Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Resepi Mee Labu Laksa/Laksam Ganu
===============================

Bahan kuah :
8 ekor ikan pelaling/kembung direbus dan dibuang tulang
500ml santan
2 sudu besar lada hitam dikisar
2 cawan air
4 ulas bawang merah ditumbuk
1 1/2 biji lemon
Garam pink ( 1 tahun ke atas )

Cara-cara:
1. Ikan pelaling atau ikan kembung direbus dan dikeluarkan isi dari tulang. Tumbuk ikan tersebut.

2. Masukkan ikan, lada hitam, lemon dan garam ke dalam santan.

3. Perahkan lemon sedikit demi sedikit untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu masam.

4. Untuk menjadikan kuah tahan lama, maka boleh masak kuah tersebut. Kacau kuah dengan api perlahan. Apabila didih sedikit, tutup api dan terus kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.

Bahan mee :

Rebus Mee labu sehingga kembang dan lembut. Toskan.

Siap!

Kredit : Husna Kamal

#meelabu #resepi #recipe #ganu #laksa #laksam #toddler #meesayur #yumnykerteh #healthy #happy #delicious #yummy #tasty
Resepi Mee Sup Yumny Yummies 🍜
============================

Bahan
Minyak zaitun
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk ayam
Serbuk kayu manis
Parsley
Telur
Garam pink himalaya (1 tahun ke atas)
Air secukupnya
Mee sayur #yumny

Cara
Tumis bwg merah + bwg putih
Masukkan semua bahan
Masuk mee..tggu kembang..

Siap!

Kredit : Nursyafiqah Musa

#meesayur #yumnykerteh #sihat #resepi #ringkas #healthy #meelobak #meebayam #meelabu #kids #toddler #veggies #spinach
Resepi Thai Noodle Salad #meelabu😍
===============================
Rasa ala-ala songtam, ala-ala kerabu mangga gitew😀

Bahan
1-2 sanggul mee labu manis #yumny.
2 ekor udang dipotong dadu.
1 ulas bawang putih.
3 biji tomato cerry dipotong dua.
1 helai daun basil.
Hiris daun ketumbar dan daun bawang
1/2 biji perahan limau nipis.
2-3 biji cili padi dihiris.
1 batang serai dihiris halus.
1 batang kacang panjang dipotong 5cm jika suka.
1 sk bijan disangai.
1 sk kacang tanah jika suka.
1 sk gula perang (2y ++)
1 sk garam pink (1y ++)
2 helai salad dan sedikit lada hitam muda sebagai hiasan.

Cara:
1. Didihkan air, dan celur mee labu kering dan udang, angkat. Jangan celur terlalu lama.
2. Bawang putih dicincang halus dan ditumis.
3. Sediakan sos dengan mencampurkan gula perang, garam, perahan limau, bijan, cili padi, bawang putih dan hirisan serai. Rasa sos terlebih dahulu, seimbang masin, masam, manis, pedas.
4.Campurkan udang, mee labu, sos, daun basil, ketumbar, daun bawang, tomato dan kacang panjang. Gaul rata.
Resepi #meelobak Rebus Udang 🦐
===========================

Bahan:

50g tulang lembu/daging
5 ketul udang laut ( 1y ++)
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih tumbuk
1/2 ibu jari halia tumbuk
1 biji ubi keledek oren
5 sudu besar minyak menumis
Garam pink ( 1y ++)
Sedikit hirisan daun bawang, tauhu, telur rebus(jika mahu), bawang goreng

Cara :

1. Panaskan kuali, dan goreng cili kering. Setelah itu, blend.
2. Tumis kembali cili kering blend, halia dan bawang putih.
3. Sementara itu, rebus tulang daging.
4. Masukkan bahan tumisan dalam air rebusan daging.
5. Tumbukkan ubi keledek dan masukkan dalam kuah. Masukkan udang. Jangan masak udang terlalu lama. Garam secukup rasa.
4. Celurkan mee sayur.
5. Sedia untuk dihidang😀

Selamat bersarapan

Kredit : Husna Kamal

#meelabu #meebayam #veggies #meesayur #yumnykerteh #noodles #vegetables #yummy #kids #meal #recipe #healthy #seafood
MEE LOBAK AYAM MADU
=====================

Bahan
2 biji bawang merah(hiris)
2 ulas bawang putih(hiris)
Halia 1 inci(ketuk)
Sedikit isi ayam(dipotong kecil,perap dengan madu dan sedikit serbuk lada hitam selama 10 min) Madu utk 1y ++
Lobak,kobis bunga dan sawi.(potong kecil)
Sedikit lada sulah
Garam pink ( 1y++)
Satu sudu tepung jagung(dibancuh dengan sedikit air)
Air masak secukupnya.

Cara
1. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia bersama sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah diperap hingga separuh masak.
3. Masukkan lada sulah.
4. Masukkan air masak dan biar hingga mendidih.
5. Masukkan sayur,garam dan tepung jagung yang telah dibancuh,biarkan kuah pekat sedikit.
6. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah dinikmati bersama mee lobak.

🌟Untuk lebih ummph,tambahkan cili padi potong,bawang goreng dan perahan limau kasturi👍👍
(Bagi dewasa saje la hehe)

🍜Selamat mencuba!😁

#meelobak #meelabu #meebayam #yumnykerteh #meesayur #resepimeesihat #kids #healthy