Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Resepi Mee Sup Yumny Yummies 🍜
============================

Bahan
Minyak zaitun
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk ayam
Serbuk kayu manis
Parsley
Telur
Garam pink himalaya (1 tahun ke atas)
Air secukupnya
Mee sayur #yumny

Cara
Tumis bwg merah + bwg putih
Masukkan semua bahan
Masuk mee..tggu kembang..

Siap!

Kredit : Nursyafiqah Musa

#meesayur #yumnykerteh #sihat #resepi #ringkas #healthy #meelobak #meebayam #meelabu #kids #toddler #veggies #spinach
RESEPI MEE LOBAK HAILAM
========================

Bahan :
1 pek mee lobak #yumny
Udang
Tomato sebiji - potong dadu
Sedikit halia
Lobak
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Rempah kari
1 cawan air
Minyak masak
1 sudu tepung beras
2 sk gula perang ( 2y ++)
1 sk garam pink ( 1y ++)

Cara :
1. Tumis bawang sehingga perang.
2. Masukkan serbuk kari dan lada hitam. Bila dah naik bau, masukkan air dan semua bahan lain. Tunggu sehingga kuah mendidih.
3. Akhir sekali, masukkan mee lobak yang sudah dicelur.
4. Siap! 🍜

#yumnykerteh #meesayur #meelobak #meecarrot #meelabumanis #meepumpkin #meebayam #meespinach #veggies #healthy #recipe #resepi #khasiat
Resepi #meelobak Rebus Udang 🦐
===========================

Bahan:

50g tulang lembu/daging
5 ketul udang laut ( 1y ++)
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih tumbuk
1/2 ibu jari halia tumbuk
1 biji ubi keledek oren
5 sudu besar minyak menumis
Garam pink ( 1y ++)
Sedikit hirisan daun bawang, tauhu, telur rebus(jika mahu), bawang goreng

Cara :

1. Panaskan kuali, dan goreng cili kering. Setelah itu, blend.
2. Tumis kembali cili kering blend, halia dan bawang putih.
3. Sementara itu, rebus tulang daging.
4. Masukkan bahan tumisan dalam air rebusan daging.
5. Tumbukkan ubi keledek dan masukkan dalam kuah. Masukkan udang. Jangan masak udang terlalu lama. Garam secukup rasa.
4. Celurkan mee sayur.
5. Sedia untuk dihidang😀

Selamat bersarapan

Kredit : Husna Kamal

#meelabu #meebayam #veggies #meesayur #yumnykerteh #noodles #vegetables #yummy #kids #meal #recipe #healthy #seafood
MEE LOBAK AYAM MADU
=====================

Bahan
2 biji bawang merah(hiris)
2 ulas bawang putih(hiris)
Halia 1 inci(ketuk)
Sedikit isi ayam(dipotong kecil,perap dengan madu dan sedikit serbuk lada hitam selama 10 min) Madu utk 1y ++
Lobak,kobis bunga dan sawi.(potong kecil)
Sedikit lada sulah
Garam pink ( 1y++)
Satu sudu tepung jagung(dibancuh dengan sedikit air)
Air masak secukupnya.

Cara
1. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia bersama sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah diperap hingga separuh masak.
3. Masukkan lada sulah.
4. Masukkan air masak dan biar hingga mendidih.
5. Masukkan sayur,garam dan tepung jagung yang telah dibancuh,biarkan kuah pekat sedikit.
6. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dinikmati bersama mee lobak.

🌟Untuk lebih ummph,tambahkan cili padi potong,bawang goreng dan perahan limau kasturi👍👍
(Bagi dewasa saje la hehe)

🍜Selamat mencuba!😁

#meelobak #meelabu #meebayam #yumnykerteh #meesayur #resepimeesihat #kids #healthy
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mmm..sedap..sedap. Sambil angkat tangan cenggini haa 👍🏾
Mee goreng labu manis yumny.

Alhamdulillah. Habis sepinggan 😄

InsyaAllah cuti sekolah kita COD Segamat. Berminat boleh wasap tepi ye 😊

#yumnykerteh #meesihat #meesayur #meelabumanis #meelobak #meebayam