalaya (1 tahun ke atas)
Air secukupnya
Mee sayur #yumny

Cara
Tumis bwg merah + bwg putih
Masukkan semua bahan
Masuk mee..tggu kembang..

Siap!

Kredit : Nursyafiqah Musa

#meesayur #yumnykerteh #sihat #resepi #ringkas #healthy #meelobak #meebayam #meelabu #kids #toddler #veggies #spinach
RESEPI MEE BAYAM BOLOGNESE
============================

Bahan-bahan :

150g mee bayam #yumny (1 pek)
5 biji tomato dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland hiris
1 sudu besar lada hitam - agak2
2 sudu besar daun oregano kering
2 sudu besar daun basil kering
1 cawan stok ayam (air rebusan ayam)
1 sudu cili (cili kering rebus dan blend) - ikut tahap kepedasan memasing
5 sudu besar minyak
2 sudu gula perang ( 2y ++)
Garam pink himalaya (1y ++)
Bebola daging/ayam

Cara-cara:

1. Kisarkan bawang besar dan bawang putih.
2. Tumiskan bawang holland sehingga perang. Masukkan bawang blend, cili dan masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan daun oregano, basil dan lada hitam.
4. Masukkan tomato kisar, stok ayam, bebola dan masak sehingga pecah minyak dan naik bau.
5. Siap! 🍝

* Mee Bayam kering dicelur terlebih dahulu selama 5 min. Cara celur, didihkan air terlebih dahulu dan masukkan mee kering.

#meesayur #meebayam #meelobakmerah #meelabumanis #makanansihat #yumnykerteh
RESEPI MEE LOBAK HAILAM
========================

Bahan :
1 pek mee lobak #yumny
Udang
Tomato sebiji - potong dadu
Sedikit halia
Lobak
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Rempah kari
1 cawan air
Minyak masak
1 sudu tepung beras
2 sk gula perang ( 2y ++)
1 sk garam pink ( 1y ++)

Cara :
1. Tumis bawang sehingga perang.
2. Masukkan serbuk kari dan lada hitam. Bila dah naik bau, masukkan air dan semua bahan lain. Tunggu sehingga kuah mendidih.
3. Akhir sekali, masukkan mee lobak yang sudah dicelur.
4. Siap! 🍜

#yumnykerteh #meesayur #meelobak #meecarrot #meelabumanis #meepumpkin #meebayam #meespinach #veggies #healthy #recipe #resepi #khasiat
Resepi Mee bayam tomato
======================

Bahan
Mee bayam #yumny
Tomato paste (10m ++)
Garlic paste
Sosej homemade

Caranya

Rebus mee bayam hingga lembut, toskan dan ketepikan.

Tumis bawang dan garlic paste dengan hingga naik bau.

Masukkan tomato paste, sosej homemade dan mee bayam.

Gaul rata hingga masak.

Siap! Selamat mencuba!

#yumnykerteh #meebayam #spinach #carrot #pumpkin #meesayur #meelabumanis #meelobakmerah #veggies #khasiat #toddlermeal #menu #recipe
Anyone looking for healthier choice of noodle can try this. Mee sayur dibuat menggunakan 100% sayur segar. Cepat, sihat & sedap.
.
Semua nak tahu rahsia masakan mee sayur Caramelized Pumpkin 🍝
.
Jom! 😊

Resepi Mee Sayur Labu Karamel
==========================
.
Bahan
1/2 labu dipotong dadu
150g mee labu manis (kering)
1/2biji bawang holland
8 biji bebola daging
3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 sudu besar serbuk lada sulah
3 sudu besar butter (gunakan pure butter untuk rasa yang lebih sedap)
3 sudu minyak untuk menumis
Garam pink ( 1y ++)
.
Cara
1. Gorengkan labu dengan butter. Letak tepi.
2. Tumis bawang putih, lada sulah, bawang holland.
3. Masukkan mee labu.
4. Setelah mee masak, tutup api. Masukkan labu yang telah dikaramel tadi.
5. Sedia dihidangkan.

Selamat menjamu selera!

Dapatkan #meelabumanis SEGERA!

Kredit : @muazarah.bbshop (brunei)
.
TANPA PENGAWETπŸ’šTANPA PEWARNAπŸ’šKHASIAT SAYURπŸ’š
.

#meesayur #meesihat #vegetablenoodles #foodfortoddler #healthyandyummy #yumnykerteh
NAK TAHU TAK?
.
1. Mee sayur mempunyai kandungan indeks glisemik yang sangat rendah yang membuatkan ianya sesuai untuk sesiapa yang ada masalah DIABETES.
.
2. Selepas makan mee sayur, kita takkan rasa terlampau kenyang atau BLOATED dan juga tak rasa cepat lapar.
.
3. Kerana kandungan FIBER yang tinggi daripada sayur-sayuran, mee sayur mudah dihadam dan dicernakan oleh badan.

Nak cuba mee sihat yumny? Boleh pm tepi 😊

#meesayur #infomeesayur #sharingiscaring #meebayam #meelobakmerah #meelabumanis #noodles #vegetablenoodles #spinachnoodles #carrotnoodles #pumpkinnoodles #healthynoodles #yumnykerteh
Resepi Mee Labu Sizzling πŸ’“
======================

Bahan:

1 sudu cili kering blend
1/2 sudu udang kering
1/2 sudu ikan bilis
1/2 ibu jari halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar gula perang ( 2y ++)
1 sanggul mee labu kering
5 kuib potongan ayam
5 cendawan shitake dihiris
1/2 biji bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air

Cara-cara :
.
1. Rendamkan mee labu kering dalam panas selama 3 min. Sementara itu...
2. Kisarkan cili kering, halia, ikan bilis, udang kering.
3. Tumiskan bawang, bahan kisar dan gula perang sehingga warna perang pekat atau dark coklat.
4. Masukkan lada hitam, air, ayam dan cendawan.
5. Masukkan mee labu kering, dalam 3 min tutup api dan sedia hidang.
6. Jangan goreng mee labu terlalu lama untuk elak dari terlalu kembang.
.
p/s :

1. Gula perang jika diganti dengan molases lebih enak!😊
.
2. Tak perlu rendam mee sampai lembut, mee akan lembut semasa goreng Insyaallah😊

SELAMAT MENCUBA!πŸ˜‰

Kredit : Husna Kamal

#yumnykerteh #meesayur
Resepi #meelobak Rebus Udang 🦐
===========================

Bahan:

50g tulang lembu/daging
5 ketul udang laut ( 1y ++)
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih tumbuk
1/2 ibu jari halia tumbuk
1 biji ubi keledek oren
5 sudu besar minyak menumis
Garam pink ( 1y ++)
Sedikit hirisan daun bawang, tauhu, telur rebus(jika mahu), bawang goreng

Cara :

1. Panaskan kuali, dan goreng cili kering. Setelah itu, blend.
2. Tumis kembali cili kering blend, halia dan bawang putih.
3. Sementara itu, rebus tulang daging.
4. Masukkan bahan tumisan dalam air rebusan daging.
5. Tumbukkan ubi keledek dan masukkan dalam kuah. Masukkan udang. Jangan masak udang terlalu lama. Garam secukup rasa.
4. Celurkan mee sayur.
5. Sedia untuk dihidangπŸ˜€

Selamat bersarapan ❀

Kredit : Husna Kamal

#meelabu #meebayam #veggies #meesayur #yumnykerteh #noodles #vegetables #yummy #kids #meal #recipe #healthy #seafood
MEE LOBAK AYAM MADU
=====================

Bahan
2 biji bawang merah(hiris)
2 ulas bawang putih(hiris)
Halia 1 inci(ketuk)
Sedikit isi ayam(dipotong kecil,perap dengan madu dan sedikit serbuk lada hitam selama 10 min) Madu utk 1y ++
Lobak,kobis bunga dan sawi.(potong kecil)
Sedikit lada sulah
Garam pink ( 1y++)
Satu sudu tepung jagung(dibancuh dengan sedikit air)
Air masak secukupnya.

Cara
1. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia bersama sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah diperap hingga separuh masak.
3. Masukkan lada sulah.
4. Masukkan air masak dan biar hingga mendidih.
5. Masukkan sayur,garam dan tepung jagung yang telah dibancuh,biarkan kuah pekat sedikit.
6. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dinikmati bersama mee lobak.

🌟Untuk lebih ummph,tambahkan cili padi potong,bawang goreng dan perahan limau kasturiπŸ‘πŸ‘
(Bagi dewasa saje la hehe)

🍜Selamat mencuba!😁

#meelobak #meelabu #meebayam #yumnykerteh #meesayur #resepimeesihat #kids #healthy
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mmm..sedap..sedap. Sambil angkat tangan cenggini haa πŸ‘πŸΎ
Mee goreng labu manis yumny.

Alhamdulillah. Habis sepinggan πŸ˜„

InsyaAllah cuti sekolah kita COD Segamat. Berminat boleh wasap tepi ye 😊

#yumnykerteh #meesihat #meesayur #meelabumanis #meelobak #meebayam
' Sebelum ni anak memang tak makan sayur..
Tapi..mee sayur ni diorang makan pulak.. hehehe πŸ˜„
Rasa dia tak yah cakap la..memang awesome πŸ‘πŸΎ'
- Kak Arra

Senang je kan nak beri anak makan sayur 🌿 sambil makan mee 🀫
Puan Arra dah cuba mee sayur yumny πŸ˜„. Ada lobak merah, bayam dan labu manis. Nak cuba juga? Boleh wasap tepi ☺️

πŸ₯•πŸŽƒπŸŒ³

#yumnykerteh #meesayur #meesihat #noodles #vegetables #lobak #labu #bayam #sayur #khasiat #serat #fiber #mata #vitamin #1y++